KUNJUNGAN terakhir DS Anwar ke Pahang sebelum beliau diputuskan bersalah
atau tidak di dalam kes Fitnah II pada 09 Jan nanti akan disambut
dengan besar-besaran oleh rakyat Pahang pada 07 Jan ini. Sudah tentu DS
Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh pencinta keadilan di
negeri ini dan samada itu adalah amanat terakhir sebelum beliau
dikorbankan ke penjara, Allah jua yang mengetahui.
Diberitakan kunjungan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang itu ke
Pahang akan cuba diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang kita semua tahu
siapa di belakang puak tersebut. Dikhabarkan, kumpulan pengacau ini
telah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Lapangan Terbang Sultan
Ahmad Shah, Kuantan pada 07 Jan ini mulai jam 3 petang iaitu waktu
ketibaan DS Anwar ke Kuantan. Mereka berkumpul untuk menunjukkan
kononnya rakyat Pahang tidak menerima kehadiran DS Anwar.
Perlu kita peringatkan kumpulan ini, Pakatan Rakyat Pahang dan beberapa
NGO juga telah bersedia untuk berdepan dengan kumpulan pengacau
berkenaan. Sekiranya kami melihat kumpulan tersebut benar-benar hadir
untuk melakukan sesuatu bagi mengganggu ketibaan DS Anwar di Lapangan
Terbang tersebut atau di lokasi DS Anwar akan berucap, kami tidak gentar
untuk menjadi perisai kepada DS Anwar. Justeru itu, amat bijak jika
pihak berkuasa mencegahnya dari awal melainkan sememangnya mereka mahu
melihat sesuatu yang tidak baik berlaku.
Saya menyeru kepada semua rakyat Pahang termasuk dari NGOs atau
pertubuhan-pertubuhan yang cintakan keadilan, agar dapat hadir menyambut
ketibaan DS Anwar. Tiada sebarang perhimpunan yang dirancang sekadar
hadir menyambut bakal PM ke 7, iaitu DS Anwar Ibrahim ke Pahang,
InsyAllah. AMK Pahang, SAMM Pahang, Jingga 13 Pahang dan Unit Amal di
antara yang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kumpulan-kumpulan ini akan memantau sekitar Lapangan Terbang tersebut
pada waktu ketibaan DS Anwar, sekiranya terdapat kehadiran puak-puak
pengacau ini di situ, pihak kami akan bertindak untuk mengawal
keselamatan DS Anwar.
Seandainya benar mereka mendakwa bahawa populariti atau pengaruh DS
Anwar kini semakin merudum di bawah Najib, lojiknya mereka tidak perlu
untuk menghalang ketibaan DS Anwar. Tetapi, jika mereka memikirkan
sebaliknya, mereka juga perlu memikirkan akibat dari kesilapan yang akan
mereka lakukan nanti. Mereka boleh upah seberapa ramai untuk hadir
membuat kekecohan atau provokasi, namun bagi kami provokasi seperti itu
sudah lali buat kami.
DS Anwar dijangka tiba dengan pesawat pada jam 3.10 petang. Beliau akan
mendengar taklimat di Ibu Pejabat PKR Negeri, Beserah selepas itu dan
kemudiannya akan menyampaikan amanat penting beliau di Balok Putra mulai
jam 5. petang. Selepas itu, beliau akan meneruskan jelajahnya ke
Terengganu pula. Ayuh, kita raikan kehadiran DS Anwar di samping kita
mendoakan agar beliau terhindar dari kesan fitnah yang tidak pernah
putus oleh rejim yang hampir pupus itu./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment