KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, February 20, 2012

LYNAS - RISIKO BENCANA ALAM SEKITAR ?

 
Kesan Gebeng mampu sampai ke Thai, S'pura


Hafiz Yatim
Feb 19, 2012

Sebarang kejadian tidak diingini akibat projek Lynas Advance Material Plants (LAMP) di Gebeng didakwa boleh memberikan kesan lebih teruk daripada Bukit Merah sebelum ini, malah mampu menjejaskan persekitaran ke beberapa negara Asia Tenggara.

NONEJurutera kimia lulusan Universiti Manchester Lee Chee Hong (kiri) berkata, Singapura dan Thailand mungkin terbabit sama sekiranya berlaku sebarang insiden.

Pengurus Serantau Intech Ltd itu juga berkata, berdasarkan hipotetikal, simulasi komputer dan analisis makmal, dakwaan tiada risiko dan radioaktif di tapak LAMP tidak realistik sama sekali.

"Pada pandangan saya, penilaian keselamatan oleh Lynas tidak dibuat secara profesional, menggunakan tahap keselamatan antarabangsa tertinggi.

"Dengan kebajikan kira-kira 700,000 penduduk Kuantan dalam lingkungan 30km daripada tapak Lamp, kemungkinan berlakunya bencana alam sekitar tidak boleh diketepikan," katanya./Malaysiakini

No comments:

Post a Comment