KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, February 29, 2012

AMARAN BUAT UMNO - JANGAN AJAR DAN PAKSA KAMI BERLAGAK SEPERTI KAMU

Berikutan daripada peristiwa yang memalukan nama baik Umno khususnya Adun Lepar, YB Suhaimi di mana mereka telah melakukan sesuatu yang dayus dan bacul apabila menyerang program ceramah YB Nurul Izzah di Lepar Hilir pada 26 Feb baru-baru ini, KEADILAN Pahang sedang merancang untuk kembali semula ke lokasi yang sama bagi meneruskan program yang terganggu pada malam tersebut.

Umno jelas bertindak dayus sepertimana Presiden mereka yang bacul takut untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Maka tidak hairanlah penyakit penakut Presiden mereka telah menjangkiti anak-anak buah mereka yang tidak berani berdepan secara berhujah.  Ketakutan Umno kepada gerakan Pakatan Rakyat yang kini semakin menampakkan sambutan terutamanya di kawasan-kawasan felda membuatkan mereka hilang akal dan bertindak secara samseng walaupun hanya berdepan dengan seorang wanita dari KEADILAN. 

Pada malam itu, kami telah mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak menyemarakkan lagi situasi yang panas akibat tindakan bodoh balaci-balaci Umno itu.  Kami telah mengenalpasti siapakah orang yang bertanggungjawab, bahkan rupa paras, no telefon dan alamat beliau telah kami ketahui.  Sila KLIK DI SINI.  Justeru itu, jangan mereka merasa hebat dengan lagak samseng mereka kerana kami juga mempunyai had kesabarannya.

Apakah kami takut dengan gertakan samseng bertindak kebudak-budakan itu?  Jawapannya tidak samasekali.  KEADILAN Paya Besar akan pastikan di dalam masa terdekat ini kami akan kembali meneruskan tugas kami menyampaikan maklumat kepada seluruh warga felda terutamanya di Lepar Hilir dengan membawa semula YB Nurul Izzah ke kawasan tersebut.  Kali ini, kami harap mereka tidak memaksa dan mengajar kami berperangai seperti samseng.

Sekali lagi, KEADILAN Pahang menasihatkan Presiden Umno, Najib Tun Razak untuk bersifat sebagai anak jantan menyahut cabaran debat dari Ketua Umum kami, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Najib tidak boleh mengajar anak-anak buahnya menjadi penakut seperti beliau yang takut untuk berhujah.

Najib Perlu Jelas Kenapa FELDA FARM Products SDN BHD Tidak Dilantik Menerajui NFC

Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato’ Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.

Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.

KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.

Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.

Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:
 
“Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.

Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar.”

Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd.

Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:
 
SYARIKAT
DITUBUHKAN PADA
SAHAM DITERBITKAN BERBAYAR
PEROLEHAN TAHUNAN TERKINI
Felda Farm Products Sdn Bhd
7 Ogos 1995
RM10 juta
RM9.6 juta
(31 Dis 2010)
Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd
28 Mac 2005
RM2
0
(31 Dis 2010)
MIG Farm Sdn Bhd
15 Julai 2005
RM1 juta
RM1.2 juta
(31 Dis 2009)
MLC Industries Sdn Bhd
13 Ogos 2004
RM2 juta
0
(31 Dis 2010)

Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.

Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit.

Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:

1. Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;

2. Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?

Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Dato’ Seri Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJI SUHAIMI SAID
PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN
28 FEBRUARI 2012
 

Tuesday, February 28, 2012

WAJAH `SAMSENG TAIK MINYAK' DI LEPAR 1, KUANTAN

Nurul Izzah kata 'Samseng UMNO' inilah yang nak tumbuk dia..


Lelaki yang di bulatkan dengan warna merah diatas adalah Samseng UMNO yang bernama Asrullah Affendi Abdullah, beliau adalah lelaki yang dikatakan menyerang Nurul Izzah dalam satu ceramah di Felda Lepar Hilir I pada 26 Feb 2012.

Samseng apa benda?? perempuan pun nak dipukul..




Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

NONEKatanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

NONE
Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.


Patutlah dengan berbekalkan gambar yang dirakam oleh Fahmi Fadhil saja pihak Polis sudah dapat memberikan nama lelaki @ Samseng UMNO yang menyerang Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir I , Ahad lalu.

Menurut pihak Polis tempatan yang berjaya mengenali identiti penyerang itu , Samseng UMNO itu bernama Asrullah Affendi Abdullah, maklumat lain belum dapat katanya..


Mudahnya pihak Polis mengenal pasti ‘Samseng UMNO’ itu ya.. tentu dia seorang yang popular di Felda Lepar Hilir tu.

Tak apa lah.. kita biarkan pihak Polis menjalankan tugas mereka sebagaimana yang telah diamanahkan terhadap mereka..

Bagi membantu pihak Polis berikut adalah serba sedikit mengenai ‘Samseng UMNO’ yang menyerang Nurul Izzah itu..

Beliau merupakan bekas pelajar SMK Felda Lepar Hilir dan juga bekas penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Sebab beliau amat mudah dikenal pasti oleh pihak Polis ialah beliau seorang yang berkhidmat untuk masyarakat dan kini berkhidmat di Pejabat ADUN Lepar, tinggal di Gambang, Mentakab, Pahang.

Sebab beliau benci sangat denga Nurul Izzah.. gambar-gambar di bawah mungkin dapat menjelaskannya..







Sumber: Malaysiakini/ASD

LAGI FOTO MENARIK - IMBASAN HIMPUNAN HIJAU 2.0

Semangat kaum Cina
Semangat Kaum Melayu Islam, Lelaki dan Muslimah
Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub
Sasterawan Negara, A. Samad Said tetap bersemangat di atas pentas
Tiada ruang yang kosong di Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan
Berbaju Hijau, Pengerusi KEADILAN Pahang - Dato' Fauzi Abd Rahman
"Jika kita mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan" - Dato' Seri Anwar Ibrahim
Orang Asal peka dan membantah Lynas, Mengapa Melayu Umno masih menyokong?
SAMM - Komited dan teguh membantah Lynas
Jingga 13 turut bersama menyokong gerakan Anti Lynas

Sunday, February 26, 2012

VIDEO - UCAPAN ANWAR DALAM HIMPUNAN HIJAU 2.0 DI KUANTAN PAGI TADI



VIDEO - ANWAR `WALKABOUT AT TELUK CEMPEDAK" KUANTAN


Malam tadi (25 Feb 2012), sejurus selepas berucap di dalam program Ceramah Perdana di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang di Jalan Beserah, Kuantan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bergegas ke program AMK Pahang " Walkabout At Teluk Cempedak".

Video di atas menunjukkan sambutan hangat yang diterima Dato' Seri Anwar oleh para pengunjung yang berada di sekitar Teluk Cempedak malam tadi.

FOTO - SEKITAR CERAMAH ANWAR DI KUANTAN MALAM TADI

Pengerusi Majlis - Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang)
Sdr Syed Ali Alhabshee - Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang
Sdr Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) - Penyelaras SAMM
Sdr Anansura Rabu - Wakil PAS
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR
Malam tadi (25 Feb 2012) sempena Pemukiman Kepimpinan KEADILAN di Kuantan Pahang, Parti KEADILAN Pahang telah mengadakan program Ceramah Perdana yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun program ini tiada di dalam perancangan awal dan notis hanya diberi selama dua hari, namun program ini berjaya dijalankan dengan mendapat sambutan yang baik.  Turut diberi kesempatan berucap adalah Sdr Syed Ali Alhabshee (Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang) yang pernah dihangatkan dengan kes saman MB Pahang sekarang.  


Kehadiran Penyelaras SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard ternyata menghangatkan lagi program malam tadi.  Beliau banyak menjelaskan isu kerjasama kerajaan dengan Israel melalui dagangan antarabangsa.  Ucapan beliau amat meyakinkan dengan hujah dan fakta beserta beberapa bukti berbentuk dokumen yang mengesahkan bahawa sememangnya kerjasama ini wujud di sebalik media saban hari menghentam Dato' Seri Anwar sebagai menyokong Israel.


Ucapan wakil PAS, Sdr Anansura Rabu pula banyak menjelaskan isu berkaitan Lynas.  Beliau menyeru agar seluruh rakyat Pahang tidak mengira parti dan fahaman agama agar turun berhimpun di Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan pada 26 Feb 2012 di dalam Program Himpunan Hijau 2.0.  

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap lebih awal sebelum Wakil PAS kerana beliau akan mengikuti program berasingan di Teluk Cempedak bersama AMK Kuantan.  Di dalam pidato yang penuh semangat, beliau mengulangi betapa hipokritnya pemimpin Umno yang menyerang beliau melalui media setiap hari, namun begitu takut untuk berdebat dengannya berkaitan isu Israel.  


Beliau turut menyatakan bahawa Umno kini sudah tidak mempunyai kekuatan lagi maka dengan itu fitnah dan putar belit menjadi senjata buat Umno. Umno, katanya tidak akan mampu bertahan tanpa menggunakan fitnah dan menggunakan media kawalan mereka untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.  Beliau sekali lagi ulangi pendiriannya berkaitan isu Palestine iaitu kenyataannya di dalam Wall Street Journal yang tidak disiarkan sepenuhnya oleh media milik Umno.  

Beliau amat menghormati pendirian PAS yang tegas di dalam isu Israel.  Perbezaan pendapat beliau dengan PAS hanyalah perbezaan dari segi pendekatan sahaja tetapi matlamat tetap sama iaitu bumi Palestine dan rakyat Palestine mesti dibela.

Saturday, February 25, 2012

MALAM INI CERAMAH ANWAR, ESOK KITA BERHIMPUN DI KUANTAN


Malam ini, Sabtu (25 Feb 2012) jam 09.00 bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang akan diadakan Ceramah Perdana yang akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan dari PAS serta DAP.

Dato' Seri Anwar dijangka akan berucap lebih awal kerana selepas itu difahamkan beliau akan bersama-sama dengan program AMK Pahang yang telah diatur.  Lokasi program selepas itu akan dimaklumkan pada perhimpunan malam ini bagi mengelakkan sebarang cubaan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, semua rakyat Pahang diminta hadir beramai-ramai malam ini bagi mengetahui beberapa maklumat dan isu semasa yang akan disampaikan oleh Dato' Seri Anwar serta beberapa pimpinan yang lain.  



Pada 26 Feb 2012 (Ahad) bermula jam 09.00 pagi, semua rakyat yang cintakan keselamatan alam sekitar dan membantah Projek Lynas di Gebeng diminta hadir beramai-ramai di Padang MPK 4, Kuantan (berhampiran Pej Telekom/Pej MPK Kuantan).

Hampir semua pimpinan utama dari Pakatan Rakyat akan turun bersama-sama pada perhimpunan itu nanti termasuk Ketua Umum PKR. Dato' Seri Anwar Ibrahim beserta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah.  Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu dan beberapa pimpinan yang lain turut hadir, begitu juga dengan pemimpin-pemimpin dari DAP.

Sebagai simbolik dan menandakan sokongan, anda digalakkan memakai pakaian berwarna Hijau.  Bagi mengelakkan kesesakan, anda diminta datang lebih awal dan dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan-arahan semasa dari pihak Penganjur.

Friday, February 24, 2012

PRA HIMPUNAN HIJAU (25 FEB 2012) - CERAMAH ANWAR DI KUANTAN

Perhimpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan pada 26 Feb 2012 (Ahad) jam 09.30 pagi bertempat di Padang MPK 1, Kuantan akan dihangatkan lagi dengan program Ceramah Perdana sebagai sesi `pemanas badan' yang akan menampilkan Ketua Umum PKR selaku Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 25 Feb 2012 (Sabtu) jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan.

Turut bersama dijemput sebagai pemidato pada malam perhimpunan tersebut adalah pimpinan dari PAS Pusat dan DAP yang kini masih kami hubungi untuk mendapatkan pengesahan kehadiran.  Meskipun dikatakan pihak berkuasa seolah-olah bermain `tarik tali' dengan Pihak Penguasa Tempatan serta Kerajaan Negeri berkaitan isu permit perhimpunan aman tersebut dan di dalam keadaan Padang MPK 1 (berhampiran Masjid Negeri) secara tiba-tiba dipasang pagar atau penghalang, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat rakyat untuk berhimpun menyuarakan keprihatinan terhadap keselamatan alam sekitar.

Program ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada malam itu nanti sudah pasti tidak memperkatakan isu-isu Lynas semata-mata, bahkan beliau pastinya akan menggunakan peluang tersebut untuk memperjelaskan beberapa isu semasa serta akan menjawab beberapa tohmahan dan fitnah terhadap beliau serta Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya untuk hadir beramai-ramai di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri, Jalan Beserah, Kuantan pada 25 Feb ini.  Sila maklumkan kepada rakan-rakan dan jiran-jiran anda dan promosikan program ini secara meluas melalui SMS, facebook, blog atau dengan apa cara sekalipun.  Sebarang khabar angin berkaitan program ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan dari SUK PKR Negeri di No Telefon 013-3678876 atau Penolong SU PKR Negeri di No Tel 013-9929494.

Untuk maklumat awal, sejurus selepas Perhimpunan Hijau pada 26 Feb 2012, satu program serentak menggempur seluruh Negeri Pahang akan diadakan pada malam itu melibatkan kesemua pimpinan PKR diketuai oleh Ketua Umum dan Presiden PKR serta dibantu oleh PAS dan DAP.  Jadual program menggempur Pahang pada 26 Feb 2012 akan kami paparkan melalui blog dan facebook PKR Pahang. 

HIMPUNAN HIJAU 2.0 (26 FEB) - TURUT MENGGEMPUR PAHANG DALAM CERAMAH SERENTAK

TANGGAL 26hb Feb ini bermula 9.00 pagi, maka berhimpunlah rakyat yang cintakan kedamaian dan yang prihatin dengan aspek keselamatan bertempat di Padang MPK 1, Kuantan.  Pakatan Rakyat secara rasminya menyokong Himpunan Hijau 2.0 pada tarikh tersebut dan beberapa pimpinan utama PR akan turut serta bersama rakyat Pahang, begitu juga dengan berpuluh-puluh NGO bakal turun untuk menunjukkan kepada MB Pahang bahawa rakyat tidak redha dengan kerja-kerja pemusnahan alam sekitar.
Walaupun dikhabarkan MB Pahang `restu' dengan himpunan ini, namun kita mendapat khabar di tempat yang sama ada pihak ingin menganjurkan sukan Futsal.  Apakah ianya mengganggu Himpunan Hijau?  Jawapannya tidak, kerana Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang tetap akan dijalankan tanpa menggangu sesiapa.  Sekiranya pihak yang ingin menganjurkan sukan di padang yang sama, mereka mungkin boleh mengadakannya di sebelah petang kerana Himpunan Hijau hanya dilangsungkan di sebelah pagi hingga tengahari.  Andainya mereka sengaja memilih untuk mengadakan acara tersebut di sebelah pagi, ertinya mereka sanggup menghadapi kesukaran dan pihak Penganjur Himpunan Hijau tidak boleh dipersalahkan.  Di bandar Kuantan, padang bola bukan hanya ada satu sahaja dan mereka perlu bijak untuk memilih tempat.
Untuk makluman semua, pada tarikh tersebut diberitakan seluruh Negeri Pahang akan digempur serentak dengan program ceramah pada sebelah malamnya oleh semua pimpinan tertinggi dari PKR.  Seluruh Cabang PKR meliputi seluruh kawasan Parlimen dan Dun telah diarahkan untuk bersiap sedia mulai sekarang untuk menerima kunjungan pimpinan parti ke kawasan masing-masing.  Agihan penceramah kini sedang diatur dan yang pasti tiada kawasan yang tidak akan digempur pada malam itu termasuk di kawasan Parlimen Najib sendiri.
Bermula dengan Ketua Umum, DS Anwar dan Presiden PKR, DS Wan Azizah, Naib-Naib Presiden, Wakil-Wakil Rakyat dari PKR telah bersetuju untuk berkampung di Pahang malam itu.  Difahamkan juga, PAS dan DAP turut merancang beberapa program mereka termasuk digabungkan di dalam program yang sama di beberapa kawasan. 
Bagi anda yang berada di Pahang, sila rujuk kepada pimpinan kawasan masing-masing tentang lokasi program pada 26hb Feb ini.  Sila kunjungi blog/facebook PKR Negeri Pahang di dalam masa yang terdekat untuk maklumat selanjutnya.  Ayuh, kita berkumpul secara aman di Padang MPK 1 Kuantan (di hadapan Masjid Negeri) pada 26 Feb ini.  Pahang bakal tumbang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Thursday, February 23, 2012

FELDA - COP JARI ISA SAMAD BELUM KERING ?


 
Peneroka diusir pada taklimat Koperasi Felda

Aidila Razak
Feb 22, 2012

Seorang peneroka hari ini diusir daripada menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur, selepas beliau menyoal pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung jaminan kepada pemegang saham mengenai dividen mereka.

"Saya mahu jaminan dividen kami apabila Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan. Isa beritahu saya Perdana Menteri beri jaminan. Saya beritahunya PM tidak akan jadi PM selama-lamanya.
"Kemudian Isa berkata jika saya tidak percaya kepada PM, saya harus tinggalkan dewan. Saya beritahunya, saya sudah berada di Felda selama 50 tahun, tetapi awak hanya masuk Felda selama dua tahun dan dakwat pada ibu jari awak pun masih basah. Awak yang patut tinggalkan dewan,” kata R Sanggam yang berasal dari Felda Sendayan.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3:30 petang tadi.

Mengesahkan ceritanya, adalah rakan peneroka Saparuddin Mohd Yasin yang berkata, keadaan semakin hangat apabila sebahagian daripada pemegang ekuiti di bilik itu mulai marah dengan Sanggam kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.

KPF hari ini mengadakan taklimat untuk ahli-ahlinya bagi menjelaskan kesan penyenaraian FGVH, setelah mesyuarat agung perwakilan khasnya terpaksa dibatalkan berikutan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarangnya daripada membincangkan penyenaraian berkenaan.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat yang dijadualkan hari ini.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH./Malaysiakini

BAHAYA JIKA FELDA MEMASUKI BURSA SAHAM - KU LI

22 February 2012
  
Ku Li: Bawa Felda ke Bursa langkah bahaya

KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun ini, adalah satu langkah yang bahaya kepada masa depan peneroka Felda, kata Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipetik Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau ada dimaklumkan oleh banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.


Apabila terdedah di pasaran terbuka, tambah beliau, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Oleh itu kata bekas Menteri Kewangan ini, ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodohlah kalau tak jual untuk ambil kesempatan keuntungan.

"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Malah menurut beliau, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.

"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini.

"Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.

"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga Presiden Amanah.

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=19386

Wednesday, February 22, 2012

HIMPUNAN HIJAU 26 FEB - TENTUKAN KEHADIRAN MAKSIMA AHLI DAN PENYOKONG

Sempena Himpunan Hijau bertempat di Padang MPK 1, Kuantan pada 26 hb Feb 2012 ini, KEADILAN Pahang menyeru semua ahli dan penyokongnya untuk turut bersama menyertai perhimpunan tersebut.  Difahamkan PAS Pahang telah mengerahkan lebih kurang 10,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan yang bakal disertai oleh berpuluh-puluh NGO di seluruh negara.

KEADILAN Pahang akan menentukan bahawa kehadiran semua Ketua-Ketua Cabang dan Ahli Jawatankuasanya sebagai satu kewajipan.  Ketua-Ketua Cabang hendaklah menggunakan inisiatif tersendiri bagi mengerah semua ahli-ahli dan penyokong parti untuk bersama rakyat Pahang dan rakyat seluruh negara bagi menunjukkan bantahan atas apa jua program dan projek yang menjejaskan keselamatan rakyat. 


Kempen mempromosi perhimpunan tersebut hendaklah dimulakan dengan giat mulai sekarang samada melalui risalah, poster, banner, facebook, blog mahu pun dihebahkan melalui program-program ceramah yang dijalankan.  Amatlah memalukan jika yang dapat hadir dan memberikan sokongan nanti adalah mereka yang datang dari jauh, sedangkan rakyat di Negeri Pahang tidak berminat dan peka dengan isu yang melibatkan keselamatan mereka sendiri.

Bantah Lynas: PAS kerah 10,000 ahli ke Kuantan

Abdul Rahim Sabri
Feb 21, 2012

PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manPesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka.

"Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu.

Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.
NONEPAS T'ganu turut sokong

Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur.

Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.

"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara.

NONE"Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," kata setiausaga PAS negeri Yahya Ali.

Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun./Malaysiakini

Tuesday, February 21, 2012

INIKAH PUNCA UMNO JOHOR MEROYAN DAN GELABAH?


NEGERI UMNO TERKUAT DIDUNIA DIGEMPUR DAN BAKAL MENJADI KUBUR 
TERAKHIR UMNO PADA PRU 13 NANTI...INSYA ALLAH....



Kalau dilihat pada sambutan setiap ceramah Pakatan Rakyat di negeri Johor, negeri UMNO paling kuat didunia kebelakangan ini, lebih-lebih lagi kalau penceramah agungnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti sambutan yang amat luar biasa yang tidak pernah kelihatan malahan tidak pernah dimimpikan sebelum ini..Dulu kalau parti pembangkang mengadakan ceramah di Johor terutamanya disekitar tahun 80an sehingga akhir tahun 90an...kehadiran pendengar lebih kecil dari jumlah para penceramah.

Seneario itu kini sudah berubah...petanda yang rakyat negara ini maukan perubahan.. perubahan demi mau meyelamatkan negara yang mereka kasihi dari terus dirompak dengan rakusnya oleh para pemimpin UMNO..

Walaupun UMNO dilahirkan di Johor Bahru Johor, itu tidak dijadikan alasan picisan untuk terus menerus menyokong UMNO.. majoritinya berfikiran, UMNO kini sudah tidak lagi membawa perjuangan UMNO dulu...UMNO dulu mendahulukan rakyat... UMNO kini mendahulukan kroni dan kaum kerabat sendiri. Mereka sudah muak,menyampah dan meluat kerenah dan perangai para pemimpin UMNO yang diberikan amanah dan mandat untuk tadbir negara....55 tahun sudah cukup bagi mereka....ENOUGH IS ENOUGH... itulah istilah yang dapat disimpulkan dalam pemikiran rakyat Johor kini.

Ceramah di Endau Mersing, Johor sebagai bukti dan petanda kepada hujah diatas....kehadiran lebih 5,000 warga Endau tanpa dipaksa, diangkut malahan tidak takut diugut datang berduyun-duyun untuk mendengar amanat dan pembongkaran skandal dari pemimpin tersayang mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim..dewan menjadi terlalu sesak sehingga ada yang terpaksa duduk diatas simen dan yang lambat terpaksa mendengarnya dari luar dewan.

Perlu diingat...majoriti warga Endau adalah para nelayan...warga yang layak menerima BR1M RM500/-...sudah pasti wang RM100/ untuk murid-murid sekolah dan RM500 untuk satu keluarga yang susah tidak mampu untuk membeli, menambat maupun terus memikat mereka memberikan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU 13 yang akan datang tidak lama lagi ini.

Memang wajar dan sepatutnya para pemimpin UMNO/BN kini panik,gundah gelana malahan takut kecut perut melihat fenomena yang tidak mampu disekat ini...mau tidak mau.. tsunami politik yang jauh lebih dahsyat bakal menimpa Johor.

Cara untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dinegeri Johor ialah dengan UMNO mengambil cara politik purba..politik primitif...politik ganas, politik ugut dan gertak serta politik samseng...politik tipu dan fitnah sudah tidak mampu diratah lagi oleh rakyat..Ini dikuatkan lagi rasa takut dan cuaknya apabila anak jati Johor YB Salahuddin Ayub telah pun diistiharkan bakal MB Johor jika Pakatan Rakyat diberikan mandat dan amanah.

Sebab itu para pemimpin UMNO termasuk juak-juaknya beriya-iya maukan Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara...diserang dengan pelbagai fitnah.. tak cukup dengan itu.. diserang dengan batu dan kayu..

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....UNDI RAKYAT MEMBAWA BERKAT.. KEHENDAK RAKYAT  SUDAH TIDAK MAMPU DISEKAT
 

Hutang kerajaan Malaysia semakin parah

Sumber RoketKini.com














KUALA LUMPUR, 18 FEB – Hutang kerajaan UMNO-Barisan Nasional sekarang adalalh sebanyak RM456 billion, tidak termasuk RM96.9 billion “liabiliti luar jangkaan”.

Sehingga kini, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah 53.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 53.1 peratus pada tahun 2010 dan 44.6 peratus pada tahun 2006. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pertambahan hutang – yang terpaksa dibayar oleh generasi akan datang tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah – semakin parah.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan ialah kewangan kerajaan “di luar lembaran imbangan” tidak pula dilaporkan sebagai hutang kerajaan persekutuan, seolah-olah mahu menyembunyikan kedudukan hutang yang semakin tenat.

“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan semakin mengeluarkan kertas hutang melalui badan-badan berkanun dan entiti dikorporatkan. Pinjaman ini adalah mendapatkan dengan jaminan yang disediakan oleh kerajaan, tetapi tidak ditunjukkan sebagai pinjaman kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pada tahun 2010, aktiviti pembiayaan “di luar lembaran imbangan” telah mencapai rekod tertinggi, iaitu RM96.9 bilion pada tahun 2010, meningkat 14.9 peratus daripada RM84.3 bilion pada tahun 2009.

“Ini adalah pinjaman yang telah diambil dengan jaminan kerajaan, di mana kerajaan bertanggungjawab untuk membayar sekiranya peminjam gagal untuk menyelesaikan hutang.

“Sebagai contoh, jika Yayasan Wilayah Persekutuan tidak dapat membayar balik yang dicadangkan RM300 juta pinjaman daripada KWSP untuk menyediakan pembiayaan untuk pembeli rumah kos rendah, maka kerajaanlah perlu mengambil langkah untuk membuat bayaran RM300 juta kepada KWSP,” tambah beliau.

Oleh yang demikian, walau pun pinjaman ini tidak diambil oleh kerajaan, sebenarnya kerajaanlah dan ini dikenali sebagai “liabiliti luar jangka”, ujarnya.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara memberi contoh-contoh lain di mana kerajaan UMNO-BN gagal menangani masalah hutang:

* PTPTN dan Syarikat Prasarana Negara Bhd masing-masing berhutang RM17.0 bilion (17.5 peratus) dan RM9.1 bilion (9.4 peratus); dan kedua-duanya telah dikritik oleh Ketua Audit Negara untuk pengurusan kewangan mereka yang lemah dan ketidakmampuan mereka untuk membayar balik pinjaman.

* Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (RM7.0 bilion) yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS), 1MDB (RM5.0 bilion) yang kemudiannya meminjamkan hampir semua wang kepada syarikat asing yang dipersoalkan kredibilitinya, iaitu PetroSaudi International Limited, dan SilterraBhd (RM1.0 bilion) yang telah membuat kerugian berjumlah RM2 bilion sehingga hari ini.

“Apa yang juga menarik adalah fakta bahawa pinjaman Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga menerima jaminan kerajaan. Hutang dijamin kerajaan ini juga telah meningkat dari RM715 juta pada 2009 kepada RM1.275 bilion pada 2010.

“Malaysia tidak perlu menunggu untuk krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece sebelum cuba untuk membuat reformasi kewangan sektor awam. Dengan kadar hutang yang semakin meningkat, negara kita sedang menjunam ke arah bencana kewangan,” tambah beliau.

Had hutang tidak dipedulikan kerajaan UMNO-BN

Pua juga mempertikaikan tentang kewujudan undang-undang had pinjaman kerajaan persekutuan kerana ia tidak dipedulikan dan dilanggar sesuka harti oleh kerajaan UMNO-BN.

Menurutnya, Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 telah menetapkan bahawa had hutang kerajaan persekutuan berbanding dengan KDNK adalah 55 peratus, sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, “siling pinjaman berkanun” sebenarnya telah dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan UMNO-BN sepanjang dekad yang lalu untuk “menghalalkan” tahap hutang kerajaan persekutuan yang telah meningkat pada yang lebih cepat kadar berbanding KDNK Malaysia.

“Siling pinjaman berkanun 55 peratus hanya berkuat kuasa pada Julai 2009 dengan perintah Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sebelum had disemak, had itu ditetapkan pada 45 peratus pada Jun 2008, hampir 13 bulan selepas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Md Yakcop,” ujarnya.

Lima tahun sebelum itu, had itu dinaikan kepada 40 peratus pada April 2003 oleh Menteri Kewangan II ketika itu Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

Pua menjelaskan, dalam masa enam tahun sahaja, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK.

“Soalnya ialah jika siling berulang kali dinaikan dengan sesuka hati, mengapa kerajaan perlu menetapkan had pada mulanya?

“Kerajaan-kerajaan seluruh dunia, terutama di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Jerman, kini telah mengubah undang-undang mereka untuk memastikan hutang dan liabiliti luar jangka akan dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti kewangan.

“Ini adalah untuk mengelakkan krisis kewangan yang telah menyelubungi Eropah 2 tahun yang lalu,” katanya. – Roketkini.com