PEKAN:
Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini,
Pahang malam semalam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk bertemu rakyat.
Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu
lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di
lokasi ceramah di Kampung Mengkasar di sini.
Mengikut jurugambar Keadilan Daily, Yuisriah Yusuf, Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.
“Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Datuk Seri
(Anwar) tiba, polis menghenti sekatan,” katanya, menambah Ahli Parlimen
Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas
sebab sama.
Sekatan polis dibuat berhampiran lokasi ceramah hingga menyebabkan
kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer. Kesesakan itu
dikatakan berlarutan lebih sejam.
Mengikut Yuisriah, polis juga cuba menghentikan ceramah Anwar atas
alasan melebihi waktu sedangkan Ketua Pembangkang itu lambat tiba di
lokasi berikutan kesesakan sekatan polis tetapi diteruskan selepas
rundingan dibuat.
Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkan
sebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduk
setempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain.
Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan
itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan
disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak./KeadilanDaily
Lain-lain foto Klik SINI.
No comments:
Post a Comment