KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, February 2, 2012

Pakatan mahu ambil alih Putrajaya dari kerajaan ‘Siau Ren’ – Anwar


(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 1 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari pentadbiran kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2000 hadirin pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, pagi ini.
 
 

Sambil menyifatkan Tahun Baru Cina sebagai simbolik kebaikan, kemakmuran, dan reformasi, Anwar berkata, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)

“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid) macam di Rawang. Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini Menteri.

“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan dasar Pakatan Rakyat yang memberi keadilan kepada semua kaum termasuk merangka dasar gaji minima untuk membela nasib golongan bawahan.

“Orang Melayu jangan fikir semua orang Cina ‘tauke’. Ada juga yang susah. Begitu juga orang Melayu, India, Iban dan Kadazan. Sebab itu kita ada dasar gaji Minima dan telah dimulakan di Selangor.

“Sebab itu kita kena pertahan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti di Selangor,” tegas beliau.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, yang baru-baru menuduh beliau menyokong rejim Israel, Anwar berkata beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“14 tahun saya dituduh ejen Yahudi, alat Cina, ikut cakap India. Apa lagi? Jangan fikir rakyat bodoh. Mereka tahu media, TV3 dikawal Umno,” tegasnya.

Turut hadir Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment