Berikutan daripada peristiwa yang memalukan nama baik Umno khususnya Adun Lepar, YB Suhaimi di mana mereka telah melakukan sesuatu yang dayus dan bacul apabila menyerang program ceramah YB Nurul Izzah di Lepar Hilir pada 26 Feb baru-baru ini, KEADILAN Pahang sedang merancang untuk kembali semula ke lokasi yang sama bagi meneruskan program yang terganggu pada malam tersebut.
Umno jelas bertindak dayus sepertimana Presiden mereka yang bacul takut untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Maka tidak hairanlah penyakit penakut Presiden mereka telah menjangkiti anak-anak buah mereka yang tidak berani berdepan secara berhujah. Ketakutan Umno kepada gerakan Pakatan Rakyat yang kini semakin menampakkan sambutan terutamanya di kawasan-kawasan felda membuatkan mereka hilang akal dan bertindak secara samseng walaupun hanya berdepan dengan seorang wanita dari KEADILAN.
Pada malam itu, kami telah mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak menyemarakkan lagi situasi yang panas akibat tindakan bodoh balaci-balaci Umno itu. Kami telah mengenalpasti siapakah orang yang bertanggungjawab, bahkan rupa paras, no telefon dan alamat beliau telah kami ketahui. Sila KLIK DI SINI. Justeru itu, jangan mereka merasa hebat dengan lagak samseng mereka kerana kami juga mempunyai had kesabarannya.
Apakah kami takut dengan gertakan samseng bertindak kebudak-budakan itu? Jawapannya tidak samasekali. KEADILAN Paya Besar akan pastikan di dalam masa terdekat ini kami akan kembali meneruskan tugas kami menyampaikan maklumat kepada seluruh warga felda terutamanya di Lepar Hilir dengan membawa semula YB Nurul Izzah ke kawasan tersebut. Kali ini, kami harap mereka tidak memaksa dan mengajar kami berperangai seperti samseng.
Sekali lagi, KEADILAN Pahang menasihatkan Presiden Umno, Najib Tun Razak untuk bersifat sebagai anak jantan menyahut cabaran debat dari Ketua Umum kami, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Najib tidak boleh mengajar anak-anak buahnya menjadi penakut seperti beliau yang takut untuk berhujah.
No comments:
Post a Comment