KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, February 7, 2012

KEMPEN ABU BERTAMBAH RANCAK DI PAHANG



Kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) semakin diperhebatkan di Pahang.  Mendapat khabar bahawa majlis pelancaran ABU akan diadakan pada awal bulan Mac ini nanti.  Namun, hari ini di mana-mana program PR, sudah semakin ramai yang memakai baju atau T-Shirt `ABU'.
Tuan Hj Suhaimi (Pengerusi Biro Masyarakat dan Orang Asal turut menyokong `ABU'

Siapa pemimpin ABU sebenarnya?  Sebenarnya ABU bukan organisasi atau pertubuhan seperti SAMM, MAP mahu pun Jingga 13, jauh sekali ABU sebagai pertubuhan atau sayap politik.  ABU adalah satu gerakan berupa `perang saraf' untuk menguburkan Umno.  ABU akan memperhebatkan kempen memberitahu rakyat Umno bukan lah satu-satunya parti yang layak memerintah negara ini kerana sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang, ternyata Umno bukan sahaja gagal malahan banyak mengkhianati amanah yang diberikan.


Tiada sesiapa yang berhak mengaku menjadi Presiden atau mengetuai ABU.  Semua yang benci kepada kezaliman dan penyelewengan Umno, itu adalah ABU.  Kita sama-sama adalah pemimpin kepada ABU.  Gunakan lah apa cara sekalipun secara bijak dan berhemah asalkan Umno berkubur di bumi Pahang ini khususnya. 
`ABU' meresap di Felda
`ABU' berkawan dengan kaum Cina...sama-sama ABU

Jika Umno berjaya dikuburkan, timbul soalan siapa pengganti Umno?  Jawapannya, Asal Bukan UMNO, itulah ABU !!


No comments:

Post a Comment