KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, February 7, 2012

ESOK (08 FEB) - DUA LAGI PENDEDAHAN KEJELEKAN UMNO BAKAL TERDEDAH

Isyarat, Najib patut `keluar padang'
Esok (Rabu-08 Feb 2102), terdapat dua pendedahan yang akan dibuat oleh KEADILAN dan satu lagi oleh SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) terhadap salah laku dan kesesatan pimpinan Umno.

Satu sidang media akan diadakan pada hari Rabu, 08 Feb 2012 jam 11 pagi di Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana, bagi mendedahkan satu penyelewengan baru berkaitan NFC. Sidang media akan dihadiri oleh YB Zuraida Kamaruddin, YB Sivarasa Rasiah dan Sdr Rafizi Ramli.

Manakala satu lagi adalah Sidang Media SAMM yang akan mendedahkan dokumen serta gambar hubungan dagang Israel-Malaysia termasuk bekal minyak sawit.  Sidang media itu akan diadakan pada  08 Feb (esok) jam 11.30 pagi di Komtar Walk (pertanyaan - 0125044836 Bob SAMM).
 
Nampaknya, semakin kuat media pencacai Umno mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan Israel, dan semakin kuatnya usaha Shahrizat untuk membela kedudukan dan jawatannya, makin bertambah rahsia penyelewengan dan salah laku Umno yang berjaya diselongkar. 

Ini membuktikan, tidak semua kakitangan kerajaan yang restu dengan penyelewengan pimpinan Umno.  Justeru itu, kita yakin akan ada lagi beberapa pendedahan yang pastinya membuatkan rakyat semakin membenci Umno.

No comments:

Post a Comment