KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 27, 2012

SYABAS, NEGERI DI BAWAH PR TIDAK AKAN GADAIKAN NASIB PENEROKA

Negeri Pakatan tak akan serah tanah pada FGVH

KUALA LUMPUR 26 Jan: Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture Holding Sdn Bhd (FGVH).

“Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture,” kata Mazlan dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas hari ini.

Menurut Mazlan lagi, pendirian itu diputuskan Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu di Kedah dan Kelantan.

Mazlan berkata, beliau juga telah dimaklum bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengambil pendirian yang sama.

Sehubungan itu katanya, ANAK akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.

Dalam sidang media berkenaan, ANAK tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan FGVH yang disifatkan berat sebelah dan menindas peneroka.

Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsi sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.

Kandungan perjanjian itu juga menyebut tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH, lapor Harakahdaily.

Selain itu, kata Mazlan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.

“Kalau polisi itu dibuat, ia akan merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yang dimiliki peneroka akan terjejas.

“Memanglah (Pengerusi Felda) Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka,” kata Mazlan lagi./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment