PETALING JAYA 8 FEB : Dua buah kondominium mewah dikenalpasti sebagai aset milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di negara jiran, Singapura.
Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.
Jelasnya, aset yang berupa dua buah kondominium mewah itu terletak berhampiran sebuah restoran mewah, Brawn Steakhouse yang juga milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di Marina Bay Suites, Singapura.
"Pada 17 Januarai lalu, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura.
"Berdasarkan maklumat itu, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli,"katanya.
Kondominium mewah bernilai RM34,562,784 itu dimiliki oleh Suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata pembelian dua kondominium mewah di Singapura itu menjadikan satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk mengumpul harta.
Jelas Rafizi, kemudahan pembiayaan ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.
"Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,"jelasnya.
Isu NFC muncul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Seperti yang didedahkan PKR sebelum ini, pengurusan NFC menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Shahrizat.
Malangnya, kesemua perniagaan tersebut dibiayai melalui pemindahan wang dari dana rakyat RM250 juta yang disalurkan untuk kegunaan NFC.
PKR juga sebelum ini mengemukakann bukti sejumlah RM1.3 juta dana NFC dipindahkan kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh tiga bulan antara Oktober hingga Disember 2010.
"Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura,"katanya./WRLR
No comments:
Post a Comment