KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 15, 2011

JENERAL BERSARA TUDM SERTAI PKR

TAMPARAN BUAT UMNO!!! Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab sertai PKR

KUALA LUMPUR 15 Nov: Umno-Barisan Nasional terus menerima pukulan apabila seorang bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN.
Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak, semalam.
Abdul Hadi yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010.
Saman tersebut berhubung pemecatan tidak sah ke atasnya berikutan kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM Sungai besi.
 
Selain beliau, turut memfailkan saman itu ialah Mejar Rusli Ibrahim, 48, Kolonel Mohamad Sani Sumarnak, 55, Mejar Noor Zelan Draman, 45, dan Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud, 47.
Dalam saman pemula itu, mereka mendakwa Azizan atau Majlis Angkatan tentera Malaysia dalam surat bertarikh 5 November 2007 telah mengarahkan setiap seorang daripada mereka mengaku terhadap kehilangan enjin pesawat tersebut.
Kesemua mereka mendakwa ‘dipaksa untuk bersara” tanpa penjelasan atas salah laku yang dikatakan, sedangkan masih mempunyai kontrak pekerjaan yang sah.
Abdul Hadi kini merupakan penaung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Perak.
Terdahulu, pada majlis itu, Anwar melancarkan jentera pilihan raya dan Bilik Gerakan Utama Parlimen P99 Ampang.
Turut hadir Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy San dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar./PASB

No comments:

Post a Comment