KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Harga Gula Dunia Turun, Tambahan Subsidi Gula Sebenarnya Untuk Apa?

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua
DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Puah dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung. -mk

ISU `LEMBU' BERTAMBAH PANAS - PEGUAM PKR ADA SALINAN BUKTI SMS?


 
Shamsubahrin: Ketua NFC paksa saya 'rasuah' polis

Nigel Aw
Jan 30, 2012

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.



"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya./Malaysiakini

VIDEO - CERAMAH DS ANWAR DI DENGKIL, ISU ISRAEL



Monday, January 30, 2012

ABU milik rakyat

Chegu Bard - 27 Jan 2012
Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.

Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.

Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu

Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.

Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.

Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal

Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.

Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.

Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.

Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.

Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.

Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.

Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.

ABu ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.

Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.
-------------------------------
che'GuBard adalah Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

ANWAR JAWAB ISU SOKONG ISRAEL

KENYATAAN MEDIA
28 JANUARI 2012


Salam hormat,

Disertakan kenyataan media oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan sokongan terhadap Israel yang telah diputarbelit oleh media/blogger UMNO-BN.

Terima kasih.
-------------------------

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." 
 
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.


ANWAR IBRAHIM

CIPTA FITNAH TERHADAP DS ANWAR, TAPI MENAMPAKKAN KEBODOHAN

Video seks Anwar yang kedua kantoi juga! 



VIDEO seks yang dilakonkan oleh Anwar bersama dua orang maknyah Thailand, kononnya akan didedahkan oleh Dato T untuk dijadikan alat meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional sempena Pilihanraya ke 13.

Video seks itu kononnya dirakam ketika lawatan Anwar ke Thailand pada 12 dan 13 Jan 2011 yang lalu.

Dalam Utusan Malaysia, salah seorang Dato T, iaitu bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim mencabar Anwar mendedahkan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Jan tahun lepas.

Kononnya pada tarikh itu Anwar berada di Thailand melakukan hubungan seks dengan dua orang Mak Nyah Thailand. Maka tujuan mereka bertanya soalan itu kerana mahu membuktikan pada waktu itu Anwar tiada di Malaysia [maknyah Thailand].





Malangnya, belum sempat video jijik itu didedahkan, kebodohan video tersebut awal-awal lagi sudah terbongkar. Ini kerana pada 13 Jan 2011 Anwar berada di Ibu Pejabat Parti Islam se Malaysia, PAS.

Lihat laporan berita di bawah. Laporan bertarikh 13 Jan 2011, wartawan melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.

Lihat juga kenyataan "dekat sini, hari ini". Ini bermakna wartawan tersebut berada di tempat kejadian mendengar kenyataan Anwar pada tarikh tersebut [Harakahdaily].



Teringat kes liwat 1998, pada tarikh Anwar didakwa meliwat Azizan, hotel tempat Azizan diliwat itu belum lagi wujud kah kah kah bodoh betul!

http://milosuam.blogspot.com/2012/01/bodoh-video-seks-anwar-yang-kedua.html#ixzz1krkhw1Te

Sunday, January 29, 2012

SEKITAR MAJLIS KESYUKURAN PEMBEBASAN ANWAR/CERAMAH NURUL IZZAH DI JENDERAK MALAM TADI

Majlis doa kesyukuran sempena pembebasan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dari fitnah tuduhan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah pada 09 Jan yang lalu telah diadakan di Jenderak Utara, K. Krau, Pahang malam tadi.


Gotong royong bagi majlis jamuan doa kesyukuran

Program anjuran Cabang KEADILAN K.Krau itu telah bermula seawal pagi (28 Jan 2012) dengan kerja gotong-royong membuat persiapan majlis kemuncak di malam itu iaitu program ceramah.  Majlis makan malam di adakan di sebuah rumah penyokong kuat KEADILAN di kawasan Jenderak Selatan dan orang ramai dijamu dengan nasi dan daging lembu serta beberapa masakan kampung.  



Penceramah jemputan adalah terdiri dari YB Nurul Izzah (Naib Presiden KEADILAN), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang), Us Shahril Azman (Pemuda PAS Pahang), Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau), Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) dan juga Man Kadir @Pak Jabit selaku Pengerusi Majlis.  
  
Barisan Saf kepimpinan yang hadir
Kehadiran orang ramai padat sehingga melimpahi ke jalanraya

Sambutan orang ramai malam tadi di luar jangkaan kerana kehadiran adalah dua kali ganda dari kehadiran orang ramai di dalam program-program sebelum ini di lokasi yang sama.  Ini jelas membuktikan hasil usaha berterusan Pakatan Rakyat di K.Krau menampakkan kemajuan.  Dari awal program iaitu dari majlis jamuan sehingga ceramah berakhir, semuanya berjalan dengan licin dan teratur.  Cuma, sedikit kelemahan yang wajar diberi perhatian untuk masa akan datang adalah dari segi persediaan audio (PA System) yang sering terganggu terutamanya sewaktu YB Nurul Izzah berucap.  

Man Kadir @ Pak Jabit
Tuan Hj Suhaimi
Sdr Rebin Berham
Us Shahril Al-Hafiz

Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN)
YB Nurul Izzah (Naib Presiden KEADILAN/MP Lembah Pantai)

Secara keseluruhannya, program malam tadi dianggap paling berjaya setakat ini di dalam mengumpulkan kehadiran orang ramai walaupun di kawasan tersebut merupakan kawasan felda.  Kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang amat tinggi bagi satu kawasan felda seperti di Jenderak ini.  Syabas KEADILAN K.Krau. 

VIDEO - ANWAR BERTERUSAN MENCABAR NAJIB BERDEBAT



Baru-baru ini, pada 27 Jan 2012, bertempat di Dengkil, Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar PM, Najib Razak untuk berdebat berkaitan isu-isu kepentingan negara.

Beliau bersedia untuk memberi masa yang lebih kepada Najib sepanjang debat tersebut.  Beliau juga berkata, beliau tidak bimbang sekiranya beliau `demam' apabila berdebat dengan Najib sepertimana yang sering Najib perkatakan di dalam media.  Dato' Seri Anwar secara berseloroh menyebut bahawa sekiranya beliau `demam' istari beliau adalah seorang doktor yang boleh memberikannya ubat, berbanding sekiranya Najib demam, beliau hanya akan dibekalkan oleh isterinya `sebentuk cincin' sahaja oleh Rosmah.

Nampaknya, cabaran serta sindiran tajam oleh Dato' Seri Anwar kepada Najib pastinya tidak akan dijawab oleh PM 1 Malaysia ini.  Kita boleh lihat beberapa pencacai Najib sudah mula berebut-rebut mengampu beliau dengan memberikan pandangan bahawa Najib tidak perlu sahut cabaran debat dari Dato' Seri Anwar itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Maslan menyerlahkan kedangkalannya apabila mendakwa debat bukan amalan yang sesuai di negara ini.  Jadi, apakah amalan fitnah dan video seks yang ditayangkan di media-media di negara ini amalan yang sesuai untuk rakyat kita?

Saturday, January 28, 2012

UMNO SEMAKIN TERTEKAN, PAKATAN RAKYAT SEMAKIN YAKIN

Tarikh Pilihanraya sudah semakin hampir.  Melihat kepada persiapan `jentera perang' Umno khususnya maka keyakinan mula bertambah untuk menyatakan bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan di dalam waktu terdekat iaitu pada tahun ini juga.

KEADILAN Pahang kini sudah bersedia dengan kesiapsiagaan di tahap maksima untuk menghadapi `peperangan' melawan Umno/Bn.  Hampir setiap malam, KEADILAN Pahang bersama seluruh jentera Pakatan Rakyat bergerak ke pelusuk bumi Pahang menjalankan kempen dan program mendekati rakyat.  Cita-cita rakyat di Pahang yang mahukan perubahan sepertimana yang telah berlaku di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan haruslah direalisasikan.  

Rakyat Pahang sudah jemu dengan Kerajaan Umno/Bn di negeri ini yang semakin lama semakin memudharatkan rakyat ditambah pula dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang hanya `menggula-gulakan' rakyat setiap kali menjelang Pilihanraya. Rakyat Pahang tidak mahu menjadi seperti `ayam daging' yang dipelihara di dalam reban, diberi makan sehingga gemuk, kemudiannya ditimbang, dijual dan disembelih.

Umno kini terpaksa berdepan dengan tekanan yang maha hebat.  Sikap pemimpin Umno yang suka berebut jawatan dan sanggup `membunuh' rakan sendiri demi jawatan atau kerusi Pilihanraya tidak boleh diubah semenjak dulu, kini dan selamanya.  Mereka sanggup mensabotaj parti sendiri seandainya cita-cita mereka gagal.  Ini terbukti apabila Najib terpaksa menggerakkan Jawatankuasa Disiplin Parti lebih awal menjelang Pilihanraya.

Bernama melaporkan, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Najib berkata Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti (Malaysiaikini).

Sehubungan itu, KEADILAN Pahang akan terus memberi tekanan kepada Umno dengan cara memperluaskan maklumat di samping mendedahkan kepincangan Umno sepanjang parti tersebut berkuasa.  Di samping itu, KEADILAN bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat akan memberikan keyakinan kepada rakyat di negeri ini bahawa Pahang boleh diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari yang ada sekarang. 

Friday, January 27, 2012

NFC tetap 'lubuk penyelewengan', dakwa PKR

Jan 26, 2012

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan ketua audit negara semalam, bahawa jabatan itu menjalankan audit ke atas National Feedlot Centre (NFC) dan bukannya National Feedlot Corporation (NFCorp), tidak membebaskan projek berkenaan daripada dakwaan penyelewengan.

Beliau mempertahankan dakwaan bahawa "lubuk penyelewengan" itu ialah syarikat yang dikuasai keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – NFCorp, National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan Real Food Company.

"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukannya NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta," katanya dalam tulisan di laman Twitter semalam.

Beliau turut menyebut semula dakwaan yang pernah dikemukakannya sebelum ini berhubung projek tersebut "kerana ada pcubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara semula."

Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod daripada suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan bahawa hutang yang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.

"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi yang turut menyenaraikan semula pendedahan PKR berhubung kes tersebut.

Beliau mendakwa, NFC antara lainnya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC, syarikat yang dikuasai penuh oleh keluarga Shahrizat.

Sebahagian daripada wang ini digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar, dakwanya.

NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company yang juga dimiliki keluarga itu.

Tambahnya, NFCorp juga masih perlu menjelaskan mengenai pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara./Malaysiakini

SYABAS, NEGERI DI BAWAH PR TIDAK AKAN GADAIKAN NASIB PENEROKA

Negeri Pakatan tak akan serah tanah pada FGVH

KUALA LUMPUR 26 Jan: Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture Holding Sdn Bhd (FGVH).

“Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture,” kata Mazlan dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas hari ini.

Menurut Mazlan lagi, pendirian itu diputuskan Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu di Kedah dan Kelantan.

Mazlan berkata, beliau juga telah dimaklum bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengambil pendirian yang sama.

Sehubungan itu katanya, ANAK akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.

Dalam sidang media berkenaan, ANAK tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan FGVH yang disifatkan berat sebelah dan menindas peneroka.

Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsi sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.

Kandungan perjanjian itu juga menyebut tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH, lapor Harakahdaily.

Selain itu, kata Mazlan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.

“Kalau polisi itu dibuat, ia akan merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yang dimiliki peneroka akan terjejas.

“Memanglah (Pengerusi Felda) Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka,” kata Mazlan lagi./KeadilanDaily

BEKAS KETUA CABANG BENTONG TERPAKSA IKUT JEJAK ANAK

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bekas Ketua Cabang PKR Bentong, Pahang iaitu Sdr Osman Ishak adalah bapa kepada seorang pemuda bernama Rahimi Osman, iaitu bekas pekerja di Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bersekongkol dengan Saiful Bukhari untuk memfitnah Ketua Umum PKR itu.

Sdr Mohd Noor - Ketua Cabang Bentong sekarang

Oleh itu, tidaklah menjadi pelik atau menghairankan sekiranya Sdr Osman Ishak bertindak keluar dari PKR dan menggunakan alasan yang sama dengan anaknya.  Kononnya, beliau meninggalkan parti adalah kerana terlalu yakin dengan video seks yang dicipta oleh `Datuk T', sehingga menyebabkan pertimbangan beliau selaku umat Islam turut tergadai.  Masakan Sdr Osman Ishak mahu menyebut bahawa beliau sudah hilang sokongan di kalangan ahli-ahli PKR di Bentong sehinggakan terpaksa mengambil keputusan meninggalkan parti.

Jika benar beliau mempunyai sokongan yang kuat di Bentong, berapa ramaikah yang mengikut jejak langkah beliau meninggalkan parti hanya disebabkan oleh fitnah sebodoh itu?  Jelas di sini, punca utama beliau meninggalkan parti adalah kerana kecewa tidak mendapat tempat yang sewajarnya di dalam parti, apatah lagi beliau mungkin berfikir bahawa menyokong kerja jahat anaknya itu lebih mendatangkan keuntungan peribadi bagi dirinya dan keluarganya.

Rahimi Osman berjaya mempengaruhi bapanya
 Apakah beliau kini mendapat keuntungan dari apa yang beliau lakukan?  Jawapannya tidak.  Sokongan terhadap Ketua umum PKR itu semakin bertambah setiap kali adanya pemimpin atau ahli yang cuba khianat terhadap perjuangan yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Khususnya di Bentong, bukti amat jelas ketara sewaktu kehadiran Ketua Umum ke Pahang Barat beberapa bulan yang lalu.  Ribuan rakyat Bentong dari berbagai kaum telah memberikan sambutan hangat di dalam program lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kini, Cabang PKR Bentong di bawah kepimpinan Sdr Mohd Noor mula mendapat keserasian.  Sehubungan itu, tidak menghairankan PKR Negeri telah memilih Bentong adalah salah satu kawasan yang mempunyai peluang yang baik untuk dimenangi samada di kerusi Parlimen mahu pun Dun di dalam PRU ke 13 akan datang.    

Thursday, January 26, 2012

DOA KESYUKURAN - JEMPUTAN DARI CABANG K.KRAU


Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Cabang K.Krau
Dengan segala hormatnya PKR Cabang Kuala Krau menjemput Tuan/ Puan ke Majlis Kenduri Kesyukuran Pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan-tuduhan yang di reka cipta olih pihak lawan .Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 Jan 2012

Lokasi : Lot 231, Felda Jenderak Utara

Jadual aturcara adalah seperti berikut:

06:00 pagi - Menyembelih lembu dan melapah daging lembu

10:00 pagi - gotong royong menyediakan bahan bahan

02:00 ptg - Masak memasak

08:30 mlm - Ceramah umum

11:30 mlm - Majlis tamat

Cabang Kuala Krau juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan yang mana tanpanya mungkin Majlis ini tidak dapat di adakan. Semoga Allah saja yag dapat membalas budi baik dan murah hati Tuan/Puan./Melalui Email

AG akui kelemahan NFC, serah polis siasat unsur penyelewengan

KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

 
 
“Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya.

“Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

“Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi,” ujar beliau.

Bagaimanapun katanya, LKAN 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ‘in a mess’ atau penyelewengan dalam laporannya seperti yang dilaporkan sesetengah media.

“Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini.

“Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?,” soal beliau.

RM134.7 juta disalur kepada NFCorp

Menurut Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah PFN sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

NFCorp katanya, adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
 
 



Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Menurut Ambrin, projek tersebut diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar.

Antaranya, Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian.

“Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini.

“Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja,” kata beliau.

Selain itu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007.

Manakala setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp supaya syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Dalam kenyataannya, Ambrin turut mengakui pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.

“Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan,” kata beliau./KeadilanDaily

ROSMAH LAGI !!

Rosmah belanja mewah ketika rakyat ikat perut- Haniza

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 25 Jan: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewenangnya berbelanja mewah tanpa mempedulikan penderitaan rakyat yang mengikat perut untuk terus hidup, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.

Menurutnya, ketika perdana menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan mengamalkan konsep bersederhana, isterinya sendiri menonjolkan sikap boros berbelanja.

 
 
“Kita tidak pertikaikan kalau itu duit dia, tetapi ia menunjukkan betapa beliau tidak prihatin penderitaan rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk untuk terus hidup.

“Sesetengahnya terpaksa meminjam dari along kerana tiada duit. Sedangkan dia (Rosmah) sendiri berbelanja bermewah-mewahan,” kata Haniza.

Beliau mengulas laporan kolumnis Sydney Morning Herald baru-baru bahawa Rosmah membelanjakan RM325 ribu untuk berbelanja di sebuah butik di Sydney, Australia.

Menurut Haniza, ia bukan pertama kali berita mengenai pemborosan Rosmah – yang sebelum ini dikaitkan dengan cincin RM24 juta- disiarkan media luar negara.

Lebih dikesalkan, kata beliau, Rosmah bukan sahaja tidak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, sebaliknya menafikan berita yang disiarkan akhbar berkenaan.

 
 
“Dia tidak belajar dari Imelda Marcos- contoh yang pernah dikutuk rakyat Filipina yang juga tidak jauh dari negara ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Haniza yang juga Adun Taman Medan meminta perbelanjaan bagi projek Permata, yang dikendalikan di bawah Rosmah turut disiasat.

“Kalau begitu cara perbelanjaan, projek permata di bawah Rosmah juga wajar disiasat untuk mengetahui bagaimana ia dibelanjakan. Ini kerana jutaan ringgit telah disalurkan untuk Permata,” katanya.

Akhbar Sydney Morning Herald, di bawah seksyen Private Sydney oleh kolumnis Andrew Hornery, baru-baru ini melaporkan Rosmah membelanjakan RM325 ribu ketika bercuti di Australia.

Laporan itu, yang memetik pereka fesyen Sydney, Carl Kapp, juga mendakwa Rosmah menghabiskan A$20,000 (RM65,100) untuk menginap di penthouse Hotel Darling yang bertaraf lima bintang hanya untuk tempoh semalaman.

Kolumnis itu juga mendakwa pereka tersebut diterbangkan khas oleh Rosmah ke Malaysia bulan depan dengan membawa koleksi 61 pakaian sutera, termasuk seluar dan topi yang ditempah oleh isteri perdana menteri itu.

“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” Kapp dipetik berkata kepada kolumnis berkenaan./KeadilanDaily

Rayuan Fitnah II: Peguam tunggu alasan penghakiman

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi, ekoran rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut.

“Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.

“Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan masa perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan notis rayuan terhadap kes fitnah II, selepas mahkamah tinggi mendapati Anwar tidak bersalah dan membebaskan beliau dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Sebelum ini pelbagai pihak mengecam langkah peguam negara memfailkan rayuan tersebut termasuk Majlis peguam dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee misalnya berkata, tindakan itu menyemarakkan lagi kepercayaan rakyat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha menamatkan karier politik Anwar.

Manakala Peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ALIRAN sepakat menyatakan bahawa tindakan itu adalah taktik berterusan perdana menteri, Najib Razak untuk memenjarakan Anwar./KeadilanDaily

Sunday, January 22, 2012

`BRO ANWAR' TEWASKAN `BRO NAJIB' DALAM PEPERANGAN FACEBOOK

'Ah Wah Gor' atasi 'Ah Jib Gor'

Lee Weng Keat

Hanya seminggu selepas aman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mandarin 'Ah Jib Gor' dilancarkan, penyokong lawan politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewujudkan laman Facebook dengan nama 'Ah Wah Gor'.

NONEDan dalam masa 24 jam, 'Ah Wah Gor', yang bermaksud 'Abang Anwar 'dalam bahasa Cina, telah menarik lebih daripada 15,000 pengikut, sekaligus mengatasi 'Ah Jib Gor' yang menarik 14,400 dalam masa seminggu.

Pengikut 'Ah Wah Gor' telah meraikan sambutan besar itu selepas angkanya berjaya mengatasi lawannya petang ini.

Pentadbir laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka

yang memberi sokongan padu dan mengambil kesempatan itu untuk menyeru mereka membantu mengubah rejim dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata./Malaysiakini

PROGRAM NAJIB DI TG LUMPUR - RISALAH BURUKKAN PR DIEDAR


Pelancaran Program Ehsan Samudera Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh PM, Najib Tun Razak di Tg Lumpur, Kuantan pada 21 Jan 2012, jam 2.30 petang.  Sempena dengan pelancaran tersebut yang sudah semestinya bukan program parti tetapi program Kerajaan yang menggunakan peruntukan Kerajaan, namun sekitaran kawasan berkenaan bermula dari kawasan bandar Kuantan menuju ke Tg Lumpur dipenuhi oleh bendera Umno dan Bn. 

Seperti biasa, Najib tidak akan hadir ke sesuatu tempat jika tidak menaburkan duit.  Maka, itulah yang dilakukan oleh anak Pekan ini kerana tanpa duit bukan Umno namanya.  Itu bukan isunya untuk diulas di sini kerana bagi kami itulah cara Umno dari dulu, kini dan selamanya. Fitnah tidak boleh dipisahkan dari mereka.  


Apa yang mahu diulas di sini, di dalam program tersebut telah diedarkan risalah memburuk-burukkan dan menfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.  Apa kena mengena risalah tersebut diedarkan di dalam program berkenaan?  Apakah tiada kejantanan lagi buat Najib untuk berdepan secara bermoral dengan pimpinan Pakatan Rakyat?  Mengapa sehingga kini Najib tidak bersuara tentang cabaran DS Anwar untuk berdebat dengan beliau tentang dasar negara ini?  Apakah Najib hanya berani berdepan secara tidak bermaruah?

Beberapa risalah yang diedar

Ramai di antara yang hadir meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan bacul seperti ini.  Program Najib hanya dihadiri oleh mereka yang mahu apa yang Najib akan berikan, manakala yang memberikan tepukan rata-ratanya budak-budak sekolah.  Justeru itu, risalah yang diedarkan itu boleh memperbodohkan mereka yang hadir.  

Di antara risalah yang diedar

Percayalah, Najib tidak akan memperolehi sokongan dengan cara bacul seperti itu.  Tg Lumpur tetap akan menjadi milik Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang, InsyaAllah.

Saturday, January 21, 2012

TUDUHAN SOKONG GAY - ANWAR JAWAB HASSAN ALI

KUALA LUMPUR 20 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi dengan isu seks bebas dan homoseksual serta tetap mempertahankan institusi perkahwinan di negara ini.

Beliau berkata demikian mengulas fitnah pihak tertentu terhadapnya ekoran satu wawancara dengan media luar negara, baru-baru ini.

“Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan....

Saya tidak akan mengambil sikap bermaaf dalam soal ini,” katanya di majlis kesyukuruan di rumahnya semalam.

“Ini menjawab semua bahawa kita tidak mendokong seks bebas atau homoseksual atau lesbian,” tegas beliau.

Anwar turut menyelar fitnah bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr hasan Ali kononnya beliau menyokong undang-undang homoseksual dilaksanakan di negara ini.

“Saya tegaskan dalam wawancara itu bahwa undang-undang liwat ini lapuk, jumud kerana ia diguna untuk fitnah orang, zalimi orang dan saya tidak pertahankan, tegas beliau.

“Kalau Hasan Ali kata wawancara Anwar tidak jelas dan kita minta supaya kita jelaskan tidak apa, tapi ini soal hukum dan beliau buat andaian kononnya kalau saya jadi perdana menteri saya akan sahkan undang-undang ini.

“Saya ulang bahawa undang-undang lapuk sedia ada ini memang lapuk kerana ia hanya alat pemerintah untuk zalimi dan fitnah orang demi kepentingan politik sempit mereka,” tegas beliau.

http://lianglahad.blogspot.com/2012/01/anwar-jawab-fitnah-hassan-ali.html

MASJID DI MAHKOTA AMAN, KUANTAN BAKAL DIRAMPAS ?

Semalam (Jumaat - 20/1/12), saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Sudah menjadi kebiasaan masjid ini sentiasa sesak dengan Jemaah setiap kali Solat Jumaat dan juga di antara masjid yang dapat mengumpulkan ramai Jemaah pada setiap kali sembahyang 5 waktu dan juga pada majlis-majlis atau program keagamaan yang sering diadakan.

Masjid ini pernah mencetuskan kontroversi apabila J/Kuasa Masjid menjemput seorang tokoh agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk memberikan ceramah agama di masjid berkenaan.  Pandangan serong MAIP (Majlis Agama Islam Pahang) terhadap masjid ini berterusan apabila bekas artis/pelakon Bob Lokman pula dijemput untuk memberikan tazkirah di masjid berkenaan. Bob Lokman telah dipanggil oleh MAIP untuk siasatan, namun akhirnya beliau dibebaskan.


Sebelum ini, memang selalu saya mendengar leteren dan cemuhan dari beberapa orang kuat Umno di taman berkenaan terhadap pengurusan masjid tersebut kononnya mempolitikkan masjid.  Tidak menghairankan cemuhan mereka itu kerana kita sudah lama tahu dan maklum bahawa Umno sememangnya mahu memisahkan agama dengan politik. 

Namun demikian, setakat program yang saya hadiri terutamanya sewaktu ceramah Ustaz Azhar Idrus, beliau tidak pernah pun menyebut soal-soal politik kepartian di dalam masjid, kecuali jika ada pendengar yang mengemukakan soalan berbaur politik.  Selaku Guru Agama, sudah tentulah Ustaz Azhar akan menjawab setiap soalan-soalan yang dikemukakan berpandukan kepada Nas dari Al-Quran, Hadith, Ijmak, Ulamak dan Qias.  Bukankah ini sumber hukum kita sebagai umat Islam? 

Bendera-bendera parti berkibar sepanjang jalan di Taman Mahkota Aman

Bob Lokman pula, memang benar beliau tiada mempunyai Tauliah dari MAIP untuk mengajar atau memberikan kuliah agama.  Kita pun tidak pernah menganggap Bob Lokman itu sebagai Ustaz, jauh sekali Tuan Guru atau Ulamak.  Beliau hanya manusia biasa yang telah mula berhijrah dari alam dunia (keseronokan dan hiburan yang melalaikan) kepada cara penghidupan Islam.  Oleh yang demikian, beliau sering dijemput untuk memberikan Tazkirah (peringatan) kepada orang ramai dengan menceritakan pengalaman beliau sewaktu di alam `Jahiliyah' yang melalaikan Akhirat suatu ketika dahulu.  Salahkah kaedah yang digunakan oleh Bob Lokman itu?    

Di dalam Solat Jumaat semalam, Khatib telah memperingatkan semua tentang berbagai kemungkaran yang berlaku.  Khatib memperjelaskan tentang bagaimana di antara kita yang sensitif dengan kecurian ayam, itik, basikal dan sebagainya tetapi kita lalai dan tidak sensitif dengan kecurian yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri sehingga tergamak mencuri Wang Zakat.

Selesai Solat Jumaat, sebilangan besar Jemaah meneruskan Solat Hajat bertujuan untuk memohon perlindungan dari Allah agar masjid tersebut terus dipelihara dan segala program keagamaan dapat dilaksanakan tanpa gangguan dari mana-mana pihak yang anti kepada kebangkitan Islam.  

Difahamkan, masjid ini akan di`rampas' kembali oleh pihak berkuasa agar segala aktiviti keagamaan yang selama ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat dapat dikawal mengikut cita rasa mereka.  Mudah-mudahan Allah memelihara kesucian masjid ini.

Friday, January 20, 2012

Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik terhadap Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.
 



Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Tarik balik notis rayuan

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran mendesak Tan Sri Abdul Ghani Patail menarik balik notis rayuan tersebut.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas berniat jahat dan dibuat atas arahan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 


“Jika mereka enggan menarik balik, mereka (Umno-BN) bakal berdepan mala petaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat sudah muak dengan kezaliman Umno dan Najib terhadap Anwar,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau juga berkata rayuan itu menunjukkan konspirasi berterusan Najib terhadap Anwar menjelang PRU akan datang.

“Sudah pasti kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ghani ini,” katanya lagi.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa./KeadilanDaily

Aset: Kenapa Nazri takut kalau menteri 'bersih'?


 
 
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menolak cadangan supaya harta dan aset menteri dan ahli keluarga terdekat diisytiharkan dengan alasan tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka.

“DPPM musykil dengan kenyataan ‘bahaya’ seperti yang dilontarkan oleh Datuk Seri Nazri,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Beliau juga mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan bahaya itu.

“Adakah ia bahaya terhadap keselamatan harta dan keluarga menteri tersebut atau bahaya pada masa depan mereka jika diketahui aset mereka yang bernilai jutaan ringgit itu?” soalnya lagi.

Katanya, umum mengetahui pemimpin negara mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dan amat sukar bagi penjenayah mengambil kesempatan terhadap pemimpin negara sekiranya aset mereka diketahui ramai.

Menurutnya, mungkin Nazri bimbang sekiranya aset pemimpin negara didedahkan, lebih ramai menteri kabinet tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana ditolak oleh pengundi.

Katanya, DPPM menganggap kenyataan Nazri itu sebagai alasan remeh dan amat dangkal.

Tambahnya, ia adalah suatu helah supaya aset pemimpin negara tidak diisyiharkan kepada umum seolah-olah beliau mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.

“Adakah Datuk Seri Nazri Aziz mahu melindungi ‘pekung’ atau keburukan pemimpin negara supaya tidak dapat dihidu dan dilihat rakyat?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, mungkin jika diketahui aset mereka ini, lebih banyak lagi skandal akan dibongkar oleh rakyat menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin negara bakal tersungkur.

Ujarnya, DPPM menegaskan, dengan pengisytiharan harta, rakyat dapat melihat dan mengakses maklumat mengenai aset pemimpin-pemimpin negara.

Ini, katanya dapat membuktikan bahawa pemimpin tersebut benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat, tanpa mengambil kesempatan di atas jawatan dan pengaruhnya untuk mengaut sebanyak mana harta demi kepentingan dirinya sendiri.

Tambahnya, ia juga membuktikan pemimpin tersebut benar-benar bersih dari sebarang penyelewengan, penipuan atau skandal.

Selama ini, tambah beliau sering kali pemimpin negara dipalitkan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, bahkan ada antara mereka yang telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman.

Justeru, tegasnya DPPM mencabar Nazri supaya melaksanakan syor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar aset menteri kabinet dan pasangan mereka didedahkan untuk pengetahuan umum.

“Sekiranya menteri-menteri kabinet benar-benar bersih dari sebarang penyelewengan, tidak ada apa yang perlu dilindungi dan ditakutkan,” katanya./Harakahdaily

RAYUAN BANTU PEMBIAYAAN PERUBATAN AN NUR

SAMM rayu semua bantu jayakan Hope2walk



SAMM sempat menyampaikan sedikit sumbangan hasil dari penjualan produk SAMM ketika bertemu sdr. Afandi bapa An Nur di Konvensyen PR di Alor Setar baru - baru ini.
Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/

Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012

FB Page dan blog ini dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa Annisa dan An-nur.

sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 162021363678

Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin
Account number : 39 919 49 92754

sebarang pertanyaan sila hubungi :-

FAIZAL RIDUAN - 012 212 4414 (aktivis dan penulis majalah milenia)
NASHITA MD NOOR - 013 209 6373 (aktivis sosial)
ZUMRAH HUSNI - 013-2031355 (aktivis sosial)

SAMM menyeru semua kita menyumbang semampu mungkin bagi menjayakan hasrat murni kempen ini./Chegubard