KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 27, 2012

NFC tetap 'lubuk penyelewengan', dakwa PKR

Jan 26, 2012

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan ketua audit negara semalam, bahawa jabatan itu menjalankan audit ke atas National Feedlot Centre (NFC) dan bukannya National Feedlot Corporation (NFCorp), tidak membebaskan projek berkenaan daripada dakwaan penyelewengan.

Beliau mempertahankan dakwaan bahawa "lubuk penyelewengan" itu ialah syarikat yang dikuasai keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – NFCorp, National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan Real Food Company.

"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukannya NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta," katanya dalam tulisan di laman Twitter semalam.

Beliau turut menyebut semula dakwaan yang pernah dikemukakannya sebelum ini berhubung projek tersebut "kerana ada pcubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara semula."

Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod daripada suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan bahawa hutang yang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.

"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi yang turut menyenaraikan semula pendedahan PKR berhubung kes tersebut.

Beliau mendakwa, NFC antara lainnya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC, syarikat yang dikuasai penuh oleh keluarga Shahrizat.

Sebahagian daripada wang ini digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar, dakwanya.

NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company yang juga dimiliki keluarga itu.

Tambahnya, NFCorp juga masih perlu menjelaskan mengenai pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara./Malaysiakini

No comments:

Post a Comment