KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, January 10, 2012

SEKITAR HARI KEPUTUSAN PERBICARAAN DS ANWAR - ADAKAH SISTEM KEHAKIMAN SUDAH DIPULIHKAN?

 
Seawal jam 0600 pagi pada 09 Jan 2012, Blogger PKR Pahang bersama beberapa rakan juga dari Pahang bertolak ke Mahkamah Jalan Duta, KL bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim di dalam keputusan penghakiman terhadap beliau di dalam kes Fitnah Liwat II melibatkan Saiful Bukhari Azlan.

Suasana awal pagi
Pak Jabit dan anggota SAMM Pahang di antara yang tiba di awal pagi

Di dalam keadaan cuaca yang masih gelap, kami mendaki puncak bukit menuju ke tempat meletak kenderaan di luar perkarangan mahkamah yang bakal menentukan nasib bakal PM Malaysia selepas PRU ke 13 nanti, InsyaAllah.  Di situ kami telah melihat hampir seribu orang lebih awal berkumpul memenuhi tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Di antara gelagat penyokong yang sempat dirakamkan
Pak Jabit begitu bersemangat melaungkan `Najib Undur, Undur Rosmah"
Kesemua mereka kelihatan begitu bersemangat sekali dengan wajah yang penuh berkeyakinan bahawa DS Anwar Ibrahim pasti dibebaskan kerana pada mereka kes yang dihadapi oleh DS Anwar Ibrahim ini lebih merupakan suatu konspirasi politik yang langsung tidak mempunyai asas kukuh untuk menyabitkan Ketua Umum ini bersalah.  Kehadiran orang ramai mula memuncak menjelang pukul 0800 pagi, dan terdengar di beberapa sudut dan kumpulan teriakan `Reformasi', "Bebaskan Anwar" dan juga "Lawan Tetap Lawan". 

Kelihatan Chegu Bard dan orang ramai memohon doa ke hadrat Illahi untuk DS Anwar Ibrahim
Ruang tempat meletak kenderaan semakin dipenuhi orang ramai yang tidak putus-putus tiba menjelang hampir pukul 0900 pagi.  Dianggarkan kehadiran tidak kurang dari 5000 orang berkumpul di situ manakala mereka yang gagal masuk di luar sana mencecah juga hampir 3000 orang dan beberapa kenderaan termasuk bas dikatakan tersekat kerana kesukaran mendapatkan tempat meletak kenderaan di sekitaran Jalan Duta, lokasi mahkamah. 

Kelihatan helikopter PDRM sentiasa berlegar di udara mengawasi perhimpunan

Beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat dilihat muncul dan mereka telah berucap rengkas sambil meneriakkan `Reformasi' dengan disambut oleh ribuan penyokong DS Anwar.  Diberitakan kumpulan dari PERKASA yang tidak sampai 50 orang telah berkumpul di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan yang berhampiran tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana menyaksikan kehadiran ramai para penyokong DS Anwar di sekitar mahkamah.

Ketibaan DS Anwar di mahkamah menggamatkan suasana di situ dengan laungan `Reformasi' dan `Bebaskan Anwar'.  Sementara menanti keputusan Hakim, para penyokong DS Anwar tidak pernah merasa lemah dan hilang semangat angkara fitnah yang dahsyat terhadap DS Anwar Ibrahim.  Orang ramai terus memberikan sokongan dengan laungan `Reformasi' yang mengimbas kembali ingatan saya kepada era reformasi 1998.


Kali ini mereka bersatu samada sesama para penyokong dan ahli KEADILAN, PAS atau DAP, bahkan beberapa NGO juga terlibat seperti SAMM, MAP dan Jingga 13 serta beberapa NGO yang menyokong perjuangan DS Anwar.  Selain dari Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar beberapa aktivis reformasi juga turut ghairah memberikan semangat kepada para penyokong DS Anwar. Aktivis terkenal seperti Hishamuddin Rais, Tian Chua dan Chegu Bard juga turut kelihatan. 

Di keriuhan orang ramai melaungkan reformasi sambil mendengar ucapan rengkas beberapa pimpinan, YB Tian Chua tiba mengumumkan bahawa DS Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan.  Berita ini disambut dengan laungan `Reformasi' lebih lantang dan bersemangat dan tidak kurang juga yang menitiskan air mata kesyukuran di atas `keajaiban' yang berlaku.  Benarlah kata Allah, " Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan perancangan Allah itu lebih baik".

Berucap di luar kawasan mahkamah di atas sebuah bangunan
Pemandangan di jalanraya hadapan mahkamah

Sebelum bersurai, di luar kawasan mahkamah di sebuah bangunan beberapa pimpinan berucap.  Orang ramai tidak berganjak untuk terus merasai kegembiraan mendapat berita pembebasan DS Anwar dari pertuduhan.  Jalanraya utama ke mahkamah dipenuhi orang ramai untuk meraikan kegembiraan walaupun  lebih kurang tiga kali dentuman mercun diletupkan oleh pihak-pihak tetentu yang mungkin ingin mewujudkan provokasi. 

Kenderaan yang dinaiki oleh para peguam DS Anwar diberi tepukan gemuruh sebaik sahaja meninggalkan mahkamah
Timb Presiden PAS, Muhammad Sabu sewaktu meninggalkan mahkamah turut diberi tepukan gemuruh
Meskipun telah mendapat berita yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan fitnah dan kezaliman, namun laungan `Reformasi' terus dilaungkan oleh ribuan yang hadir.  Ini memberi erti bahawa, bebasnya DS Anwar dari pertuduhan bukan bererti sistem kehakiman telah kembali pulih.  Bukan juga bererti perjuangan menegakkan keadilan di negara ini terhenti setakat bebasnya DS Anwar.  Negara ini masih perlukan reformasi.  

Berkat kesabaran mereka sekeluarga, akhirnya fitnah berjaya dibongkar
Syukur Alhamdulillah, DS Anwar dibebaskan.  Tetapi harus diingat bahawa rejim tidak semudah itu untuk menyerah kalah dari melakukan kezaliman.  Rakyat harus bangkit selepas ini untuk membebaskan negara ini pula dari korupsi, penyelewengan dan ketidakadilan yang masih berleluasa.  Umno/Bn wajib ditumbangkan di dalam PRU ke 13 akan datang. 

No comments:

Post a Comment