Nampaknya isu NFC tidak mudah untuk dihilangkan dari ingatan rakyat walaupun disibukkan dengan lawak jenaka dari Dr Hassan Ali atau kisah Anwar sokong Israel yang sering dikumandangkan melalui media kawalan Umno.
Kisah Dr Hassan Ali menjelajah ke seluruh negeri tidak menghairankan rakyat kerana hak atau wang rakyat tidak dilibatkan, mungkin wang Umno sahaja yang terpaksa keluar untuk menaja `parasit' PAS tersebut. Kisah Anwar kononnya menyokong pengwujudan negara Palestine dan negara Israel tidak berupaya memperbodohkan rakyat kerana rakyat tahu beza di antara Israel dan Yahudi Zionist.
Tetapi kisah NFC yang sinonim dengan ungkapan `lembu dalam kondo' amat menjadi perhatian rakyat. Ini adalah kerana bukan sedikit wang rakyat digunakan berbanding dengan pulangan, lebih-lebih lagi rakyat mahu tahu di atas apa sebab kelebihan atau keistimewaan itu diberikan kepada suami Shahrizat. Walaupun Shahrizat mengerjakan Haji atau Umrah sepuluh kali di dalam masa dua setengah bulan sekalipun, rakyat tidak kisah kerana rakyat mahu tahu isu NFC. Shahrizat tidak perlu bersusah payah menceritakan berapa kali beliau berada di Mekah. Abu Lahab lebih hebat, sepanjang hidup berada di Mekah.
Memetik kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang terang-terang mengakui sememangnya wujud kepincangan di dalam isu NFC ini. Katanya, "Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya
beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk
melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku,"(Malaysiakini).
Kita merasa simpati dengan Wanita Umno yang terpaksa `menanggung biawak hidup' selagi Shahrizat masih tetap berada di kerusi empok Menteri dan Ketua Wanita. Jika sudah pemimpin di dalam Umno sendiri seperti Datuk Syed Ali atau Bung Mokhtar dan beberapa pemimpin yang lain merasa sudah tidak larat untuk memberi `perlindungan' kepada Shahrizat, di mana sepatutnya Shahrizat perlu letak muka? Ketua Pemuda Umno, KJ sendiri pun terus menjadi bisu apabila cabaran beliau untuk berdebat dengan Sdr Rafizi diterima oleh anak muda ini. Membisunya KJ membawa erti, tidak mudah untuk mempertahankan kisah `lembu dalam kondo' ini.
Lebih panjang lebar lagi ulasan Datuk Syed Ali, "Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan
salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau,". Syed
Ali berkata, tidak ada pemimpin Umno yang secara peribadi memusuhi
Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu Umno dicemuh
rakyat berkaitan isu NFC. "Sampai bila mahu cakap tak serupa
bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat
sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya (Malaysiakini)
Seandainya Shahrizat ada maruah diri, beliau sepatutnya sudah lama meletakkan jawatan. Mengapa mesti mahu menunggu di`halau' oleh Najib? Rasanya Najib agak keberatan untuk menghalau Shahrizat dari Kabinetnya kerana Najib tahu Rosmah pun apa kurangnya. Maka, Shahrizat perlu buat keputusan meletakkan jawatan jika beliau mahu dilihat lebih baik sedikit dari Rosmah.
No comments:
Post a Comment