Guan Eng: Anwar tetap PM jika Pakatan tawan Putrajaya
Oleh Melissa Chi
KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.
Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.
“Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Kami telah pun mengatakan siapa yang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat menang (kerajaan pusat). Jadi, ia sangat jelas,” kata Lim dalam rakaman sidang media yang diadakan di George Town hari ini.
Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, sedang berhadapan kes liwat ― yang kedua sejak 1998 dan kini berada peringkat penghujahan selepas pihak pembela selesai membentangkan kes mereka.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anwar berkata, berdasarkan sokongan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu pihaknya akan memperoleh kejayaan lebih baik dan berpeluang memenangi Putrajaya meskipun beliau disabitkan kesalahan.
“Beliau (Anwar) akan berada di sana (menjadi perdana menteri) meskipun pergi ke penjara. Orangnya masih Anwar. Yang itu telah diputuskan oleh kesemua parti,” kata Lim.
Dalam pada itu, Lim menegaskan bahawa undang-undang kontroversi hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang.
“Tidak akan ada hudud. Jadi persoalan itu tidak timbul,” kata beliau merujuk laporan media memetik Dr Chua menyerang Pakatan Rakyat berhubung soal pelaksanaan undang-undang hudud.
“Saya sudah pun berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau pinang dan kemudian Umno menyerang PAS (bertanya) mengapa tiada hudud, seolah-olah Umno mahukan hudud,” kata beliau.
PAS, komponen Pakatan Rakyat, berulang kali mempersalahkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai halangan kepada langkah pihaknya mahu melaksanakan hudud di Kelantan./WRLR
www.kopiherba.com/nakincome
ReplyDeletePROGRAM AFFILIATE, TERBARU!!!
Peluang menjana pendapatan,modal rm30 dapat kopi herba 30paket.
Ini adalah sistem affiliate yang melantik anda sebagai ejen pemasaran untuk menjual produk yang ditawarkan melalui web ini dan anda akan diberi komisen dari setiap jualan. Siapa saja boleh menjadi ahli. KEAHLIAN ADALAH PERCUMA. Iklankan link anda, jika ada pesanan dan pembelian, anda akan mendapat komisen Level 1. Jika anda membantu downline anda, anda diberi Insentif di Level 2 - 4.
http://dyuniquemonavie.blogspot.com
ReplyDelete