Majlis doa kesyukuran sempena pembebasan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dari fitnah tuduhan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah pada 09 Jan yang lalu telah diadakan di Jenderak Utara, K. Krau, Pahang malam tadi.
Gotong royong bagi majlis jamuan doa kesyukuran |
Program anjuran Cabang KEADILAN K.Krau itu telah bermula seawal pagi (28 Jan 2012) dengan kerja gotong-royong membuat persiapan majlis kemuncak di malam itu iaitu program ceramah. Majlis makan malam di adakan di sebuah rumah penyokong kuat KEADILAN di kawasan Jenderak Selatan dan orang ramai dijamu dengan nasi dan daging lembu serta beberapa masakan kampung.
Penceramah jemputan adalah terdiri dari YB Nurul Izzah (Naib Presiden KEADILAN), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang), Us Shahril Azman (Pemuda PAS Pahang), Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau), Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) dan juga Man Kadir @Pak Jabit selaku Pengerusi Majlis.
Barisan Saf kepimpinan yang hadir
Kehadiran orang ramai padat sehingga melimpahi ke jalanraya
Sambutan orang ramai malam tadi di luar jangkaan kerana kehadiran adalah dua kali ganda dari kehadiran orang ramai di dalam program-program sebelum ini di lokasi yang sama. Ini jelas membuktikan hasil usaha berterusan Pakatan Rakyat di K.Krau menampakkan kemajuan. Dari awal program iaitu dari majlis jamuan sehingga ceramah berakhir, semuanya berjalan dengan licin dan teratur. Cuma, sedikit kelemahan yang wajar diberi perhatian untuk masa akan datang adalah dari segi persediaan audio (PA System) yang sering terganggu terutamanya sewaktu YB Nurul Izzah berucap.
Man Kadir @ Pak Jabit |
Tuan Hj Suhaimi |
Sdr Rebin Berham |
Us Shahril Al-Hafiz |
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN) |
YB Nurul Izzah (Naib Presiden KEADILAN/MP Lembah Pantai) |
Secara keseluruhannya, program malam tadi dianggap paling berjaya setakat ini di dalam mengumpulkan kehadiran orang ramai walaupun di kawasan tersebut merupakan kawasan felda. Kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang amat tinggi bagi satu kawasan felda seperti di Jenderak ini. Syabas KEADILAN K.Krau.
No comments:
Post a Comment