KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, January 5, 2012

SAMBUTAN RAKYAT TERHADAP ANWAR MANTAP

Kunjungan DS Anwar ke seluruh negara jelas menampakkan rakyat begitu bersemangat untuk menguburkan Umno/Bn menjelang PRU ke 13 nanti.  Di dalam keadaan Najib masih mencongak waktu yang sesuai untuk mengumumkan pembubaran Parlimen, DS Anwar terus melangkah dengan penuh yakin, berani dan cekal menemui rakyat jelata untuk menyampaikan amanat beliau.

Sambutan rakyat terhadap ceramah DS Anwar di Seremban

Kita tidak tahu bagaimana di Pahang pada 07hb Januari jam 04.45 petang di Balok Putra, Kuantan nanti samada rakyat Pahang akan turut teruja menemui bakal PM kita selepas PRU ke 13 akan datang.  Di beberapa negeri, sambutan terhadap Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang ini amat meriah dan hebat.

Begitu juga di Melaka dan Seremban baru-baru ini.  Dua negeri tersebut dikatakan `pekat' Umno nya tetapi dapat di`tawar'kan oleh DS Anwar.  Ini semua hasil kerja kuat dan kesungguhan DS Anwar dan juga komitmen semua pimpinan Keadilan dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.   

Keadilan Pahang sudah tentu tidak mahu ketinggalan untuk membuktikan bahawa negeri ini spesis Umno sudah hampir pupus.  Justeru itu, kehadiran DS Anwar pada 07hb Januari ini nanti akan menjadi semangat kepada semua rakyat Pahang bagi melakarkan perubahan.  

Sekali lagi diharapkan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat agar kita bersama-sama menjaga maruah Pakatan Rakyat Pahang dengan memberikan sokongan moral di atas kunjungan DS Anwar ini nanti.

1 comment:

  1. terbaik lah.. perjuangan harus diteruskan, lawan tetap lawan
    http://kedaikuhebat.com/

    ReplyDelete