Alhamdulillah, akhirnya DS Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah pagi semalam atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Keputusan ini diraikan penuh kesyukuran oleh rakyat negara ini yang cintakan keadilan dan bencikan amalan fitnah serta kezaliman.
Penyelaras SAMM, Chegu Bard sedang mencukur kepala Sdr Kamarul Hatta |
Berbagai cara rakyat menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas keputusan ini. Salah seorang Pegawai Khidmat kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh serta Penyelaras SAMM Pahang, Kamarul Hatta telah menunaikan nazarnya untuk membotakkan kepala sekiranya Ketua Umum PKR tersebut dibebaskan.
Sejurus keputusan penghakiman diputuskan pagi semalam (09 Jan 2012) yang membebaskan DS Anwar Ibrahim dari pertuduhan, Kamarul Hatta telah mencukur licin rambut di kepalanya sebagai menunaikan nazarnya. Di antara mereka yang melakukan upacara mencukur kepala itu adalah YB Tian Chua, Tuan Hj Mat Sabu (Timb Presiden PAS), Chegu Bard selaku Penyelaras SAMM dan juga Mahasiswa kontroversi Sdr Adam Adli.
No comments:
Post a Comment