KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, February 1, 2012

SIAPA CALON PILIHAN KEADILAN PAHANG?

Baru-baru ini disiarkan di dalam akhbar Sinar tentang hasrat Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ketua Cabang PKR K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said untuk berundur dari dicalonkan di dalam PRU akan datang bagi kerusi Dun Jenderak.  Maka, timbul persoalan siapakah yang bakal menggantikan beliau?

Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang dapat mengesahkan siapakah calon yang akan bertanding di mana-mana kerusi samada di Dun mahu pun di Parlimen.  Cuma, senarai calon boleh dianggap sudah selesai dan kini di peringkat akhir untuk ditentukan oleh pimpinan Negeri dan Pusat.  Apa yang boleh diberi jaminan iaitu setiap calon yang bakal mewakili PKR Pahang samada di Dun atau Parlimen sudah semestinya yang terbaik dari yang baik.

Calon pengganti mestilah yang terbaik - Dato' Fauzi (Pengerusi MPN)

Calon yang terbaik amat penting untuk merealisasikan impian rakyat di Negeri Pahang khususnya bagi mengubah kerajaan yang sedia ada.  Keadilan Pahang sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dengan rakannya dari PAS dan DAP yang sudah pasti akan menampilkan calon yang berkualiti.  Keadilan mempunyai ramai calon yang berkualiti dan teruji, maka calon terbaik akan menjadi pertaruhan nanti.

Di dalam isu permohonan penarikan diri Tuan Hj Suhaimi Said, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Keadilan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman bahawa sudah tentu tokoh berkaliber berkenaan telah mengenalpasti calon terbaik yang mungkin bakal menggantikannya.  Jika tidak, mana mungkin parti boleh meletakkan calon yang kualitinya berada di bawah kualiti yang ada pada beliau.  Sifirnya mudah, jika terdapat tokoh baru yang dicalonkan untuk bertanding nanti, sudah tentu tokoh berkenaan paling kurang menyamai atau melebihi kualiti yang ada pada tokoh lama.   
 
Tuan Hj Suhaimi Said - Mohon undur diri

Proses untuk menampilkan tokoh-tokoh muda atau baru di dalam Keadilan telah lama bermula.  Tokoh lama sudah semestinya memiliki pengalaman dan bersedia mencurahkan pengalamannya kepada pelapis baru, namun proses ini bukan boleh disempurnakan dengan mudah dan singkat.  Kualiti calon bukan hanya boleh diukur dengan ketinggian ilmu akademik semata-mata, tetapi lebih penting dari itu adalah jati diri masing-masing yang istiqomah di dalam perjuangan dan sanggup bekerja keras samada menang atau kalah di dalam Pilihanraya.

Sejarah banyak membuktikan, tidak ramai yang sanggup bersusah di dalam menempuh perjuangan yang berliku ini dan akhirnya mereka tersungkur di tengah medan perjuangan.  Lebih malang lagi, mereka terpedaya dengan kesenangan sehingga sanggup mengkhianati parti yang pernah mengangkat mereka.  Mudah-mudahan Allah memberikan pertunjuk kepada kita agar dapat memiliki calon-calon yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan ini.

No comments:

Post a Comment