KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 20, 2012

Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik terhadap Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.
 



Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Tarik balik notis rayuan

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran mendesak Tan Sri Abdul Ghani Patail menarik balik notis rayuan tersebut.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas berniat jahat dan dibuat atas arahan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 


“Jika mereka enggan menarik balik, mereka (Umno-BN) bakal berdepan mala petaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat sudah muak dengan kezaliman Umno dan Najib terhadap Anwar,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau juga berkata rayuan itu menunjukkan konspirasi berterusan Najib terhadap Anwar menjelang PRU akan datang.

“Sudah pasti kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ghani ini,” katanya lagi.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment