KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 14, 2011

PENUBUHAN MAP DI PAHANG - MAP DAN SAMM DI ATAS SATU PENTAS

Pada Sabtu yang lalu (12 Nov), Cabang Kuantan dengan kerjasama Biro Penerangan PKR  Pahang telah mencipta sejarah baru di negeri ini dengan menganjurkan program ceramah menampilkan Presiden Memacu Arus Perjuangan (MAP), Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub di atas pentas bersama Penyelaras SAMM, Sdr Badrulhisham Shahrin (Chegu Bard).  Program tersebut telah diadakan di Dataran Rakyat, Pejabat Keadilan Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan bermula jam 09.00 malam.

 Presiden MAP, Tuan Haji Mustafa Kamil Ayub sedang memberikan ucapan Pelancaran MAP Pahang.  Di sebelahnya Pengerusi Majlis, Sdr Halimi.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya telah diadakan Majlis Pelancaran MAP Pahang oleh Presidennya Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Keadilan Negeri.  Presiden MAP di dalam ucapan pelancarannya telah menerangkan misi dan hala tuju MAP dan peranan pertubuhan ini di dalam menggerakkan rakyat untuk melakukan perubahan di dalam negara ini.  Beliau juga telah menerangkan bahawa betapa pentingnya kerjasama di antara kesemua NGO yang mahukan perubahan demi menegakkan keadilan.



Sebahagian yang hadir di dalam majlis tersebut.  Salah seorang ahli SAMM Pahang sedang bertanyakan sesuatu kepada Presiden MAP di dalam majlis dialog.

Majlis penerangan dan taklimat tentang MAP telah disampaikan oleh salah seorang Jawatankuasa MAP Pusat.  Majlis dialog bersama Presiden MAP telah diadakan agar semua ahli memahami perjuangan MAP.  Turut hadir adalah kesemua AJK MAP Pahang yang baru dilantik, pimpinan Keadilan termasuk wakil dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang yang diketuai oleh Sdr Hatta. Pengarah Pilihanraya Keadilan Negeri, Sdr Zaidi Ahmad juga turut hadir mewakili MPN Negeri.

Pada sebelah malamnya, program ceramah telah diadakan dengan menampilkan Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub (Presiden MAP), Chegu Bard (Penyelaras SAMM), YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdr Andansura Rabu (Timb. YDP PAS Indera Mahkota) dan Sdr Ahmad Jufliz Faiza (Peguam kes kematian Baharudin (BERSIH 2.0).  Turut hadir adalah Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid.
Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub dan Chegu Bard menikmati jamuan
Kiri sekali, turut hadir Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid bergambar bersama Chegu Bard dan rakan pimpinan

Meskipun hujan turun dengan lebat disebelah petangnya dan renyai-renyai sewaktu ceramah berlangsung, kehadiran orang ramai boleh dibanggakan.  Isu Lynas banyak disentuh oleh wakil dari PAS dan juga oleh YB Fuziah Salleh.  Tayangan gambar juga telah dipertontonkan kepada orang ramai mengisahkan betapa bahayanya kepada rakyat sekiranya projek Lynas ini diadakan.  Peguam kes kematian Baharudin telah memberikan sedikit perkembangan kes tersebut di mahkamah beserta fakta-fakta kejadian yang memilukan itu.  Presiden MAP, di dalam ceramahnya banyak menyentuh tentang betapa rakyat perlu bangkit untuk melakukan perubahan kerana kerajaan di bawah Umno/Bn sekarang ternyata gagal untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.  

Presiden MAP, Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat
YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan
Sdr Andansura Rabu, Timb. YDP PAS Indera Mahkota
Peguam, Ahmad Jufliz Faiza
Kemunculan Chegu Bard selaku pemidato terakhir malam itu sememangnya dinantikan oleh orang ramai yang hadir.  Penyelaras SAMM ini telah memulakan pidatonya dengan membawa kembali ingatan orang ramai terhadap sejarah sebenar negara ini.  Beliau menyebut, di antara faktor yang menjadikan negara ini sentiasa ketinggalan dalam banyak segi jika dibandingkan dengan beberapa buah negara di Asia seperti Singapura, Korea dan Jepun adalah kerana pemimpin dan rakyat di negara ini tiada jati diri.  


 Chegu Bard sedang menyampaikan ceramah

 Meskipun hujan renyai-renyai, orang ramai setia mendengar

Umno khususnya sentiasa mahu rakyat jahil tentang sejarah sebenar negara ini agar memudahkan mereka mendakwa bahawa pemimpin Umno sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang bangsa dan agama.  Kemewahan dan kerakusan pemimpin Umno di dalam mengaut hasil kekayaan negara ini kini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dikawal lagi.  Kisah `Emilda Rosmah' yang terkenal dengan sikap suka berbelanja mewah itu mengakibatkan negara ini seperti tidak bermaruah lagi.  Campurtangan `Emilda Rosmah' di dalam urusan pentadbiran negara lebih-lebih lagi di dalam urusan kewangan negara tidak lagi menjadi rahsia.   

Risalah `Emilda Rosmah'

Ahli SAMM sedang mengedar risalah kepada yang hadir

Pada program malam tersebut, risalah berkaitan `Cincin RM24 Juta `Emilda Rosmah' telah diedarkan kepada orang ramai.  Selain itu, buku FITNAH juga telah dijual beserta VCD yang diberi percuma yang menerangkan tentang fitnah terhadap DS Anwar yang mengakibatkan beliau dipecat dari jawatan TPM dan dipenjarakan.  Buku tersebut turut menerangkan fakta tentang konspirasi Fitnah Liwat II dan video seks yang diperkenalkan oleh Datuk T.  

 SAMM Pahang bergambar bersama Penyelaras SAMM, Chegu Bard

 Pertubuhan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan SAMM Pahang bersama Chegu Bard

Kehadiran ahli-ahli SAMM Pahang dan juga  Pertubuhan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) membuktikan bahawa NGOs juga kini bersedia untuk membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Bn di Negeri Pahang ini khususnya.  Syabas dan penghargaan kepada Cabang Kuantan, AMK Pahang, SAMM, Unit Amal PAS, SMSL dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.  Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir di dalam program tersebut walaupun di dalam keadaan hujan.

No comments:

Post a Comment