Sempena Himpunan Hijau bertempat di Padang MPK 1, Kuantan pada 26 hb Feb 2012 ini, KEADILAN Pahang menyeru semua ahli dan penyokongnya untuk turut bersama menyertai perhimpunan tersebut. Difahamkan PAS Pahang telah mengerahkan lebih kurang 10,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan yang bakal disertai oleh berpuluh-puluh NGO di seluruh negara.
KEADILAN Pahang akan menentukan bahawa kehadiran semua Ketua-Ketua Cabang dan Ahli Jawatankuasanya sebagai satu kewajipan. Ketua-Ketua Cabang hendaklah menggunakan inisiatif tersendiri bagi mengerah semua ahli-ahli dan penyokong parti untuk bersama rakyat Pahang dan rakyat seluruh negara bagi menunjukkan bantahan atas apa jua program dan projek yang menjejaskan keselamatan rakyat.
Kempen mempromosi perhimpunan tersebut hendaklah dimulakan dengan giat mulai sekarang samada melalui risalah, poster, banner, facebook, blog mahu pun dihebahkan melalui program-program ceramah yang dijalankan. Amatlah memalukan jika yang dapat hadir dan memberikan sokongan nanti adalah mereka yang datang dari jauh, sedangkan rakyat di Negeri Pahang tidak berminat dan peka dengan isu yang melibatkan keselamatan mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment