TANGGAL 26hb Feb ini bermula 9.00 pagi, maka berhimpunlah rakyat yang
cintakan kedamaian dan yang prihatin dengan aspek keselamatan bertempat
di Padang MPK 1, Kuantan. Pakatan Rakyat secara rasminya menyokong
Himpunan Hijau 2.0 pada tarikh tersebut dan beberapa pimpinan utama PR
akan turut serta bersama rakyat Pahang, begitu juga dengan
berpuluh-puluh NGO bakal turun untuk menunjukkan kepada MB Pahang bahawa
rakyat tidak redha dengan kerja-kerja pemusnahan alam sekitar.
Walaupun dikhabarkan MB Pahang `restu' dengan himpunan ini, namun kita
mendapat khabar di tempat yang sama ada pihak ingin menganjurkan sukan
Futsal. Apakah ianya mengganggu Himpunan Hijau? Jawapannya tidak,
kerana Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang tetap akan dijalankan tanpa
menggangu sesiapa. Sekiranya pihak yang ingin menganjurkan sukan di
padang yang sama, mereka mungkin boleh mengadakannya di sebelah petang
kerana Himpunan Hijau hanya dilangsungkan di sebelah pagi hingga
tengahari. Andainya mereka sengaja memilih untuk mengadakan acara
tersebut di sebelah pagi, ertinya mereka sanggup menghadapi kesukaran
dan pihak Penganjur Himpunan Hijau tidak boleh dipersalahkan. Di bandar
Kuantan, padang bola bukan hanya ada satu sahaja dan mereka perlu bijak
untuk memilih tempat.
Untuk makluman semua, pada tarikh tersebut diberitakan seluruh Negeri
Pahang akan digempur serentak dengan program ceramah pada sebelah
malamnya oleh semua pimpinan tertinggi dari PKR. Seluruh Cabang PKR
meliputi seluruh kawasan Parlimen dan Dun telah diarahkan untuk bersiap
sedia mulai sekarang untuk menerima kunjungan pimpinan parti ke kawasan
masing-masing. Agihan penceramah kini sedang diatur dan yang pasti
tiada kawasan yang tidak akan digempur pada malam itu termasuk di
kawasan Parlimen Najib sendiri.
Bermula dengan Ketua Umum, DS Anwar dan Presiden PKR, DS Wan Azizah,
Naib-Naib Presiden, Wakil-Wakil Rakyat dari PKR telah bersetuju untuk
berkampung di Pahang malam itu. Difahamkan juga, PAS dan DAP turut
merancang beberapa program mereka termasuk digabungkan di dalam program
yang sama di beberapa kawasan.
Bagi anda yang berada di Pahang, sila rujuk kepada pimpinan kawasan masing-masing tentang lokasi program pada 26hb Feb ini. Sila kunjungi blog/facebook
PKR Negeri Pahang di dalam masa yang terdekat untuk maklumat
selanjutnya. Ayuh, kita berkumpul secara aman di Padang MPK 1 Kuantan
(di hadapan Masjid Negeri) pada 26 Feb ini. Pahang bakal tumbang,
InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment