Walaupun pihak kerajaan cuba untuk menafikan segala salah laku di dalam isu NFC, nampaknya isu ini semakin panas. Semakin kuat Shahrizat mempertahankan dirinya, semakin bertambah pula pembongkaran yang dibuat oleh KEADILAN.
Pada waktu Shahrizat kononnya secara sukarela untuk membantu siasatan SPRM, kemudiannya dengan wajah selamba memberitahu beliau tiada kaitan dengan isu tersebut, KEADILAN tampil menambahkan kusut otak beliau dengan pendedahan terbaru. Dakwaan pembelian dua lagi kondominium,
Maka tidak hairanlah Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee mulai merasa `mual' dengan sikap berlengah-lengah Umno di dalam mengatasi isu ini, tambahan pula waktu PRU semakin hampir. Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kontroversi yang timbul berhubung isu syarikat National Feedlot Corporation perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan. "Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC," katanya lagi.
Bagi kita, samada berlaku Pilihanraya dalam masa terdekat atau di dalam keadaan mana sekalipun, isu penyelewengan mesti dibenteras. Ini bukan soal Pilihanraya atau tidak, ini soal ketelusan dan hak rakyat yang diselewengkan untuk kepentingan peribadi. Mengapa Umno hanya memikirkan Pilihanraya sahaja untuk menyelesaikan sesuatu isu?
Ini membuktikan Umno hanya berjuang untuk Pilihanraya semata-mata. Di saat Pilihanraya baru lah mereka ingin bertindak samada untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau pun isu mahu pun untuk memberikan sesuatu habuan kepada rakyat. Sehubungan itu, parti ini wajib ditolak kerana rakyat bukan boleh dipermainkan sedemikian rupa.
No comments:
Post a Comment