KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 22, 2011

JANJI PALONG - HARAPAN BUAT PENEROKA


KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda
 
 

JEMPOL 22 Nov: KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.

Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.

Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.

Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.
 
 

Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.

Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.

Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.

Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.

Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.

Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment