KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, January 8, 2012

SEKITAR KUNJUNGAN DS ANWAR `KEMPEN 901' KE PAHANG

Awalnya kunjungan DS Anwar Ibrahim dijadual pada 05 Jan 2012, namun atas sebab-sebab tertentu maka tarikh telah berubah kepada 07 Jan 2012.  KEADILAN Pahang di dalam masa yang agak suntuk telah menggerakkan kempen kepada rakyat Pahang untuk hadir beramai-ramai menyambut kunjungan DS Anwar pada tarikh tersebut.

Di antara sepanduk menyambut ketibaan DS Anwar (atas).  DS Anwar disambut oleh Pengerusi KEADILAN Pahang Dato' Fauzi, YB Fuziah dan beberapa pimpinan negeri
Jadual ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan adalah pada jam 03.10 petang.  Dimaklumkan terdapat ura-ura bahawa pihak-pihak tertentu akan berkumpul di Lapangan Terbang bagi membuat provokasi sewaktu ketibaan DS Anwar.  SMS disebarkan merata-rata untuk mengalakkan orang ramai hadir untuk membantah kehadiran DS Anwar termasuk menggesa agar sebarang risalah berkaitan Kempen 901 dan poster program DS Anwar dikoyak atau dibuang.
Suasana di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah
Namun, atas usaha semua penyokong-penyokong PR kempen menggerakkan rakyat Pahang untuk hadir bersama-sama DS Anwar berjaya dilakukan.  Ini terbukti sewaktu ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan lebih kurang jam 02.45 petang telah disambut dengan laungan `Reformasi dan Bebaskan Anwar' serta laungan Takbir yang memecah kesunyian di perkarangan balai ketibaan.  Tiada seorang pun dari pihak-pihak luar yang hadir untuk mencetuskan provokasi kerana kami telah mewar-warkan untuk bersedia menghadapi mereka di dalam sebarang kemungkinan.

KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama pihak keselamatan di Lapangan Terbang serta pihak Polis yang bertindak profesional, dan pihak Polis juga membantu mengiringi kenderaan yang membawa DS Anwar ke Ibu Pejabat KEADILAN Negeri seterusnya ke lokasi ceramah di Putra Balok, Kuantan. 

DS Anwar bersama pimpinan KEADILAN di Ibu Pejabat KEADILAN Negeri
Menyanyikan Lagu Kebangsaan
Dato' Fauzi mengalu-alukan kunjungan DS Anwar Ke Pahang

Dari Lapangan Terbang, DS Anwar ke Ibu Pejabat KEADILAN Negeri, Beserah untuk bertemu dengan kesemua pimpinan KEADILAN dan beliau juga turut berucap seketika di hadapan penyokong-penyokong yang menanti di Ibu Pejabat KEADILAN itu.

DS Anwar memberikan ucapan rengkas
Di antara yang memenuhi ruang di Ibu Pej KEADILAN Negeri
Jamuan ringan juga disediakan di luar Ibu Pejabat
Petugas dari Wanita KEADILAN

Seterusnya, tepat jam 04.45 petang DS Anwar ke lokasi ceramah di Putra Balok, Kuantan.  Di sana telah menanti tidak kurang dari 5 ribu rakyat Pahang yang tidak sabar-sabar untuk mendengar amanat dari beliau.  Di atas pentas, selain dari Pengerusi KEADILAN Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, semua pimpinan PR juga hadir termasuk Pengerusi KEADILAN Terengganu yang juga MP Indera Mahkota, YB Azan Ismail.  

DS Anwar di pentas Putra Balok bersama pimpinan PR
Di antara ribuan yang hadir di Putra Balok, Kuantan

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pahang, Us Hamzah memulakan ceramah.  Beliau mengajak rakyat untuk bersama-sama menentang kezaliman Umno/Bn dan menyeru orang ramai untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta, KL pada 09 Jan ini nanti bagi memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim.  Bagi beliau, sokongan kepada DS Anwar bukan sokongan peribadi tetapi adalah sokongan bagi membantah sebarang ketidakadilan, fitnah dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Umno/Bn.

Timbalan Pengerusi Perhubungan PAS Pahang sedang berucap
Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato Fauzi sedang berucap
DS Anwar sedang menyampaikan amanat beliau

Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi turut berucap.  Beliau kali ini begitu bersemangat berucap dan menyeru orang ramai melakukan perubahan di dalam PRU akan datang.  Beliau turut menegaskan, jika DS Anwar berjanji untuk menurunkan harga minyak di dalam tempoh 24 jam sekiranya PR berjaya ke Putrajaya, beliau berjanji sekiranya PR berjaya mengambil alih Pahang, segala kekayaan di Negeri Pahang akan diagihkan semula kepada rakyat Pahang sepertimana yang dilakukan oleh Selangor sekarang.  

Kemuncaknya, DS Anwar tampil berucap dengan mendahulukan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakyat Pahang yang memberikan sambutan meriah di atas kunjungannya.  Beliau menyatakan soal yang lebih penting dari apa yang berlaku pada 09 Jan ini nanti adalah rakyat perlu bangkit menumbangkan Umno/Bn.  Beliau tidak meminta untuk dipenjarakan keranas beliau tidak bersalah, namun katanya beliau telah bersedia dengan apa jua risiko akibat dari perjuangannya membela nasib rakyat.  Katanya, Kerajaan sekarang tidak mendapat sebarang bukti untuk mensabitkan beliau dengan amalan rasuah atau penyelewengan sewaktu beliau di dalam Kerajaan dahulu, justeru itu katanya mereka terpaksa merancang fitnah yang tidak masuk akal dan dikecam oleh seluruh dunia terhadapnya. 

"Apa jua keputusan mahkamah pada 09 Jan nanti, LAWAN TETAP LAWAN !!' - Anwar

Di dalam keadaan cuaca yang agak panas petang itu dan orang ramai tidak berganjak di hadapan pentas, DS Anwar menyatakan bahawa PR bukan hanya tahu berjanji kepada rakyat tetapi PR akan laksanakan semua janji-janji yang ditawarkan di dalam Buku Jingga.  Buktinya, lihat sahaja negeri-negeri yang ditadbir oleh PR sekarang, semuanya memberi kebaikan kepada rakyat.  Malang sekali kata beliau, media yang dikawal oleh Umno/Bn tidak berani untuk menyiarkan kesemua program rakyat yang telah dilakukan oleh negeri-negeri tersebut.

Apakah yang berlaku sekiranya beliau dipenjarakan?  DS Anwar dengan pernuh yakin menyebut sekiranya mahkamah melakukan tugas dengan profesional, adil dan telus, beliau pasti akan dibebaskan.  Tetapi katanya, apa jua keputusan mahkamah nanti, PR akan terus berjuang agar berjaya merampas Putarajaya.  Dengan nada yang agak sebak, DS Anwar mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang bercadang untuk ke Mahkamah pada 09 Jan nanti.  Beliau berkata, sesiapa yang mampu dan mempunyai kelapangan boleh lah hadir tetapi jika tidak berpeluang, memadai dengan menadah tangan berdoa ke hadrat Illahi.

Blogger PKR Pahang sedang berambar bersama Blogger CMK (Cucu Mat Kilau)

Malam esok (malam ini), di rumah DS Anwar akan diadakan Solat Hajat selepas Maghrib dan kemudiannya beliau akan memberikan amanat penting di Kampong Baru, KL dan juga di Kampong Pandan, KL.  Program terakhir DS Anwar di Pantai Timur adalah di Terengganu malam tadi.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar pemimpin kita ini diselamatkan dari segala bentuk fitnah dan kezaliman seterusnya dibebaskan dari pertuduhan yang berbentuk konspirasi jahat mereka itu.  KEADILAN Pahang akan memberikan komitmen dengan menghantar semaksima mungkin para penyokongnya ke Mahkamah pagi esok.  KEADILAN Pahang menyeru agar rakyat turun ke Mahkamah pagi esok secara aman dan mematuhi arahan semasa yang disampaikan oleh pimpinan kita di sana nanti.  SELAMAT BERJUANG, SELAMATKAN DS ANWAR !!

No comments:

Post a Comment