(Oleh: Sidiqin Omar)
JOHOR BAHRU 26 Nov: Perwakilan dari Negeri Sembilan, TS Kumar berkata,
hasil kesungguhan mempertahankan hak peneroka yang ditindas, KEADILAN
kini berjaya menembusi kawasan Felda yang menjadi kubu Umno.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Peneroka dan orang Asal
KEADILAN berkata, parti itu menjadi tempat kepada peneroka mengadu
masalah.
“Baru-baru ini KEADILAN dapat mewakili 766 peneroka di Negeri
Sembilan menyaman Feda dan membuat tuntutan bayaran RM 200 juta,
manakala 1050 peneroka Felda di gugusan Jengka membuat tuntutan sebanyak
RM 500 juta.
“Beberapa minggu lalu seramai 500 peneroka di Felda Chini dalam
parlimen Pekan turut mengambil tindakan sama,” katanya pada perbahasan
menyokong ucapan dasar Presiden di Kongres Nasional Tahunan 2011.
Beliau dalam pada itu berkata, perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan
pada 9 Julai lalu telah menyuntik semangat kepada rakyat untuk bangkit
mempertahankan hak mereka.
“Ini susulan dari semarak perjuangan di perhimpunan Bersih. Hasil perhimpunan itu kubu-kubu Umno dapat kita tembusi,” katanya.
Tambah Kumar, berbanding himpunan Bersih I, lebih ramai masyarakat
Cina, India dan golongan profesional turut serta dalam menuntut
perubahan politik.
“Perhimpunan seperti ini membawa semangat baru. Kalau dulu orang
takut kepada Umno-BN. tapi sekarang ini, semakin ramai yang berani,”
tegasnya./KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment