KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, January 3, 2012

SEKITAR PROGRAM CERAMAH DI JENDERAK UTARA BARU-BARU INI

Pada 30 Dis 2011 yang lalu, bertempat di Markas PAS Felda Jenderak Utara telah diadakan program Ceramah Pakatan Rakyat di bawah anjuran Pakatan Rakyat K.Krau.

Penceramah-penceramah yang diundang terdiri dari Sdr Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR), Sdr Zabidie Abas (Naib Presiden ANAK), Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR) dan Ustaz Sharil (ketua Pemuda PAS).  Turut diberi ruang untuk berucap adalah Ketua Biro Komunikasi PKR Pahang, Sdr WFauzdin NS juga seorang Blogger bagi mewakili KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera/Perajurit) PKR Pahang.

Dari kiri Us Shahrir, Tuan Hj Suhaimi dan Sdr Mazlan Aliman

Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR)

Sepanjang sesi ceramah, isu-isu Felda telah dikupas dengan baik dan terperinci oleh semua penceramah yang berlatar belakangkan perjuangan Felda.  Isu penyenaraian Felda di Bursa Saham telah menarik minat para peneroka yang ramai hadir pada malam itu.  Penyenaraian Felda Global Venture (FGVH) ke dalam Bursa Saham dilakukan tergesa-gesa di dalam keadaan Felda telah pun mengalami penyusutan aliran tunai dalam tempoh sedekad lalu dibidas oleh Sdr Mazlan Aliman. 

Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR)

Sdr Mazlan Aliman (Presiden ANAK)

Program ceramah yang diPengerusikan oleh Sdr Man Kadir atau Pak Jabit itu telah dihadiri oleh kebanyakannya dari para Peneroka Felda sekitar K.Krau dan Jenderak yang mahu mendengar sendiri segala maklumat yang tepat berkaitan isu Felda.  

Wfauzdin NS (Biro Komunikasi/KOBAT) PKR Pahang
Sebahagian Para Peneroka Felda yang hadir

Sebelum kesemua penceramah jemputan tersebut berucap, Sdr Wfauzdin Ns dari KOBAT telah berucap dengan memperkenalkan KOBAT sebagai Biro yang berjuang untuk warga tentera dan bekas-bekas tentera/perajurit.  Misi KOBAT juga telah diperjelaskan sebagai suatu permulaan di dalam memperkenalkan Biro ini. Beliau turut menyentuh soal perbicaraan kes DS Anwar Ibrahim dan menyeru orang ramai agar hadir di Mahkamah Jalan Duta, KL pada 09 Jan nanti bagi memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim yang bakal diputuskan kesnya pada tarikh tersebut.
Wakil SAMM Kuantan bergambar dengan penceramah dan juga Pak Jabit

Keseluruhannya, program malam tersebut dapat diadakan dengan jayanya.  Syabas kepada pihak Penganjur.


No comments:

Post a Comment