Pelancaran Program Ehsan Samudera Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh PM, Najib Tun Razak di Tg Lumpur, Kuantan pada 21 Jan 2012, jam 2.30 petang. Sempena dengan pelancaran tersebut yang sudah semestinya bukan program parti tetapi program Kerajaan yang menggunakan peruntukan Kerajaan, namun sekitaran kawasan berkenaan bermula dari kawasan bandar Kuantan menuju ke Tg Lumpur dipenuhi oleh bendera Umno dan Bn.
Seperti biasa, Najib tidak akan hadir ke sesuatu tempat jika tidak menaburkan duit. Maka, itulah yang dilakukan oleh anak Pekan ini kerana tanpa duit bukan Umno namanya. Itu bukan isunya untuk diulas di sini kerana bagi kami itulah cara Umno dari dulu, kini dan selamanya. Fitnah tidak boleh dipisahkan dari mereka.
Apa yang mahu diulas di sini, di dalam program tersebut telah diedarkan risalah memburuk-burukkan dan menfitnah pemimpin Pakatan Rakyat. Apa kena mengena risalah tersebut diedarkan di dalam program berkenaan? Apakah tiada kejantanan lagi buat Najib untuk berdepan secara bermoral dengan pimpinan Pakatan Rakyat? Mengapa sehingga kini Najib tidak bersuara tentang cabaran DS Anwar untuk berdebat dengan beliau tentang dasar negara ini? Apakah Najib hanya berani berdepan secara tidak bermaruah?
Beberapa risalah yang diedar |
Ramai di antara yang hadir meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan bacul seperti ini. Program Najib hanya dihadiri oleh mereka yang mahu apa yang Najib akan berikan, manakala yang memberikan tepukan rata-ratanya budak-budak sekolah. Justeru itu, risalah yang diedarkan itu boleh memperbodohkan mereka yang hadir.
Di antara risalah yang diedar |
Percayalah, Najib tidak akan memperolehi sokongan dengan cara bacul seperti itu. Tg Lumpur tetap akan menjadi milik Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment