KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan?

Malaysia Chronicle

Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.

Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita.

Tiada sebab beliau patut menyalahkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa NFC atau keluarganya untuk membeli dua kondominium mewah dengan dana awam. Selain itu, benarkah tanpa status beliau dalam BN, beliau berani katakan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan projek tersebut kepada suami dan anak beliau? Adakah mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi atau kepakaran dalam membangunkan industri ternakan lembu? “Naib PresidenPKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Tiada kaitan dengan saya

Yang luar biasanya, Shahrizat menganggap bahawa dia tidak ada kaitan dengan skandal RM250 juta NFC, walaupun Ketua Audit Negara telah mengatakan bahawa projek tersebut dalam “keadaan kucar-kacir”. Menurut beliau, Pakatan Rakyat sebenarnya cemburu akan beliau kerana kekuatan sayap Wanita Umno itu.

Ironinya, hanya beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin -yang juga Timbalan Presiden Umno – mengakui bahawa Wanita, Puteri dan Belia tidak mencapai jangkaan Umno.

“Saya bersetuju mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa orang lain juga berkongsi pendapat yang sama (bahawa Pemuda, Puteri dan sayap Wanita dilihat sebagai tidak aktif seperti sebelum ini). Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan ini dalam mesej khas kepada sayap parti baru-baru ini, “Muhyiddin memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

“Perjumpaan ini diadakan kerana kita mahu mereka menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang lebih besar kerana pandangan orang luar terhadap pergerakan Pemuda dan Puteri tidak mencapai jangkaan. Kami memang akui ini.”

Tulisan di dinding

Kelihatan seperti akan berlaku satu pertelingkahan politik dan kemungkinan Shahrizat tidak mampu untuk terus hidup. Tanda-tanda sudah jelas dan dia mungkin tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengumumkan rancangan beliau meletak jawatan sebagai ketua Wanita sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

Sementara itu, Shahrizat berjanji untuk berjuang. Beliau berjanji untuk menangani kontroversi NFC semasa perhimpunan agung Umno minggu ini, walaupun menegaskan bahawa “Ia tiada kaitan dengan saya.”

“Tidak ada masalah jika isu NFC dibahaskan. Saya akan menjawab semasa perhimpunan Wanita Umno. Saya akan menghantar satu mesej yang jelas kepada orang-orang di luar sana, Malaysian Insider melaporkan beliau sebagai berkata dan merujuk kepada Pakatan Rakyat.

“Sebagai seorang wanita saya perlu bertenang. Mereka (Pakatan Rakyat) lakukan ini kerana mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. ”

APABILA MUHYIDDIN DAN UMNO SUDAH PANIK


Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung Umno.

Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden Umno itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan Umno dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Orang ramai tahu yang Umno sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu.

Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh “menyelam air dalam tunggak” tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden Umno itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam.

Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu Umnolah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka.

Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin Umno yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun.

Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman.

Ini semua perbuatan pemimpin besar Umno yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. Umno lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu.

Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta Umno yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh Umno. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu.

Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan Umno ini.

Umno berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu.

Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.

DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin?

Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula.

Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan Umno itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu?

“Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam” kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah Umno itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar Umno itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin Umno kebanyakannya ada pemimpin rasuah?

Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang? Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin Umno itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang Umno itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam?

Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu?

Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu? Berniaga apa itu?

Sebenarnya yang ramai dalam Umno ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, Muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya.

Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam.

Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana.

Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam Umno? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, “sayang bertompok-tompok, benci merata-rata”.

Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang Umno itu sebagai parti yang “unIslamic” dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya.

Apa yang Umno mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri.

Hakikatnya Umno sudah lama tiada. Umno itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. Umno hanyalah satu nama… sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya.

Rakyat tahu yang parti Umno ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama Umno itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi. Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah Umno ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu.

Itu sebabnya Umno yang ada ini susah hendak di fahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti Umno. Serba serbi tidak menjadi. — aspanaliasnet.blogspot.com

Takungan Lynas di Australia bocor sisa radioaktif



KUALA LUMPUR, 30 Nov: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) terkilan dengan pendedahan Rangkaian Toksik Nasional (NTN) dari Australia pada 28 November lalu bahawa sejak Mei 2011, tasik takungan Lynas di Mt Weld, Australia mengalami kebocoran sisa radioaktif sebanyak 14,000 liter sehari, ataupun kira-kira 5 juta liter setahun.

Pengerusi SLC Andansura berkata, peristiwa tersebut tidak munasabah sekali kerana Lynas telah memberikan jaminan berkali-kali bahawa bahan galian adalah begitu rendah tahap radioaktifnya sehingga boleh diangkut sebagai bahan tidak beradioaktif dari Mt Weld ke Pelabuhan Freemantle di Australia Barat berjarak 1,000 km.

Andansura menganggap jaminan yang dibuat oleh Lynas adalah lebih bersifat omong-mong kosong daripada berdasarkan fakta dan sains.

“Bahkan pihak pengurus Lynas di Malaysia juga berjanji bahawa sisa-sisa radioaktif yang ditinggalkan di Malaysia akan dikitar semula serta digunakan sebagai papan gipsum dan baja melalui kajian dan penyelidikan (R&D).

“Hakikatnya, R&D tersebut belum lagi dibuktikan berjaya di mana-mana bahagian di dunia ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan SLC, Lee Chean Chung juga membidas sikap Lynas yang seperti talam dua muka.

“Hakikatnya, Lynas telah mengambil kesempatan ke atas akta-akta Australia iaitu Peraturan Keselamatan Radiasi WA 2002 bahawa jika bahan yang diangkut tidak digunakan untuk proses kimia ataupun pengeluaran bahan radioaktif (uranium dan thorium), maka tahap radiaktiviti yang dibenarkan boleh mencapai 10 Bq/g,” katanya.

Menurut Chean Chung, tahap sebenar radioaktiviti bahan yang diangkut tersebut mencecah 3.5 and 8 Bq/g, jauh melebihi standard antarabangsa yang diikuti oleh Australia mahupun Malaysia, iaitu 1.0 Bq/g.

Sehubungan itu, Andansura mendesak kerajaan memberhentikan kerja pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan sementara menunggu hasil siasatan di Australia dan Malaysia.

“Antara siasatan bebas yang harus dijalankan harus merangkumi dakwaan New York Times pada hujung bulan Jun 2011 bahawa LAMP mengalami kecacatan struktur dan rekaan yang serius. Ini adalah perkara tersebut belum lagi diperjelaskan oleh Lynas sehingga hari ini dan mencetuskan kebimbangan dan keraguan orang ramai,” katanya.

SLC juga menyeru agar kerajaan membatalkan perjumpaan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Lynas.

Menurut Andansura, masa perjumpaan tersebut adalah terlalu sensitif kerana bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Syarikat Lynas di Sydney, Australia.

“Kita tidak mahu kerajaan dilihat sebagai diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberikan gambaran positif kepada pelabur-pelabur Lynas, terutamanya selepas insiden kebocoran sisa radioaktif yang berlaku di Mt Weld,” ujarnya.

harakahdaily/-

Anwar: K'jaan tergesa-gesa lulus Bil Perhimpunan Aman

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan yang ingin meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa merupakan langkah yang lebih teruk daripada junta tentera Burma.

NONEKatanya, kerajaan Burma sendiri telah membuat rundingan dengan pemimpin pembangkang negara itu, Aung San Suu Kyi sebelum meluluskan undang-undang yang membolehkan perhimpunan dibuat dengan notis lima hari.

"Tapi di Malaysia guna brute force of majority, tanpa debat panjang dan tanpa ambil kira sentimen rakyat," katanya yang menggesa supaya undang-undang berkenaan ditarik balik dan diserahkan kepada jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk dibincangkan.

"Tanpa itu sukar bagi kami untuk memberi sokongan," katanya lagi dalam ucapan ketika membahas rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, peruntukan undang-undang berkenaan yang menetapkan supaya penganjur memberikan notis selama sebulan sebelum sesuatu perhimpunan dijalankan juga lebih teruk daripada amalan kerajaan Zimbabwe, Jepun dan Hong Kong.

"Malaysia lebih minat banding dengan Burma, tapi hari ini Burma juga pinda undang-undang mereka dan diluluskan dan Myanmar juga terasa bahang perubahan rakyat yang mahu prionsip kebebasan dihormati.

"Jadi rang undang-undang Burma perlukan pihak yang anjurkan perhimpunan maklum lima hari sebelumnya. Jadi kita ketinggalan dengan Burma," kata Anwar lagi.

Kerajaan dijangka mengemukakan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaan hari ini untuk memendekkan tempoh notis berkenaan kepada sepuluh hari.

"Malaysia dalam soal notis saja sudah terkebelakang, nampak seolah-olah kebimbangan kerajaan yang mengaku (dipilih secara sah) tapi bimbang dengan kebebasn yang mahu diberikan kepada rakyat," katana lagi.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menyeru supaya perhatian diberikan kepada rang undang-undang alternatif yang dikemukakan Majlis Peguam kepada ahli parlimen hari ini./Malaysiakini

Tuesday, November 29, 2011

INGATAN BUAT PIMPINAN PARTI, JANGAN BERGERAK SECARA `ONE MAN SHOW'

KEADILAN baru sahaja selesai mengadakan Kongres Nasional Ke-8 di Pulai Spring Beach Resort, Johor baru-baru ini.  Sudah tentu semua perwakilan dan pemerhati pulang ke kawasan masing-masing dengan penuh semangat dan iltizam yang satu iaitu Umno/Bn mesti dikuburkan dan Pakatan Rakyat mesti mara ke Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Cita-cita untuk ke Putrajaya bukan suatu angan-angan kerana ramai pemerhati juga berpendapat pada PRU kali ini Umno/Bn berada di dalam keadaan sungguh genting, manakala seorang Penganalisa serta pakar kajian Dr Hasbullah meramalkan beberapa negeri yang dikatakan kubu kuat Umno akan tumbang termasuk Negeri Pahang ini. 

Namun demikian, Keadilan Pahang tidak boleh merasa lega dengan teori yang diberikan kerana tanpa usaha gigih misi untuk menawan Pahang sudah pasti akan gagal.  Usaha yang gigih bukan sahaja bermakna rajin bekerja, rajin mengatur program atau rajin turun ke akar umbi tetapi apa yang lebih penting usaha gigih itu mestilah dilaksanakan secara bersepadu, bermuafakat dan penuh strategi.  

Walaupun nama calon belum diumumkan oleh parti, itu bukan alasan untuk tidak mahu bekerja kerana tanggungjawab perlu dilakukan oleh setiap pemimpin  samada di peringkat atasan mahupun di setiap cabang.  Ketua Cabang bukan lesen untuk terpilih sebagai calon, namun mereka perlu bekerja keras untuk parti dengan mengembeling segala tenaga dan buah fikiran sesama ahli Cabang masing-masing.  Terdapat rungutan didengari adanya Ketua Cabang yang suka `syok sendiri' dan bekerja secara `One Man Show'.  Lebih mendukacitakan lagi, pemimpin ini lebih senang dan selesa berhubung rapat dengan parti lain dari Pakatan Rakyat daripada mendahulukan ahli-ahli parti Cabangnya sendiri.

Memang benar, kerjasama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat samada dari PAS atau DAP itu penting, namun paling utama pemimpin itu mestilah mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan ahli-ahli parti sendiri.  Apabila seorang Timbalan Ketua Cabang, Setiausaha ataupun AJK-AJK Cabang itu sendiri tidak tahu program Ketua Cabang, ini bererti Cabang tersebut mempunyai masalah.  Bagaimana ahli-ahli parti yang lain boleh bekerjasama dengan pemimpin mereka sedangkan AJK-AJK Cabang sendiri pun di kebelakangkan.  Sikap ini harus dikikis kerana Keadilan bukan lagi parti yang masih mentah, kita mampu untuk bekerja sendiri secara muafakat.

Apalah ertinya jika kita sebagai calon menang di dalam Pilihanraya, tetapi kita tidak mendapat sokongan padu dari ahli-ahli parti sendiri?  Mungkin kita boleh mendabik dada kerana parti rakan kita sanggup membantu kita berkempen namun kita jangan lupa ahli-ahli yang melihat kita begitu angkuh dan sombong akan menolak kita suatu masa nanti.  

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu bekerja dengan gigih dan penuh keikhlasan agar teori yang dikatakan itu menjadi kenyataan.  Jalinkan hubungan yang baik sesama ahli di semua peringkat, mantapkan kerjasama dan persefahaman di antara kita dengan rakan kita di dalam PAS dan DAP.  Jangan suatu masa nanti kita diperlecehkan dengan dakwaan kemenangan yang kita perolehi semata-mata atas kekuatan jentera rakan kita bukan dari jentera kita.

Monday, November 28, 2011

KECURIAN DI PEJABAT PKR NEGERI, LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT HARI INI

Sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini di SINI, Pejabat PKR Negeri Pahang telah dikhianati apabila 5 buah `Compressor' penghawa dingin pejabat ini telah dicuri dan mula disedari pagi tadi (28 Nov 2011) oleh Ketua Biro Komunikasi PKR Negeri, Sdr Wfauzdin  NS yang juga Blogger PKR Negeri Pahang sewaktu beliau memasuki pejabat untuk bertugas. 

Wfauzdin NS di perkarangan IPD Kuantan menunjukkan laporan polis yang telah dibuat

Berikutan kejadian tersebut, satu laporan Polis telah dibuat pada petang hari yang sama di IPD Kuantan.  Laporan telah dibuat oleh Sdr Wfauzdin NS dan diiringi oleh Timbalan Setiausaha PKR Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman Bin Mohd Yunos.   


Kelihatan wayar Compressor Air Cond yang telah dipotong

Pegawai Penyiasat dari IPD Kuantan telah hadir ke Pejabat PKR Negeri pada petang itu juga untuk menyiasat kejadian berkenaan.  Dari siasatan awal, dipercayai perbuatan khianat tersebut tiada kena mengena dengan sabotaj atau bermotifkan politik. 

PEJABAT PKR NEGERI PAHANG DIKHIANATI

Pejabat PKR Negeri Pahang hari ini telah dapat mengesan perbuatan khianat orang tertentu yang telah mencuri 5 buah kipas (motor) penghawa dingin yang dipasang di luar bangunan pejabat tersebut.  Kejadian mula disedari sewaktu saya selaku Ketua Biro Komunikasi PKR Pahang juga Blogger PKR Pahang memasuki pejabat hari ini (28 Nov 2011) lebih kurang jam 10.30 pagi.


 Di antara kesan perbuatan khianat kecurian kipas penghawa dingin di Pejabat PKR Negeri

Kehilangan peralatan tersebut menyebabkan tiada satu pun penghawa dingin di Pejabat PKR Negeri yang berfungsi.  Perbuatan khianat itu mungkin dilakukan diwaktu malam memandangkan pejabat tersebut tidak mempunyai Pengawal Keselamatan yang bertugas diwaktu malam.  Walau bagaimanapun, semua kunci pagar dan kunci pejabat berada di dalam keadaan baik, dan tiada kehilangan harta benda yang berada di dalam pejabat. 

Terdapat kerusi yang mungkin digunakan oleh pencuri tersebut dan kesan potongan getah pada wayar kipas penghawa dingin yang dicuri

Dipercayai pengkhianat tersebut hanya mencuri kipas (motor) penghawa dingin sahaja kerana terdapat kesan potongan wayar di samping kerusi berhampiran tempat pemasangan kipas berkenaan.  PKR Negeri Pahang akan membuat laporan Polis terhadap kejadian ini.  


VIDEO - ISA SAMAD MENGHINA KETUA PENEROKA FELDA, WARGA FELDA WAJIB TOLAK UMNO


Inikah dia yang dikatakan Pengerusi Felda? Menuduh orang menipu, tetapi siapa yang menipu sebenarnya? Tuduh orang Munafik, tetapi siapa Munafik sebenarnya?

Yang Munafik itu adalah mereka yang `menipu dan memakan' hak Peneroka Felda dengan cara menipu KPG. Mereka meminjam wang KWSP dengan mudah sebanyak RM6 Bilion untuk apa?

Siapa lantik beliau sebagai Pengerusi KPF? Layakkah beliau memegang jawatan itu? Siapa Munafik? Masih adakah Peneroka yang mahu melihat orang tua ini di dalam Felda? Ucapan beliau di atas jelas memperlekehkan kaum Peneroka.

Saksikan bagaimana satu sejarah dalam hidup peneroka Felda di mana Pengerusi Felda memaki hamun Ketua Peneroka Felda (Pak Sam) secara terbuka dan memperlekehkan Jawatankuasa Perunding Peneroka.

Sunday, November 27, 2011

Perkukuh gerak kerja selepas kongres- Fuziah

 
JOHOR BAHRU 27 Nov: Anggota KEADILAN perlu memperkukuhkan kualiti gerak kerja sebaik Kongres KEADILAN Nasional ke 8 berakhir hari ini, kata Naib Presidennya, Fuziah Salleh.

Ini kerana katanya, usaha untuk menang dalam pilihan raya bukannya semudah berucap di pentas kongres parti.

“Menang dalam pilihanraya bukan semata-mata berucap dengan nada semangat dalam kongres tahunan tetapi politik dan pilihan raya juga berkaitan nombor,” katanya ketika sesi penggulungan dan ucapan penangguhan hari ini.

Beliau memberi contoh sejak Pakatan Rakyat menang di empat negeri, sekurangnya 500,000 nama pengundi dipindahkan ke kawasan lain tanpa pengetahun pengundi itu.

Semua itu katanya dilaksana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melalui konspirasi bersama agensi kerajaan yang lain.

“Umno BN tidak yakin untuk menang, maka mereka memperalat segala jentera termasuk daftar pemilih,”

“Maka sebab itu, bila dah sampai di cabang masing-masing, perwakilan tolong bentuk team I.T, bentuk kumpulan media untuk sebar penerangan,

“Kalau dah ada, perkukuhkan dan cari pengundi di kawasan masing-masing yang disertai dengan disiplin dan mantapkan hubungan mesra dengan masyarakat setempat,” katanya./KeadilanDaily

Kongres Nasional 2011 - KEADILAN tembusi kubu Umno di kawasan Felda

(Oleh: Sidiqin Omar)

 
JOHOR BAHRU 26 Nov: Perwakilan dari Negeri Sembilan, TS Kumar berkata, hasil kesungguhan mempertahankan hak peneroka yang ditindas,  KEADILAN kini berjaya menembusi kawasan Felda yang menjadi  kubu Umno.
 
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Peneroka dan orang Asal KEADILAN berkata,  parti itu menjadi tempat kepada  peneroka mengadu masalah.

“Baru-baru ini KEADILAN dapat mewakili 766 peneroka di Negeri Sembilan menyaman Feda dan membuat tuntutan bayaran RM 200 juta, manakala 1050 peneroka Felda di gugusan Jengka membuat tuntutan sebanyak RM 500 juta.

“Beberapa minggu lalu seramai 500 peneroka di Felda Chini dalam parlimen Pekan turut mengambil tindakan sama,” katanya pada perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden di Kongres Nasional Tahunan 2011.

Beliau dalam pada itu berkata, perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu telah menyuntik semangat kepada rakyat untuk bangkit mempertahankan hak mereka.

“Ini susulan dari semarak perjuangan di perhimpunan  Bersih. Hasil perhimpunan itu kubu-kubu Umno dapat kita tembusi,” katanya.

Tambah Kumar, berbanding himpunan Bersih I, lebih ramai masyarakat Cina, India dan golongan profesional turut serta dalam menuntut perubahan politik.

“Perhimpunan seperti ini membawa semangat baru. Kalau dulu orang takut kepada Umno-BN. tapi sekarang ini, semakin ramai yang berani,” tegasnya./KeadilanDaily

Saifuddin : Keahlian PKR Melonjak Aktif

TV Selangor

Peningkatan keahlian secara aktif dalam parti akan menjadi pemangkin paling besar yang bakal menjana kemenangan besar PKR dalam pilihanraya akan datang.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata keahlian PKR setakat ini adalah 547,326 ahli diseluruh negara.

Katanya berdasarkan komposisi kaum pula 50% Melayu, 23% India, 17 % Cina dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau setakat ini terdapat 218 cabang diseluruh negara dan empat cabang penaja.Manakala cabang Kota Raja di Selangor merupakan cabang keahlian paling ramai.

Sepuluh cabang yang paling aktif dalam penambahan keahlian baru pada 2010 pula terdiri dari Tenom (812), Kuala Kubu Baru (790), Kuala Langat (731), Serian (673), Kapar (446), Kota Marudu (425), Gombak (405),Permatang Pauh (395), Kalabakan (310) dan Hulu Selangor (304).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata kongres kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Johor yang merupakan kubu kuat umno merupakan antara negeri yang diberikan tumpuan untuk ditawan dalam usaha menumbangkan regim Barisan Nasional.

“Telah puas kami mencari lokasi untuk diadakan kongres ini tetapi kesemuanya tidak sanggup memberi ruang dan hanya Pulai Spring Resort ini sahaja yang sanggup membenarkan kita mengadakan kongres ini.

“Walaupun Johor kubu paling kuat Umno, tetapi keterbukaan demokrasi disini gagal diterjemahkan oleh mereka. Sudah pastinya Johor negeri tumpuan untuk kita tawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung di Kongres Nasional Keadilan ke-8 disini.

Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.

Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati./anwaribrahim.blog

Saturday, November 26, 2011

Anwar akan jadi PM ketujuh - Azmin Ali

 
PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh
 
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

NONE"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru semalam.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera bernilai RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.

Tatakelola tidak disiplin

Azmin turut menyentuh mengenai "tatakelola yang tidak disiplin dan amanah" pentadbiran BN yang menurutnya telah menyebabkan rakyat berdepan dengan hutang negara melebihi RM1 trilion, termasuk hutang isi rumah.

"Jumlah ini mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Inilah hasil daripada pengurusan ekonomi Umno yang cuai, tidak cekap serta ketirisan," tambahnya.

NONEPKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.

Namun, agenda reformasi yang dibawa PKR masih terhalang dengan "politik perkauman sempit" yang dibawa Umno, kata Azmin lagi.

"Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah.

"Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan," katanya./MalaysiaKini

Pencen, caruman LTAT, Jangan aniaya bekas tentera

Oleh: amkns

"KUALA LUMPUR, 23 Nov 2011 : Kementerian Pertahanan diminta bertindak adil kepada bekas-bekas anggota tentera dan mereka yang masih berada dalam perkhidmatan, terutama melibatkan pencen dan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sehingga kini skim pencen yang diberikan kepada bekas-bekas anggota tentera hanyalah dikhususkan kepada mereka yang berkhidmat sehingga tidak kurang 21 tahun, manakala mereka yang berhenti ketika perkhidmatan kurang tempoh itu tidak diberikan pencen.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, langkah tersebut ternyata tidak adil, malah jelas menganiaya bekas anggota tentera terbabit, pada hal mereka juga telah melakukan pengorbanan besar kepada negara walaupun tempoh perkhidmatannya kuurang 21 tahun.
 
Menurut beliau, untuk memberikan keadilan, mereka yang berkhidmat kurang 21 tahun juga patut diberikan pencen oleh  pihak Kementerian Pertahanan.
 
Katanya, selain itu, kadar pencen di kalangan bekas tentera juga tidak sama antara mereka yang menamatkan perkhidmatan bermula tahun 2001 dan sebelumnya.
 
"Anggota tentera yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun dan bersara mulai tahun 2001 menerima bayaran pencen llebih tinggi berbanding yang bersara sebelum tahun 2001. Ini jelas tidak adil dan menganiaya anggota tentera yang telah bersara sebelum tahun 2001.
 
" Oleh itu, bayaran pencen kepada mereka perlu diselaraskan bagi membolehkan mereka yang bersara sebelum tahun 2001 turut menerima bayaran pencen sama tinggi dengan mereka yang bersara mulai tahun 2001," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
 
Ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Pertahanan hari ini, beliau berkata, ketidakadilan juga turut berlaku berhubung caruman LTAT, apabila caruman tersebut hanya memberikan peluang kepada para pegawai.
 
Katanya, tabung tersebut ditubuhkan pada tahun 1991 yang disertakan penyelarasan gaji di kalangan anggota tentera ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
 
"Namun amat dikesali, caruman yang dibuat menerusi pembelian saham dengan potongan gaji 10 peratus itu tidak pula turut sama memberikan peluang kepada anggota tentera lain-lain pangkat.
 
"Demi keadilan, saya berharap agar anggota lain-lain pangkat turut diberkan peluang oleh pihak Kementerian Pertahanan bagi membolehkan mereka turut sama membuat caruman dalam tabung tersebut," ujarnya.
 
Beliau turut menyarankan pihak kementerian agar memberikan anugerah kepada Allahyarham Lafternan Adnan Saidi yang telah terkorban bersama 42 rakan-rakannya dalam mempertahankan negara ketika penjajahan Jepun.
 
Kehebatan, komitmen dan kesungguhan Allahyarham dalam mempertahankan negara, katanya, tidak dapat dinafikan lagi oleh sebarang pihak malah turut diakui pihak tentera Jepun.
 
"Pihak tentera Jepun sendiri mengatakan jika ada 10 orang rakyat Malaysia seperti Allahyarham Adnan Saidi belum tentu negara ini dapat dijajah," tegasnya.
 
Pengorbanan Allahyarham, menurutnya, tidak sepatutnya dipandang sebelah mata dengan tidak diberikan anugerah yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
 
Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman dan Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika bangun mencelah sewaktu penggulungan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, turut mendesak pihak kerajaan memberikan keadilan kepada bekas anggota-anggota tentera.
 
Sementara itu, ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, Nasir Zakaria berharap agar pendedahannya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Sumber Manusia kelmarin diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian terbabit.
 
Dalam ucapannya, beliau mendedahkan beberapa aduan masalah yang sedang mencengkam pemandu-pemandu bas MARA Liner di seluruh negara.
 
Cengkaman tersebut berlaku ekoran tindakan pihak pentadbiran bas MARA Liner yang kini telah menghapuskan cuti isteri bersalin selama 7 hari kepada para pemandu bas tersebut.
 
Selain itu, cuti kematian waris dikurangkan dari 3 hari kepada 2 hari, kesukaran mendapatkan pinjaman bank disebabkan tidak mendapat sokongan majikan, tuntutan kerja lebih masa (OT) tidak dibayar jika melebihi 1/3 daripada gaji pokok.
 
Di samping itu, tuntutan elaun sewa khas bagi pemandu yang diarahkan keluar atas urusan sewa khas sebanyak RM17.00 terpaksa menunggu kadang-kadang hampir 6 bulan baru dibayar, manakala bil hospital untuk rawatan dan perubatan keluarga pula tidak 'dicover' oleh majikan.
 
"Tentang jawatan pula, dari pengurus, penyelia sampai ke pemandu, semuanya  bertaraf kontrak. Mereka terpaksa 'sign' kontrak dua tahun sekali. Sampai bila tak tahu bila mereka akan diberikan taraf jawatan tetap dan disahkan jawatan oleh majikan," jelasnya.
 
Belau berharap agar segala permasalahan yang dialami oleh para pemandu dan kakitangan bas tersebut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian terbabit bagi kepentingan kebajikan mereka.
 
Bekas komando tuntut hak  
TANGGA BATU - Bekas Komando Angkatan Tentera yang pernah berjuang ketika zaman menentang pengganas komunis era 70-an menuntut kerajaan memberikan hak sama rata bagi Elaun Hilang Upaya anggota yang mengalami kecacatan kekal sewaktu mereka berkhidmat dahulu. 

Koperal (B) Yaacob Hassan, 58, mendakwa, ketika ini kerajaan hanya menyediakan Skim Bayaran Pampasan Bencana Kerja (Ex-Gratia) bagi anggota tentera yang mengalami kecederaan bermula pada 2001 hingga sekarang. 

Sedangkan menurutnya, anggota tentera sezaman dengannya hanya diberikan sedikit pampasan dianggap tidak setimpal berbanding zaman kini yang diberikan pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan. 

Yaacob yang kehilangan pergelangan tangan kanan dan mengalami kecacatan tangan kiri akibat jerangkap samar ketika menyertai operasi mempertahankan negara daripada ancaman komunis pada 1976 di Gubir, Kedah mendakwa, hanya diberikan pampasan RM2,000 atas kecederaannya itu. 

Menurutnya, ketika itu dia berumur 25 tahun dan terpaksa menerima hakikat menjalani kehidupan sebagai orang kurang upaya (OKU) seumur hidup. “Umum sedia maklum, pada 2001 ke atas tiada lagi ancaman komunis. Bagi anggota yang menerima skim pencen bawah RM720 naik ke RM720. 
“Tetapi, bagi yang sudah mencecah RM720 tidak merasa naik lagi. Begitu juga kadar elaun kecacatan kekal yang dibayar tidak sama rata antara kami. Tangan saya kudung dapat RM500 tetapi ada dalam kalangan rakan seperjuangan yang kudung kaki dapat RM150 sahaja,” katanya ketika meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di rumahnya di Kampung Tanah Merah Jaya, semalam. 

Yaacob berkata, golongan sepertinya berjuang melawan komunis tetapi jasa dan pengorbanannya bagaikan tidak dihargai. “Apa salahnya jika kerajaan samakan bayaran kami semua dan serapkan dalam pencen. 

Saya dah jumpa pelbagai pihak untuk menyuarakan masalah ini tetapi malangnya masih tidak berhasil walaupun saya sudah perjuangkan perkara ini sejak 1978 lagi. “Bukan saya sahaja yang tertunggu-tunggu perkara ini, bahkan hampir 200 bekas tentera seperti saya yang menjadi OKU kerana berperang dengan komunis menunggu tindakan kerajaan," katanya. 

Menurutnya, golongan tentera kini dilayan istimewa oleh kerajaan apabila disediakan dengan pelbagai kemudahan dan insurans berkelompok serta pelbagai skim berbanding zaman dahulu. “Bagi yang cedera atau terkorban ketika berkhidmat di luar negara, mereka dibayar dengan puluhan ribu ringgit. 

“Kami pula diberikan sedikit sumbangan, kadang-kadang RM200 dan kadang-kadang RM500 ketika menghimpunkan kami sewaktu menyambut Hari Pahlawan, Hari Kemerdekaan ataupun hari raya,” katanya.

. 


Ulasan KOBAT (Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit):


Kami menyokong sebahagian besar dari cadangan yang diutarakan di atas.  Cuma, kami kurang bersetuju sekiranya anggota tentera yang berkhidmat kurang dari 21 tahun layak diberi pencen kerana ini akan menggalakkan anggota tentera menamatkan perkhidmatan lebih awal.

Kami berpendapat, pencen bagi anggota tentera yang berkhidmat kurang dari 21 tahun hanyalah boleh diberi kepada mereka yang `terpaksa' menamatkan perkhidmatan lebih awal atas sebab-sebab kebajikan sahaja.   

Kami juga berpendapat, untuk menggalakkan warga tentera berpencen iaitu berkhidmat paling kurang selama 21 tahun dan ke atas, mereka wajar diberi wang tabungan LTAT yang penuh.  Sekarang ini mereka yang berpencen hanya memperolehi separuh dari caruman mereka, manakala separuh lagi menjadi hak milik Kerajaan.  

Begitu juga, sekarang ini mereka yang menamatkan perkhidmatan lebih awal pula akan mendapat kembali caruman LTAT mereka 100 % beserta dividen.  Justeru itu, begitu ramai anggota tentera yang memilih menamatkan perkhidmatan awal sebelum 21 tahun kerana inginkan wang caruman penuh mereka di dalam LTAT.



Air di Pahang Terkotor di Malaysia ?

Rujuk pada laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 30hb. Oktober, 2011. Kandungan E-Coli bagi 6 Negeri:

Perlis = 1.21%
Pahang = 1.12%
Wilayah Persekutuan Labuan = 1.01%
Perak = 0.90%
Kelantan = 0.88%
Johor = 0.52%


Macam mana UMNO boleh dakwa "AIR KELANTAN TERKOTOR"..? Kalau nak cuci NAJIS LEMBU pun masih tak mampu sebab E-Coli Negeri Perlis bawah UMNO catat rekod TERKOTOR


Sekali lagi terdedah penipuan UMNO.

Sepatutnya UMNO wajib malu. Negeri Presiden mereka sendiri mempunyai air TERKOTOR dalam seluruh Malaya.

Demi menutup fakta air Pahang terkotor di Malaysia, mereka mengarahkan serangan bertubi2 terhadap Kelantan.

Rasanya dah ramai orang Melayu yang meluat dengan penipuan2 bersiri UMNO dan Presiden mereka.

UMNO yang sama sering mendabik dada mendakwa mereka memperjuangkan orang Melayu. Tapi, hakikatnya perjuangan mereka hanyalah untuk mengkayakan pemimpin dan anak beranak pemimpin mereka.

Kalau tidak masakan PETRONAS boleh keluar wang RM1.7 billion untuk menyelamatkan anak Mahathir dari bangkrup hanya kerana anak Mahathir tidak tahu meniaga?

Berapa ramai orang Melayu meniaga bangkrap. Mengapa tiada PETRONAS datang menyelamatkan orang2 Melayu ini? Apa istimewanya anak Dr Mahathir itu?

Hakikatnya, kita orang Melayu sudah berdekad-dekad ditipu UMNO dan Barisan NAsional.

Bangunlah, wahai bangsaku. Buka lah mata mu.

Tulang Besi

Friday, November 25, 2011

Pergi jahanam dengan perkauman


Syed Adzman    

Sifat perkauman adalah parut paling hodoh yang mencacatkan ‘wajah’ sebuah masyarakat sivil. Perkauman juga merupakan racun paling berbisa yang akan melumpuhkan ‘tubuh’ masyarakat itu sendiri, ‘tubuh’ - dalam konteks ini ialah sistem kemasyarakatan yang menjadi penggerak kepada semua bentuk pembangunan yang relevan untuk sesebuah masyarakat itu.

Sifat perkauman yang jelik ini juga bisa meletakkan masyarakat dalam sebuah daerah kebodohan yang penuh dengan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain, biarpun sudah 54 tahun berkongsi langit yang sama.

Saya juga musykil dengan persekitaran yang kita sedang hadapi. Apakah yang membuatkan kita terlalu sukar untuk meruntuhkan tembok perkauman ini? Mengapa masih kedengaran dari mulut-mulut kita bahawa bangsa itu dan ini adalah pendatang? Mengapa masih terdengar celuparnya perkataan kita bangsa selain Melayu harus dihantar pulang ke negara asal mereka? Mengapa ada yang biadab mengaku bangsa mereka menjadi tuan kepada satu bangsa yang lain? Apakah ini yang kita cerminkan selaku sebuah masyarakat yang mengaku melalui proses tamadun yang ulung?

Tidak salah untuk kita mengakui dan berbangga dengan kehebatan bangsa masing-masing.  Saya seorang Melayu, secara peribadi saya berbangga sebagai Melayu. Cuma, yang menjadi masalah kepada negara ini ialah apabila segelintir daripada kita mendokong ideologi yang berorientasikan ekstrem dan taksub kepada bangsa. Ideologi sampah beginilah yang akhirnya membenihkan barah assabiyah yang kronik.

Ideologi sampah berteraskan ketaksuban kepada bangsa telah membuatkan kita lupa bahawa Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Isu bangsa itu dan ini sebagai pendatang tidak pernah timbul. Setengah abad telah berlalu dan kita semua tahu, semua bangsa yang lahir di tanah ini, adalah warganegara dan mereka yang terus memainkan isu pendatang ini nyata defisit ilmu serta berfikiran tumpul. Tidak ada walau seorang pun daripada mereka yang bergelar warganegara Malaysia perlu dihantar pulang atau dihalang dari menetap di sini. Ini adalah rumah mereka. Rumah yang kita kongsi tanpa mengira jenis baka atau keturunan.

Selain itu, lahir juga sebahagian pelampau yang tanpa segan silu mengaku bangsa mereka sebagai tuan di bumi bertuah ini. Ketahuilah, tidak ada satu pun bangsa di dunia ini layak mengangkat diri mereka menjadi tuan kepada bangsa yang lain. Tuhan yang Maha Menciptakan telah menjadikan kita semua setaraf dan sedarjat. Tidak seorang pun daripada kita mempunyai kelebihan ke atas seorang yang lainnya. Justeru, sesiapa yang  masih tegar memperjuangkan Ketuanan Bangsa, nyata telah melawan ketetapan yang ditetapkan Allah. Jelaslah bahawa, konsep Ketuanan Bangsa  yang digembar-gemburkan kepada kita selama ini adalah jijik dan sangat terhina di sisi agama yang dibawa oleh utusan-Nya yang benar.

Saya nukilkan artikel ini setelah melihat elemen perkauman yang semakin membarah dalam negara kita. Ya, mungkin saya dilabel pengkhianat bangsa tetapi saya percaya kepada prinsip kesaksamaan dan berdiri teguh di belakang prinsip tersebut.

Jadi, tugas yang terpikul di atas bahu kita sekarang ialah untuk memecahkan tembok kedinginan yang telah lama meletakkan kita dalam keadaan berpecah dan saling merasa prejudis antara satu sama lain. Saya tekankan, Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Inilah masa untuk kita bersatu tanpa mengira bangsa mempertahankan bumi bertuah ini daripada petualang-petualang sebenar yang telah sekian lama berselindung di sebalik topeng pejuang.

Malaysia perlukan nafas perubahan yang segar. Nafas perubahan segar itu hanya dapat ditiup jika kita sebagai rakyat dan anak semua bangsa bersatu dan menjadikan ia satu realiti.

Pergi jahanam dengan perkauman!

Thursday, November 24, 2011

KONVENSYEN PKR DI JOHOR BAHRU - SEMOGA ALLAH SELAMATKAN PEJUANG KEADILAN

KEADILAN Pahang mengucapkan selamat jalan kepada semua pimpinan, perwakilan dan pemerhati dari Negeri Pahang ke Konvensyen PKR Kebangsaan yang bermula hari ini 24 Nov 2011 dan akan berakhir pada 27 Nov 2011 bertempat di Pulai Spring Resort, Johor Bahru. 

Semoga perjalanan ke destinasi di dalam keadaan selamat dan melaksanakan tanggungjawab sepanjang Konvensyen dengan penuh semangat, disiplin dan dedikasi.  Semoga selamat pergi dan kembali untuk meneruskan perjuangan DEMI RAKYAT.


Wednesday, November 23, 2011

Knologi Peristiwa Loji Nadir Bumi Bukit Merah yang Rakyat Malaysia patut tahu

 

Berikut adalah kronologi peristiwa yang telah berlaku apabila Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) yang dibangunkan secara usahasama antara Mitsubishi Chemical Industries Ltd yang memegang 35% saham, Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) manakala baki lagi 10% saham dikuasai oleh seorang usahawan bumiputera.

Meskipun projek tersebut telah mendapat tentangan dari penduduk disekitar Bukit Merah, namun demi mencari keuntungan Kerajaan telah meneruskan juga projek tersebut tanpa mengambil peduli akan risiko terhadap rakyat disekitar kawasan tersebut.

Kini… setelah hampir 30 tahun berlalu, Kerajaan Malaysia sekali lagi membenarkan loji nadir bumi yang baru ditubuhkan oleh Lynas di Gebeng, Kuantan.

Bacalah...

Chronology of events in the Bukit Merah Asian Rare Earth development

Eight men, a welder, a shoemaker, a general worker, a pensioner, a barber, a tractor driver, a crane-operator and a cancer victim who was to die shortly -- sued Asian Rare Earth in 1985 on behalf of themselves and 10,000 other residents of Bukit Merah and the environs in Perak. They wanted to shut down this rare earth plant in their village near Ipoh because its radioactive waste was endangering their lives.

When the Mitsubishi joint venture plant opened over 1982, the villagers soon began complaining of the factory's stinging smoke and bad smell which made them choke and cry. Worse was to come. Their health began failing, indicated not only by frequent bouts of coughs and colds, but a sharp rise in the incidence of leukaemia, infant deaths, congenital disease and lead poisoning.

For the first time in Malaysian legal history, an entire community has risen to act over an environmental issue, to protect their health and environment from radioactive pollution.

Below is the chronology of what happened when a radioactive rare earth plant was set up in Bukit Merah. Today, about 30 years later, the Government is allowing a new rare earth plant to be set up by Lynas in Gebeng, Kuantan. This new project should be scrapped if the Malaysian Government puts the health of Malaysians before profits.

1979

November: The Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) is incorporated to extract yttrium (a rare earth) from monazite. The major shareholders are the following: Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji or the state-owned Pilgrims' Management Fund Board (20%) and other bumiputra businessmen (10%). ARE seeks the advice of the Tun Ismail Research Centre (Puspati) of the Science, Technology and Environment Ministry about radioactive waste produced by processing monazite. It is decided that the waste, the property of the Perak State Government, will be kept in view of its potential as a source of nuclear energy.

1982

June : Residents of Parit in Perak learn that a nine-acre site six kilometres away has been chosen by the government as a storage dump for ARE's radioactive waste.

30 June : Following strong protest by the residents' committee and other political and social organisations, the plan is scrapped by the government which begins to look for another site to locate the dump.

11 July : ARE factory begins operations at 7.2 km Jalan Lahat in Bukit Merah New Village.

1983

November : Residents of Papan (about 16 kilometres from Ipoh) find out that ARE is building trenches of a waste dump near their town to store radioactive waste. The site had been picked by the government.

1984

24 May : About 6,700 residents of Papan and nearby towns sign a protest letter and send it to the Prime Minister, Perak Menteri Besar, the Minister of Health, the Minister of Science, Technology and Environment.

31 May : About 200 residents from Papan protest against the proposed waste dump. They block the road leading to the site.

5 June : The Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad says the government has taken every precaution to ensure safety and that construction of the radioactive dump in Papan will go ahead.

18 June : About 300 Papan residents demonstrate for the second time against the proposed location of the dump.

28 June : The Minister of Science, Technology and Environment, Datuk Amar Stephen Yong, states that the Papan dump is safe because it is being built according to stringent standards. He challenges critics to prove that the dump will be hazardous to health and the environment. In the meanwhile, ARE continues operating, dumping the thorium waste into an open field and pond next to the factory.

1 July : About 3,000 people, including women and children, hold a peaceful demonstration to protest against the Papan dump.

4 July : About 2,000 people continue with the demonstration despite an order from the Perak Chief Police Officer to call it off.

18 July : A Bukit Merah Action Committee is formed, comprising residents from Bukit Merah, Lahat, Menglembu and Taman Badri Shah to support the Papan residents. Sahabat Alam Malaysia (SAM) sends a memorandum to the Prime Minister stating that high levels of radiation exist at the open field and pond next to the ARE factory in Bukit Merah. One reading taken by SAM officials in a recent visit was 43,800 millirems/year, 88 times higher than the maximum level permitted by the International Commission on Radiological Protection (ICRP) for the public.

29 August : Michael O'Riordan from the British National Radiological Protection Board is invited by the government to inspect the dump site in Papan.

19 September : A three-man team from the United Nations' International Atomic Energy Agency (IAEA) visit the Papan site at the invitation of the Malaysian government. They declare the trenches there as unsafe.

5 October : A British physicist and safety analyst, Dr William Cannell, is invited by the Papan residents to visit the dump. He finds its engineering work to be "extremely shoddy".

21 October : An American expert, formerly of the US National Academy of Sciences' Committee on the Biological Effects of Ionising Radiation (BEIR), Dr Edward Radford, is invited by the Papan people to review the dump. He finds the site is unsuitable and that the trenches have thin or cracked walls.

7 November : A Japanese industrial waste expert, Dr Jun Ui, is invited by the Papan people to inspect the waste dump. He finds it unsuitable foil storing hazardous waste.

28 November : The Cabinet discusses reports submitted by the two regulatory bodies. The report by the British National Radiological Protection Board (NRPB) said that residents would be safe only if certain conditions were observed by the Perak Government and ARE. The second report by IAEA said the trenches did not meet required specifications.

9 December : More than 1,500 residents in Papan stage a one-day hunger strike to protest against the government's decision to go ahead with the plan to locate the dump in Papan. Bukit Merah residents bring in a Japanese radiation and genetics expert, Professor Sadao Ichikawa, to measure radiation levels at the open field and pond next to the ARE factory. He finds the levels there dangerously high, the highest at 800 times above the permissible level.

12 December : Acting Prime Minister Datuk Musa Hitam declares a personal interest in the Papan affair. He pays a visit to the dump.

1985

11 January : After a Cabinet meeting chaired by Deputy Prime Minister Datuk Musa Hitam, the government decides to relocate the proposed dump site to Mukim Belanja in the Kledang Range about five kilometers from Papan and three kilometres from Menglembu.

1 February : Eight residents on behalf of themselves and the Bukit Merah residents file an application in the Ipoh High Court to stop ARE from producing, storing and keeping radioactive waste in the vicinity of the village. The Atomic Energy Licensing Act of 1984 is en-forced. It ensures that operators of nuclear installations (including the government) are held liable for nuclear damage. A five-member Atomic Energy Licensing Board (AELB) is formed under the Act, with representatives from Puspati, the Ministry of Health and the Science, Technology and Environment Ministry.

14 October : Justice Anuar bin Datuk Zainal Abidin at the Ipoh High Court grants an injunction to the Bukit Merah residents to stop ARE from producing and storing radioactive waste until adequate safety measures are taken. More than 1,500 residents of Bukit Merah turn up at court to hear the decision.

1986

22 September : ARE claims it has spent over RM2 million to upgrade safety measures (as required by the court injunction) following IAEA standards. It invites an American atomic energy expert, Dr E. E. Fowler (formerly with the IAEA) to visit the factory. Dr Fowler states that radiation levels near ARE facilities have met ICRP standard and that the factory is safe for operation.

5 October : About 3,000 residents in and around Bukit Merah stage a demonstration against ARE's plan to keep radioactive waste in its permanent dump in the Kledang Range.

28 October : Professor Sadao Ichikawa on his second trip to Bukit Merah reveals that radiation around the ARE factory is still above the acceptable level. He is denied entry into the factory.

16 November : A team from AELB checks out a few illegal thorium waste dump sites in Bukit Merah. They are assisted by ARE ex-contractor, Ng Toong Foo, who had carried out the dumping. Readings at one dump are between 0.05-0.10 millirems/hour (that is, 438-876 millirems/year) above the maximum safety level of 0.057 millirems/hour set by the ICRP.

26 November : Representatives from seven areas (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim and Guntong) form the Perak Anti-radioactive Committee (PARC).

8 December : Minister Kasitah Gadam of the Prime Minister's Department says that radiation levels at two illegal dumps in Bukit Merah checked by AELB are safe. He says that although the AELB found that the levels exceeded the normal radiation levels this does not pose a danger as such dumps are few in number.

1987

6 February : Disregarding the High Court injunction to ARE to stop operations, the Malaysian AELB grants a licence to ARE to resume operations.

10 April : Fourteen foreign experts invited by PARC to Bukit Merah — founder-director of the International Institute for Public Concern in Canada, Dr Rosalie Bertell; Secretary of the Centre for Industrial Safety and Environmental Concern in India, V.T. Pathmanabhan; President of the Health and Energy Institute in the United States, Kathleen Tucker among others — are denied entry into ARE. At a forum held in Bukit Merah, these experts concur that ARE presents severe health hazards.

12 April : About 10,000 people march through Bukit Merah in protest against the resumption of operations by ARE.

24 May : About 300 people are dispersed by Federal Reserve Unit personnel near ARE. Over 20, including three women, are injured in two clashes that day. About 60 people are rounded up by police. All but six are released later after questioning. The six youths are freed a week later since the police do not press charges. ARE construction work for a road to the proposed permanent dump site in the Kledang Range is halted by residents.

23 July : A Canadian doctor, Bernie Lau, is engaged by PARC to set up radon gas detectors outside ARE. He finds significant amounts of radon gas escaping from the plant. Earlier, Science, Technology and Environment Minister Datuk Arnar Stephen Yong had said the government was satisfied with the environmental impact assessment report on the proposed permanent dump. The assessment had been carried out by ARE together with the Ministry's officials.

7 September : The hearing of the suit filed by the eight Bukit Merah residents against ARE begins before Justice Peh Swee Chin in the Ipoh High Court. To highlight their plight, supporters of PARC walk for about eight kilometres from Bukit Merah to Ipoh. Police break up their march near Menglembu. Nine people are arrested but later freed on bail. About 1,000 show up in court to give their support.

11 September : Residents march from Bukit Merah to Ipoh High Court for the last day of hearing. Their number in the court grounds swells to 3,000.

18 September : Bukit Merah residents file contempt proceedings against ARE for breaking the injunction granted to them by the Ipoh High Court in 1985.

27 October : Over a hundred people are detained under the Internal Security Act. Among them are the following: PARC chairman Hew Yoon Tat, PARC vice-chairman Hiew Yew Lan, then PARC secretary Lee Koon Bun, committee member Phang Kooi Yau and Consumers' Association of Penang's (CAP) legal centre lawyer representing the Bukit Merah plaintiffs, Meenakshi Raman. They are freed after two months.

November : ARE starts building the permanent waste dump in the Kledang Range.

1988

25 January : The trial resumes.

1990

13 February : The trial comes to a close after 65 days of hearing stretched over 32 months.
1992

11 July : The people of Bukit Merah win their suit against ARE. The factory is ordered by the Ipoh High Court to shut down within 14 days. ARE announces that it will appeal to the Supreme Court.

23 July : ARE files an appeal at the Supreme Court against the Ipoh High Court order to cease operations. PARC chairman Hew Yoon Tat and Lau Fong Fatt, one of the plaintiffs in the suit against ARE, meet top management personnel of Mitsubishi Chemical in Japan. They are told that ARE filed the appeal without the corporation's consent.

24 July : Following an ex parte application by ARE, the Lord President of the Supreme Court suspends (until further order) the High Court order to ARE to stop operations.

3 August : Over 2,000 people from Bukit Merah turn up at the Supreme Court to hear the appeal by ARE against the Ipoh High Court order suspending operations at ARE. However, the Supreme Court judges postpone the hearing to 5 August because of "pressure exerted by people picketing" outside the courtroom.

5 August : The Supreme Court allows an application by ARE to suspend the High Court order requiring ARE to stop operations pending an appeal by the company. According to the judges, the closure would bring hardship to the company and its 183 workers.

1993

15 March : The scheduled hearing of the appeal filed by ARE at the Supreme Court is postponed to 7 June.23 December 1993

23 December 1993: The Supreme Court overturned the High Court decision on 2 grounds. The Court was of the opinion that ARE's experts were more believable in terms of the results of the tests conducted by them showing that radiation was within permissible levels. Secondly, the Supreme Court said that the residents should have gone back to the AELB to ask that it revoke ARE's licence, because AELB has the power to do so under the Atomic Energy Licensing Act. The Court said: "..it is up to the residents to convince the licensing authority that the operation of the factory is not in the public interest because of the danger of radiation to their health".

The Atomic Energy Licensing Act, however, does not have any provision for appeals by affected communities or the public for any appeals for the revocation of a licence granted to a company by the AELB.

Despite the success of ARE in their appeal, the company later stopped operations and began cleaning up, due to public pressure both nationally and internationally.

1994

19 January 1994: ARE announced the closure of its Bukit Merah plant.

2002

6 November 2002 : The Atomic Energy Licensing Board (AELB) wrote to CAP and said that the decommissioning and decontamination of the ARE plant had not begun. It will only happen when the Perak State Government and ARE finalise an agreement.

2003

A decommissioning and decontamination exercise started in 2003 and 2005.

2010

13 June 2010 : Former premier Dr. Mahathir Mohamad disagreed with the proposal for Malaysia to build nuclear power plants and reported that “a small amount” of nuclear waste was buried in Perak.

Mahathir said, “In Malaysia, we do have nuclear waste which perhaps the public is not aware of. We had to bury the amang (tin tailings) in Perak, deep in the ground. But the place is still not safe. Almost one square mile of that area is dangerous.”

Following his remarks, The Star has discovered that 80,000 200-litre drums containing radioactive waste are currently being kept at the dump located in the Kledang Range behind Papan town. The site is about 3km from Bukit Merah and Papan and about 15km from Ipoh. And the waste is thorium hydroxide, not amang.

In fact, it is only January this year that work finally began on the building of a proper underground storage facility called an engineered cell (EC).

The ongoing cleanup of the 30-year-old problem is estimated to cost a massive RM300 million.

2011

March 2011 : The New York Times reported that as many as 2,500 workers are rushing to complete a US$230 million plant in Gebeng, near Kuantan, that will refine slightly radioactive ore from Australia.

www.consumer.org.my

Sumber: ASD

BN BAKAL TUMBANG DI PAHANG - DR ABU HASSAN


WAN NORDIN WAN YAACOBhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtEFCKRaZpr8PrfJZhXzDZnfd2d2eaAg-gfMdl5Vkm8GNTJbhmOSET_LtS3CXyVwUWlqzQbteYBeh4ytPPL3JgV2I8vRDyHj87jyHL6sFUfOu1WSnYjpppd75Weh34FF7ybxpPo0TxXA97/s320/Copy+of+DSC_0097.JPG
 
KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang


Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.

Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negeri-negeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

“Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang” katanya.

Tuesday, November 22, 2011

JANJI PALONG - HARAPAN BUAT PENEROKA


KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda
 
 

JEMPOL 22 Nov: KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.

Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.

Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.

Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.
 
 

Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.

Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.

Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.

Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.

Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.

Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda./KeadilanDaily

BIARKAN KAMI LAWAN SATU LAWAN SATU DI PEKAN

Keadilan Pahang menghormati keputusan Presiden KITA untuk tidak meletakkan calon mereka di Parlimen Pekan, khususnya.  Sememangnya hasrat Pakatan Rakyat untuk bertempur satu lawan satu dengan Najib di kawasan kubu kuat beliau di situ. 

Parlimen Pekan dikatakan `lembah maut' buat sesiapa sahaja yang berani bertanding menentang Najib sama juga seperti di Parlimen Permatang Pauh.  Bezanya, kekuatan DS Anwar di Parlimen Permatang Pauh tidak dibantu oleh ribuan undi pos dan juga pengundi Kemboja tetapi kekuatan Najib di Pekan hanyalah kepada undi-undi pos di dua kem tentera terbesar di situ iaitu Kem 4 Briged Mekanise dan Pengkalan TUDM Kuantan.  Manakala di kawasan felda sekitar kawasan Pekan, Najib tidak lagi boleh mendabik dada. 

Bayangkan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang kini sedang bersidang untuk merumuskan sesuatu yang lebih baik dan demokratik di dalam Pilihanraya di negara ini mengambil keputusan menghapuskan undi pos, maka riwayat Najib di kawasan tersebut amat kritikal.  Rata-rata warga tentera yang ditemui mengharapkan mereka diberi peluang untuk mengundi sama seperti orang awam yang lain.  Warga tentera sekarang ini kebanyakannya terdiri dari jenerasi baru yang memasuki tentera dengan taraf pendidikan yang tinggi paling kurang di peringkat SPM.  Mereka juga kini terdedah dengan berbagai maklumat melalui internet dan adalah sukar buat kerajaan Umno/Bn sekarang untuk memperbodohkan mereka.  Cuma, yang menjadi penghalang buat mereka hanyalah undi pos.

KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera dan Perajurit) di bawah Keadilan Pahang sentiasa menjalinkan hubungan bukan sahaja di kalangan bekas-bekas tentera tetapi juga dengan warga tentera.  Walaupun KOBAT tidak berpeluang memasuki kem tentera, namun KOBAT mempunyai cara tersendiri untuk mendekati mereka.  KOBAT mendengar segala permasalahan mereka dan KOBAT juga menerangkan kepada mereka tentang intipati Buku Jingga yang banyak melibatkan kepentingan warga tentera dan bekas tentera serta perajurit termasuk Polis.

Jika Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal berjaya menembusi jiwa dan hati para Peneroka, maka KOBAT belajar dari pengalaman Biro berkenaan dari segi pendekatan mereka.  Bezanya, di kawasan felda, program dan aktiviti parti masih mampu dijalankan walaupun terdapat sedikit sebanyak kawalan dan sekatan.  Tetapi di kem tentera, Pembangkang langsung tidak dibenarkan menjalankan aktiviti atau program penerangan.  Bagi pihak Umno/Bn, mereka tiada masalah untuk menjalankan aktiviti atau penerangan di dalam kawasan kem tentera di atas nama program-program tertentu.

Menyedari perkara ini, maka KOBAT juga akan melaksanakan pendekatan melalui ceramah khususnya di kawasan yang terdapat ramai bekas-bekas tentera.  Tidak seperti Peneroka Felda yang tinggal setempat, bekas-bekas tentera kebanyakan menetap di merata-rata kawasan dan perumahan.  Kobat akan mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut dan akan mengadakan program ceramah di lokasi yang bersesuaian.

Maka, kerjasama dari Ketua-Ketua Cabang serta pimpinan dari rakan Pakatan Rakyat amat penting untuk mengenalpasti kawasan-kawasan ini bagi memudahkan program penerangan boleh diatur bersama program penerangan anjuran Cabang dan kawasan.

Keadilan tidak akan bertanding sekiranya nawaitu hanya untuk mengurangkan undi calon Umno/Bn.  Walau sesiapa pun yang dicalonkan di kerusi Parlimen Pekan, Pakatan Rakyat tetap Istiqomah untuk menumbangkan Presiden Umno di bumi Pekan.  Kemungkinan besar calon yang akan berhadapan dengan Najib nanti tidak seperti yang lepas, kali ini Najib akan berdepan dengan calon tempatan yang berpengaruh dan berwibawa.