PETALING JAYA 13 Feb: Pakatan Rakyat hari ini sepakat menyokong penuh Himpunan Hijau pada 26 Februari ini, yang antara lain sebagai usaha untuk memberhentikan projek nadir bumi oleh Syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili PR menyatakan sokongan tersebut selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat yang didakan di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
“Gerakan membantah Lynas diteruskan. Pada 26 Februari ini akan diadakan himpunan hijau, menentang Lynas di Kuantan.
“Pemimpin parti (Pakatan Rakyat) akan turun memberi sokongan,” Katanya kepada media.
Menurut Anwar, beliau juga difahamkan Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek itu.
“Jawatankuasa itu akan mempersiapkan tindakan undang-undang bagi semakan kehakiman diadakan dalam masa yang segera dan diharapkan dapat dikemukakan sebelum 26 Februari ini,” ujar beliau.
Lynas Advanced dilaporkan akan memproses sisa nadir bumi mengandungi bahan radioaktif yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan dan alam sekitar.
Baru-baru ini, AELB meluluskan lesen kendalian Sementara (TOL) kepada syarikat daripada Australia itu untuk beroperasi.
Gabungan Anti Lynas dalam satu kenyataannya sebelum ini menyokong penuh Himpunan Hijau tersebut sebagai usaha untuk memberhentikan dan menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam, serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter).
SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada 9 Oktober 2011 di Kuantan.
Program yang amat berjaya itu melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7000 penyokong./KeadilanDaily

No comments:
Post a Comment