Ramai yang tidak mengetahui bahawa bekas Ketua Cabang PKR Bentong, Pahang iaitu Sdr Osman Ishak adalah bapa kepada seorang pemuda bernama Rahimi Osman, iaitu bekas pekerja di Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bersekongkol dengan Saiful Bukhari untuk memfitnah Ketua Umum PKR itu.
Sdr Mohd Noor - Ketua Cabang Bentong sekarang |
Oleh itu, tidaklah menjadi pelik atau menghairankan sekiranya Sdr Osman Ishak bertindak keluar dari PKR dan menggunakan alasan yang sama dengan anaknya. Kononnya, beliau meninggalkan parti adalah kerana terlalu yakin dengan video seks yang dicipta oleh `Datuk T', sehingga menyebabkan pertimbangan beliau selaku umat Islam turut tergadai. Masakan Sdr Osman Ishak mahu menyebut bahawa beliau sudah hilang sokongan di kalangan ahli-ahli PKR di Bentong sehinggakan terpaksa mengambil keputusan meninggalkan parti.
Jika benar beliau mempunyai sokongan yang kuat di Bentong, berapa ramaikah yang mengikut jejak langkah beliau meninggalkan parti hanya disebabkan oleh fitnah sebodoh itu? Jelas di sini, punca utama beliau meninggalkan parti adalah kerana kecewa tidak mendapat tempat yang sewajarnya di dalam parti, apatah lagi beliau mungkin berfikir bahawa menyokong kerja jahat anaknya itu lebih mendatangkan keuntungan peribadi bagi dirinya dan keluarganya.
Rahimi Osman berjaya mempengaruhi bapanya |
Apakah beliau kini mendapat keuntungan dari apa yang beliau lakukan? Jawapannya tidak. Sokongan terhadap Ketua umum PKR itu semakin bertambah setiap kali adanya pemimpin atau ahli yang cuba khianat terhadap perjuangan yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Khususnya di Bentong, bukti amat jelas ketara sewaktu kehadiran Ketua Umum ke Pahang Barat beberapa bulan yang lalu. Ribuan rakyat Bentong dari berbagai kaum telah memberikan sambutan hangat di dalam program lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Saya setuju Ketua Cabang PKR Bentong jadi calon untuk Parlimen Bentong di PRU 13 ini
ReplyDelete