KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, March 1, 2012

CERAMAH FELDA DI PANCING SELATAN MALAM TADI BERJAYA TANPA GANGGUAN

Malam tadi (29 Feb 12) satu program ceramah anjuran PAS kawasan Paya Besar, Kuantan telah diadakan di Markas PAS Pancing Selatan.  Diberitakan lebih awal bahawa pihak-pihak tertentu akan cuba menggagalkan program tersebut sepertimana yang telah mereka lakukan baru-baru ini di Felda Lepar Hilir, Kuantan pada 26 Feb yang lalu.


Berdasarkan maklumat tersebut, PAS bersama Pakatan Rakyat telah melakukan persediaan awal khususnya di dalam aspek keselamatan.  Program tersebut menampilkan Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) dan juga beberapa pimpinan PAS kawasan. 

Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
Sdr Us Fadhil Noor - Ketua Pemuda PAS Pekan

Sepanjang program tersebut, tiada sebarang gangguan telah dilakukan dan program telah berjalan dengan lancar sehingga selesai.  Mungkin dengan persediaan rapi yang telah dilakukan oleh pihak Penganjur, kerjasama erat di antara Unit Amal, AMK, SAMM dan beberapa pihak maka pihak yang bercadang untuk mengganggu program malam tadi terpaksa membatalkan hasrat jahat mereka.

Penceramah yang berjaya menarik perhatian orang ramai sekitar 300 orang tempatan yang hadir adalah Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK).  Beliau telah memberikan hujah dan fakta berkaitan tentang penyenaraian Felda ke Bursa Saham dan mengapa penyenaraian ini patut dibantah oleh para Peneroka khususnya.

Pada pandangan kami, rata-rata yang hadir telah memahami sepenuhnya tentang isu felda ini.  Penjelasan secara terang dan penuh semangat oleh Sdr Mazlan Aliman telah memukau orang ramai yang hadir malan tadi.  Program malam tadi amat berjaya dan ini membuktikan bahawa warga felda kini bersedia untuk melakukan perubahan di dalam PRU akan datang.



No comments:

Post a Comment