KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, February 12, 2012

ANWAR SOKONG ISRAEL, PEMIMPIN HAMAS DAN ULAMAK TERKENAL TIDAK KISAH?

Pertemuan Anwar Ibrahim bersama pemimpin Hamas, Khaled Mashal dan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi



Pengerusi Hamas, Khaled Mashal bersama Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim berbincang bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi


Gambar-gambar di atas dipetik dari Blog Anwaribrahim.blog. Ketua Umum PKR ini masih berada di luar negara dan beliau telah berkesempatan bertemu dan berbincang dengan Pengerusi Hamas, Khaled Mashal yang mana Hamas adalah satu pertubuhan yang begitu lama berjuang membebaskan bumi Palestine dari Israel.   Berbeza dengan Fatah, Hamas berjuang demi Islam bukan kerana bangsa Palestine.
 
Justeru itu lah, ramai yang berpendapat jika di Malaysia Hamas sama seperti PAS, manakala Fatah pula berperangai seperti Umno.  Meskipun kedua-duanya dari satu bangsa dan ugama, tetapi dasar perjuangan mereka berbeza.  Hamas berjuang menentang Israel atas dasar prinsip Islam, manakala Fatah pula berjuang atas dasar Nasionalis.  PAS berjuang atas nama Islam, Umno berjuang atas nama Ketuanan Melayu atau Kebangsaan.  Ertinya, Hamas amat sensitif dengan perjuangan menentang Israel.

Sekiranya pemimpin utama Hamas boleh bertemu dan berbincang dengan Dato' Seri Anwar, adakah lojik pada akal kita Dato' Seri Anwar menyokong Israel?  Tidak mungkin pemimpin Hamas tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Dato' Seri Anwar di dalam akhbar WSJ yang kini menjadi modal politik murahan Umno di media mereka?  Hamas tahu, tetapi pemimpin Hamas tidak sebodoh pemimpin Umno di dalam memahami kenyataan Dato' Seri Anwar itu.

Begitu juga dengan Ulamak terkemuka dunia, Sheikh Dr Yusuf Qaradawi.  Adakah beliau ketinggalan mengetahui kenyataan Dato' Seri Anwar itu?  Beliau juga tahu dan maklum, tetapi pemikiran Ulamak terkenal ini tidak sama dengan pemikiran jumud Ulamak yang berada di dalam Umno.

Sehubungan itu, kita rakyat Malaysia khususnya yang berugama Islam jangan terlalu bergantung harap kepada media haprak dan pencacai di negara ini. 


1 comment:

  1. UMNO/BN terdesak, itu sebab nya sering mengsensasikan cerita yang tidak betul, kononnya supaya rakyat keliru.

    ReplyDelete