KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 15, 2011

SHAHRIZAT PATUT LETAK JAWATAN - WEB PORTAL PRO UMNO

Sharizat patut letak jawatan

     
Tuesday, 15 November 2011
Image Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Raden, dalam satu kenyataan yang tersiar di www.malaysiakini.com memaklumkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sepatutnya meletak jawatan kerana ini memburukkan UMNO – ini kerja individu dan tidak melibatkan UMNO, 
 
Beliau turut memaklumkan bahawa tindakan Ketua Pemuda UMNO adalah untuk cuba mempertahankan isu ini adalah semata-mata untuk UMNO. Kenyataan Datuk Bung Moktar itu jelas menunjukkan apa yang dikatakan sebagai liabiliti dalam UMNO perlu berundur. 
 
Setakat ini Datuk Seri Sharizat sahaja yang dikatakan oleh beliau sepatut meletak jawatan sedangkan Datuk Noh Omar masih tidak tersentuh. Kepimpinan UMNO – harus mula menunjukkan sikap tidak kompromi kepada mereka yang melakukan penyimpangan dalam projek Fidlot. 
 
Tindakan yang sewajarnya adalah untuk menyegerakan siasatan – sebelum isu ini dimainkan sebagai satu bentuk ketidakadilan atau pendakwaan berpilih-pilih. Oleh itu respons Sharizat adalah dinantikan./Umno-reform2
 
Ulasan;
 
Adakah Najib atau Muhyiddin berani menyuruh Shahrizat meletakkan jawatan?  Dan, mengapa Shahrizat sahaja yang menjadi mangsa, bagaimana dengan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Noh Omar?  Bukankah Noh Omar selama ini begitu membela Shahrizat?  
 
Noh Omar dikatakan bakal MB Selangor jika negeri itu dapat ditawan oleh Umno semula, `Nau'zubillah'.  Tergamakkah rakyat Selangor berketuakan Noh Omar yang melindungi Shahrizat selepas rakyat Selangor dapat menyaksikan sendiri bagaimana Khir Toyo dahulu menjadi MB?
 
Sekali lagi Allah tunjukkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mem`faraid'kan kekayaan negara untuk perut masing-masing.  Kecuali yang buta hati, rakyat Selangor yang bijak menilai mustahil akan menyokong Umno/Bn.   

Apakah tindakan SPRM?  Jika dahulu di awal pemerintahan PR di Selangor, kes pembelian bendera berharga RM2 satu itu disiasat sampai ke lubang cacing walaupun hampa, kini jutaan ringgit terlibat.  Di mana PERKASA ?   Mana suara Senator Ezam dan Zul Kulim?  Adakah kerana isu lembu ini menjadikan mereka juga seperti `lembu'?

No comments:

Post a Comment