Kenyataan Media Untuk Edaran Segera
17hb Januari 2012
Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO
Seusai
pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9hb
Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah
baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat
Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini,
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau
mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.
Fitnah
yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik
dari jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu
wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti
jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut
berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan
petikan jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman
wawancara BBC itu:
"We will have to review archaic laws
and
we, muslims and non muslims generally believe and committed to support
the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.
but
we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as
relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in
public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I
think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent
people cannot be condoned and be tolerated."
Berdasarkan
jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam,
kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan
perempuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau,
Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan
ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).
Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak
berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.
Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya
oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.
Saya
ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan
tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya
juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah
ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama
sekali membenarkan fitnah sedemikian.
YB HJ AHMAD BIN KASIM,
Ahli Parlimen Kuala Kedah,
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.
No comments:
Post a Comment