Rosmah belanja mewah ketika rakyat ikat perut- Haniza
(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 25 Jan: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewenangnya berbelanja mewah tanpa mempedulikan penderitaan rakyat yang mengikat perut untuk terus hidup, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
Menurutnya, ketika perdana menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan mengamalkan konsep bersederhana, isterinya sendiri menonjolkan sikap boros berbelanja.
“Kita tidak pertikaikan kalau itu duit dia, tetapi ia menunjukkan betapa beliau tidak prihatin penderitaan rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk untuk terus hidup.
“Sesetengahnya terpaksa meminjam dari along kerana tiada duit. Sedangkan dia (Rosmah) sendiri berbelanja bermewah-mewahan,” kata Haniza.
Beliau mengulas laporan kolumnis Sydney Morning Herald baru-baru bahawa Rosmah membelanjakan RM325 ribu untuk berbelanja di sebuah butik di Sydney, Australia.
Menurut Haniza, ia bukan pertama kali berita mengenai pemborosan Rosmah – yang sebelum ini dikaitkan dengan cincin RM24 juta- disiarkan media luar negara.
Lebih dikesalkan, kata beliau, Rosmah bukan sahaja tidak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, sebaliknya menafikan berita yang disiarkan akhbar berkenaan.

“Dia tidak belajar dari Imelda Marcos- contoh yang pernah dikutuk rakyat Filipina yang juga tidak jauh dari negara ini,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Haniza yang juga Adun Taman Medan meminta perbelanjaan bagi projek Permata, yang dikendalikan di bawah Rosmah turut disiasat.
“Kalau begitu cara perbelanjaan, projek permata di bawah Rosmah juga wajar disiasat untuk mengetahui bagaimana ia dibelanjakan. Ini kerana jutaan ringgit telah disalurkan untuk Permata,” katanya.
Akhbar Sydney Morning Herald, di bawah seksyen Private Sydney oleh kolumnis Andrew Hornery, baru-baru ini melaporkan Rosmah membelanjakan RM325 ribu ketika bercuti di Australia.
Laporan itu, yang memetik pereka fesyen Sydney, Carl Kapp, juga mendakwa Rosmah menghabiskan A$20,000 (RM65,100) untuk menginap di penthouse Hotel Darling yang bertaraf lima bintang hanya untuk tempoh semalaman.
Kolumnis itu juga mendakwa pereka tersebut diterbangkan khas oleh Rosmah ke Malaysia bulan depan dengan membawa koleksi 61 pakaian sutera, termasuk seluar dan topi yang ditempah oleh isteri perdana menteri itu.
“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” Kapp dipetik berkata kepada kolumnis berkenaan./KeadilanDaily

No comments:
Post a Comment