Perhimpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan pada 26 Feb 2012 (Ahad) jam 09.30 pagi bertempat di Padang MPK 1, Kuantan akan dihangatkan lagi dengan program Ceramah Perdana sebagai sesi `pemanas badan' yang akan menampilkan Ketua Umum PKR selaku Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 25 Feb 2012 (Sabtu) jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan.
Turut bersama dijemput sebagai pemidato pada malam perhimpunan tersebut adalah pimpinan dari PAS Pusat dan DAP yang kini masih kami hubungi untuk mendapatkan pengesahan kehadiran. Meskipun dikatakan pihak berkuasa seolah-olah bermain `tarik tali' dengan Pihak Penguasa Tempatan serta Kerajaan Negeri berkaitan isu permit perhimpunan aman tersebut dan di dalam keadaan Padang MPK 1 (berhampiran Masjid Negeri) secara tiba-tiba dipasang pagar atau penghalang, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat rakyat untuk berhimpun menyuarakan keprihatinan terhadap keselamatan alam sekitar.
Program ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada malam itu nanti sudah pasti tidak memperkatakan isu-isu Lynas semata-mata, bahkan beliau pastinya akan menggunakan peluang tersebut untuk memperjelaskan beberapa isu semasa serta akan menjawab beberapa tohmahan dan fitnah terhadap beliau serta Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya untuk hadir beramai-ramai di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri, Jalan Beserah, Kuantan pada 25 Feb ini. Sila maklumkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran anda dan promosikan program ini secara meluas melalui SMS, facebook, blog atau dengan apa cara sekalipun. Sebarang khabar angin berkaitan program ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan dari SUK PKR Negeri di No Telefon 013-3678876 atau Penolong SU PKR Negeri di No Tel 013-9929494.
Untuk maklumat awal, sejurus selepas Perhimpunan Hijau pada 26 Feb 2012, satu program serentak menggempur seluruh Negeri Pahang akan diadakan pada malam itu melibatkan kesemua pimpinan PKR diketuai oleh Ketua Umum dan Presiden PKR serta dibantu oleh PAS dan DAP. Jadual program menggempur Pahang pada 26 Feb 2012 akan kami paparkan melalui blog dan facebook PKR Pahang.
No comments:
Post a Comment