KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, January 14, 2012

UCAPAN TERIMA KASIH KEADILAN PAHANG KEPADA PDRM KUANTAN

KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan keselamatan khususnya kepada PDRM Kuantan kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan pada 07 Januari 2012 baru-baru ini.

Kawalan keselamatan yang amat baik telah diberikan oleh pihak Polis serta pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan setibanya Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggalah beliau menyempurnakan programnya yang berakhir di Putra Balok, Kuantan amat dihargai.

KEADILAN Pahang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dari Unit Amal PAS serta rakan-rakan dari DAP yang turut memberikan kerjasama yang baik sehingga program Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya dijalankan dengan jayanya.  Tidak lupa juga kepada Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta bersama rakan-rakan yang mengetuai kumpulan konvoi keselamatan yang mengiringi kenderaan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berjaya melaksanakan arahan yang diberikan semasa taklimat sebelum itu. 

No comments:

Post a Comment