KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, February 4, 2012

PROGRAM PR DI MARAN - DATO FAUZI, TUAN IBRAHIM DAN YB FUZIAH GEMPUR KUBU KUAT UMNO

Di Maran, di sebuah kawasan felda yang cukup kuat `Umno'nya iaitu di Felda Jengka 2, semalam (03/2/12) telah diadakan Program Hi-Tea anjuran Keadilan Cabang Maran yang diketuai oleh Sdr Boestamin.  Program yang bermula pada jam 5.00 petang tersebut telah diadakan di sebuah kedai makan kepunyaan penyokong kuat PR felda berkenaan.

Orang ramai memenuhi kedai makan di dalam Program Hi-Tea di Felda Jengka 2, Maran

Bendera Umno/Bn turut dipasang `meraikan' Program Hi-Tea

Bagi menunjukkan bahawa kawasan Felda Jengka 2 itu terlalu `pekat' Umno nya, maka pihak Umno telah memasang banyak bendera di kiri-kanan jalan ke kawasan program yang diadakan.  Tujuan mereka untuk menunjukkan bahawa bukan mudah untuk PR menembusi kawasan berkenaan.  Namun, mereka tersilap kerana tiada istilah `tidak boleh' di dalam kamus perjuangan PR.

Ini dapat dibuktikan dengan hasil kerjasama semua penyokong PR setempat, program tersebut berjaya diadakan dengan sambutan yang di luar jangkaan.  Lebih 200 orang yang hadir jika berpandukan kepada jumlah meja serta kerusi yang diperuntukkan, sehingga ada yang terpaksa berdiri di tepi-tepi jalan.  Apa yang pasti, mereka yang datang adalah terdiri dari penduduk tempatan yang hanya hadir untuk program santai di petang itu.  Pihak penganjur begitu bermurah hati dengan menyediakan jamuan nasi bersama lauk ikan tiga rasa.  Ertinya, Program ini sudah lebih dari Program Hi-Tea semata-mata.

Sdr Boestamin, Ketua Cabang Keadilan Maran
Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang
Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi Keadilan Pahang
YB Fuziah Salleh - MP Kuantan

Di antara tetamu yang dijemput adalah Pengerusi Keadilan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga Us Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Pahang.  Turut bersama adalah YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dan pimpinan PR setempat.  

Di majlis tersebut, sekali lagi Pesuruhjaya PAS Pahang Us Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi janjinya bahawa sekiranya PR mengambil alih Negeri Pahang dari Umno/Bn, rakyat di negeri ini yang tidak mempunyai tanah untuk mendirikan rumah, rakyat yang mendiami tanah berpuluh tahun tetapi masih tidak diberikan geran hak milik dan bekas-bekas tentera, Polis serta rakyat yang didapati mempunyai kelayakan tertentu akan diberikan geran hak milik tanah.  Isu pemberian tanah yang dijanjikan oleh PR ini telah dipersendakan oleh MB Pahang baru-baru ini.  Namun, Us Tuan Ibrahim tegas dengan komitmen tersebut kerana PR bukan berjanji untuk memberi tanah kepada semua rakyat Pahang, tetapi hanya memberi kepada mereka yang layak seperti di atas tanpa mengira fahaman politik. 

Kaum Cina turut hadir
Jualan Baju `ABU' (Asal Bukan Umno)
Bersama geng `ABU' di Felda

Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi pula memberikan jaminan bahawa PR akan mampu melaksanakan semua janji yang ditawarkan kepada rakyat Pahang.  Ini terbukti dengan apa yang telah dilaksanakan di beberapa buah negeri yang kini di bawah PR.  Beliau turut menyentuh isu penswastaan air di bawah JBA Pahang.  Beliau amat khuatir setelah air ini diswastakan, kepentingan sosial tidak lagi menjadi keutamaan sebaliknya pihak syarikat lebih mengutamakan keuntungan.  Di Selangor, Kerajaan Negeri berhempas pulas untuk mendapatkan semula hak menguruskan air dari SYABAS yang terbukti menganiaya rakyat Selangor, tetapi di Pahang dengan begitu mudah air ini ingin diserahkan.

Isu Lynas menjadi thema ucapan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Beliau mengingatkan rakyat di negeri Pahang khususnya dan negara ini amnya bahawa isu Lynas bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat sekitar Kuantan atau Gebeng semata-mata.  Risiko yang sukar dibayangkan akibat dari Lynas ini nanti akan memberi kesan kepada seluruh rakyat.  Beliau memberitahu, beberapa hari setelah kerajaan mengistiharkan Lynas dibenarkan beroperasi beliau dihujani oleh beberapa panggilan telefon, SMS dan email dari beberapa pihak dari dalam dan luar negara yang bertanyakan mengapa Lynas yang ditolak oleh banyak negara maju dan membangun tetapi begitu istimewa diberi layanannya di Malaysia?  Adakah dengan hanya bermodalkan tenaga kerja lebih kurang 350 orang rakyat kita (jika benar itu rakyat kita), kerajaan sanggup menggadaikan aspek keselamatan puluhan juta rakyat di negara ini?  Apakah pulangannya berbaloi apatah lagi selama 12 tahun Lynas dibenarkan beroperasi tanpa satu sen pun cukai yang dikutip?  Tiada pilihan lain, rakyat Pahang khususnya harus bangkit tumbangkan Umno/Bn di dalam PRU akan datang kerana projek yang menjadikan rakyat sebagai `Tikus makmal' ini akan dihentikan oleh PR sekiranya kita berjaya mengambil alih kuasa.

Program petang semalam ternyata mengubah persepsi bahawa Jengka 2 adalah kubu Umno.  Tiada yang mustahil sekarang, kecuali kesemua pimpinan dan ahli-ahli PR sanggup turun bekerja kuat untuk memperkuatkan jentera parti.  Sekarang bukan masa untuk kita mempersoalkan siapa calon yang bakal bertanding.  Sekarang adalah masa untuk menentukan Umno/Bn tidak lagi menjadi sebuah kerajaan di negeri ini agar PR boleh menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dari yang ada sekarang.

Selepas program petang semalam, terdapat dua lagi program ceramah telah diadakan pada malam itu di dua kawasan yang berasingan di Parlimen Maran.  Berita berkaitan kedua-dua program tersebut akan kami siarkan nanti.

1 comment:

  1. bukan sedikit pesara-pesara polis, bekas-bekas SC AP AC Jungle Squad Border Scout Senoi Praaq di seluruh negara yang hidup mereka terbiar tidak punya tanah atau rumah sendiri dengan pendapatan yang tidak mencukupi setelah bertahun-tahun tinggal di berek/kuarters dan berkhidmat untuk agama bangsa dan negara, dengan jujur ikhlas mempertarungkan nyawa, mereka yang sentiasa ingatkan amanah Tuhan kepada hamba-hambaNya dalam menjalankan tanggungjawab...semestinya mereka juga perlukan pembelaan

    ReplyDelete