KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 22, 2011

BIARKAN KAMI LAWAN SATU LAWAN SATU DI PEKAN

Keadilan Pahang menghormati keputusan Presiden KITA untuk tidak meletakkan calon mereka di Parlimen Pekan, khususnya.  Sememangnya hasrat Pakatan Rakyat untuk bertempur satu lawan satu dengan Najib di kawasan kubu kuat beliau di situ. 

Parlimen Pekan dikatakan `lembah maut' buat sesiapa sahaja yang berani bertanding menentang Najib sama juga seperti di Parlimen Permatang Pauh.  Bezanya, kekuatan DS Anwar di Parlimen Permatang Pauh tidak dibantu oleh ribuan undi pos dan juga pengundi Kemboja tetapi kekuatan Najib di Pekan hanyalah kepada undi-undi pos di dua kem tentera terbesar di situ iaitu Kem 4 Briged Mekanise dan Pengkalan TUDM Kuantan.  Manakala di kawasan felda sekitar kawasan Pekan, Najib tidak lagi boleh mendabik dada. 

Bayangkan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang kini sedang bersidang untuk merumuskan sesuatu yang lebih baik dan demokratik di dalam Pilihanraya di negara ini mengambil keputusan menghapuskan undi pos, maka riwayat Najib di kawasan tersebut amat kritikal.  Rata-rata warga tentera yang ditemui mengharapkan mereka diberi peluang untuk mengundi sama seperti orang awam yang lain.  Warga tentera sekarang ini kebanyakannya terdiri dari jenerasi baru yang memasuki tentera dengan taraf pendidikan yang tinggi paling kurang di peringkat SPM.  Mereka juga kini terdedah dengan berbagai maklumat melalui internet dan adalah sukar buat kerajaan Umno/Bn sekarang untuk memperbodohkan mereka.  Cuma, yang menjadi penghalang buat mereka hanyalah undi pos.

KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera dan Perajurit) di bawah Keadilan Pahang sentiasa menjalinkan hubungan bukan sahaja di kalangan bekas-bekas tentera tetapi juga dengan warga tentera.  Walaupun KOBAT tidak berpeluang memasuki kem tentera, namun KOBAT mempunyai cara tersendiri untuk mendekati mereka.  KOBAT mendengar segala permasalahan mereka dan KOBAT juga menerangkan kepada mereka tentang intipati Buku Jingga yang banyak melibatkan kepentingan warga tentera dan bekas tentera serta perajurit termasuk Polis.

Jika Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal berjaya menembusi jiwa dan hati para Peneroka, maka KOBAT belajar dari pengalaman Biro berkenaan dari segi pendekatan mereka.  Bezanya, di kawasan felda, program dan aktiviti parti masih mampu dijalankan walaupun terdapat sedikit sebanyak kawalan dan sekatan.  Tetapi di kem tentera, Pembangkang langsung tidak dibenarkan menjalankan aktiviti atau program penerangan.  Bagi pihak Umno/Bn, mereka tiada masalah untuk menjalankan aktiviti atau penerangan di dalam kawasan kem tentera di atas nama program-program tertentu.

Menyedari perkara ini, maka KOBAT juga akan melaksanakan pendekatan melalui ceramah khususnya di kawasan yang terdapat ramai bekas-bekas tentera.  Tidak seperti Peneroka Felda yang tinggal setempat, bekas-bekas tentera kebanyakan menetap di merata-rata kawasan dan perumahan.  Kobat akan mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut dan akan mengadakan program ceramah di lokasi yang bersesuaian.

Maka, kerjasama dari Ketua-Ketua Cabang serta pimpinan dari rakan Pakatan Rakyat amat penting untuk mengenalpasti kawasan-kawasan ini bagi memudahkan program penerangan boleh diatur bersama program penerangan anjuran Cabang dan kawasan.

Keadilan tidak akan bertanding sekiranya nawaitu hanya untuk mengurangkan undi calon Umno/Bn.  Walau sesiapa pun yang dicalonkan di kerusi Parlimen Pekan, Pakatan Rakyat tetap Istiqomah untuk menumbangkan Presiden Umno di bumi Pekan.  Kemungkinan besar calon yang akan berhadapan dengan Najib nanti tidak seperti yang lepas, kali ini Najib akan berdepan dengan calon tempatan yang berpengaruh dan berwibawa.

No comments:

Post a Comment