Pada 25 Sept 2011, Program Jelajah DS Anwar ke Pahang Barat yang bermula dengan Jamuan Hari Raya Idil Fitri PKR Negeri Pahang di Pejabat PKR Cabang Bentong serta perasmian pejabat baru PKR Cabang Bentung di sebelah petang, DS Anwar kemudiannya ke Raub pula untuk menghadiri Ceramah Umum di Markas PAS, Raub. Program lawatan sehari tersebut kemudiannya berakhir di Benta, Lipis, Pahang untuk program Perasmian Markas Pakatan Rakyat K.Lipis serta ceramah di sana.
Lokasi `pertembungan' di antara program `berpermit' PKR dengan program tanpa `permit' Umno/Bn
Tidak seperti di Bentong dan di Raub, program ceramah dan perasmian Markas Pakatan Rakyat Kuala Lipis di Benta, Ketua Umum PKR itu diganggu oleh musuh-musuh politik beliau yang berselindung di atas nama PERKASA. Hakikatnya jelas dapat dilihat siapakah di sebalik kerja-kerja jahat dan provokasi pada malam itu. Anak-anak muda `upahan' yang tidak tahu apa itu demokrasi dan politik di`pencacai'kan oleh pihak yang begitu takut dengan pengaruh DS Anwar. Difahamkan ada anak-anak muda ini dibawa dari luar kawasan terutamanya dari kawasan felda untuk menyelamatkan sisa-sisa Umno di Pahang, terutamanya.
Kesihan, kumpulan anak muda ini di`pencacai'kan untuk cetuskan provokasi
Syabas kita ucapkan kepada PKR Cabang Lipis beserta anak-anak muda dari AMK dan juga rakan sekutu dari Pakatan Rakyat yang tidak gentar menghadapi kumpulan provokasi yang meletakkan seorang `betina' bernama Umi Hafilda sebagai `heroin' mereka. Pelik untuk kita memikirkan bagaimana sebuah program ceramah politik dari Pakatan Rakyat yang mempunyai permit dibenarkan berhadapan dengan kononnya satu `jamuan hari raya' anjuran Umno serentak dengan lokasi yang bertentangan hanya beberapa meter sahaja. Lebih pelik lagi, bagaimana satu `jamuan hari raya' disertakan dengan ceramah maki hamun dan lucah oleh `betina' Umi Halfilda yang diakui sendiri oleh Ketua Polis Lipis sebagai tidak berpermit ini dibenarkan.
Kerja kuat dan semangat anak muda dari AMK harus diberi pujian
Tidak masuk akal, bagaimana situasi sedemikian turut dihadiri sendiri oleh Ketua Polis K.Lipis serta anak-anak buahnya? Sukar difahami bagaimana pihak Polis boleh menonton sahaja situasi itu berlaku. Adakah mereka hanya menanti bilakah akan berlaku ketegangan di antara kedua-dua pihak, kemudiannya akan menjadikan alasan bahawa program ceramah Pakatan Rakyat menimbulkan kekacauan?
DS Anwar bersama Sdr Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Lipis serta pimpinan PR menjamu selera
Alhamdulillah, walaupun ceramah DS Anwar malam itu diganggu oleh `salakan' si betina dengan kata-kata maki hamun, kotor, lucah dan jijik terhadap beliau, DS Anwar tidak melayaninya dan meminta agar para penyokong Pakatan Rakyat tidak melayani `salakan sabung menyabung' dari si betina yang `lapar' itu. Satu perkataan sahaja dari DS Anwar secara sinis cukup buat mematikan modal Umi Hafilda, iaitu "Carilah orang lain.....saya sudah ada Wan Azizah..." Mungkinkah maksud DS Anwar, "tidak cukupkah dengan `skandal' bersama "Baginda" itu?
Apa motif betina bernama Umi Hafilda ini dipanggil di dalam `jamuan hari raya' itu untuk berucap? Tidak lain tidak bukan hanya untuk `mengumpan' DS Anwar melayani maki hamun dan cakap lucahnya agar DS Anwar terlupa untuk menerangkan matlamat dan perjuangan Pakatan Rakyat, terutamanya agar DS Anwar tidak menyentuh kepincangan dan amalan rasuah pemimpin Umno untuk diketahui rakyat.
Adakah DS Anwar sekotor Umi Hafilda jiwanya? Adakah DS Anwar boleh diperbodohkan oleh Umi Hafilda sepertimana beliau memperbodohkan beberapa kerat penyokong tegar Umno yang lain? Percaturan mereka silap, dan ternyata ceramah Umi Hafilda membuatkan beberapa orang dewasa dan wanita lari meninggalkan beliau bercakap lucah dan kotor di hadapan beberapa kerat anak muda yang `syok sendiri' dengan ucapan berbaur lucah dari betina tidak bermoral ini. Rata-rata orang-orang tua serta wanita yang membawa anak kecil merasa malu dengan kelakuan betina yang telah dibuang oleh keluarganya itu.
Perasmian Markas Pakatan Rakyat Lipis.
Tanpa melayani provokasi murahan, DS Anwar tetap bersemangat memberikan penerangan
Tanpa melayani provokasi murahan, DS Anwar tetap bersemangat memberikan penerangan
DS Anwar meneruskan pidato beliau seperti biasa dengan menerangkan beberapa isu politik terkini. Beliau juga turut merasmikan Markas Pakatan Rakyat Lipis. Sebelum itu, beberapa pimpinan juga telah menyampaikan ucapan termasuk dari Sdr Ahmad Nizam Hamid selaku Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Sdr Zakaria Abdul Hamid selaku tuan rumah dan Ketua Cabang PKR Lipis serta pimpinan dari Pakatan Rakyat.
PKR Negeri Pahang sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR Cabang Lipis dan AMK serta semua pihak yang terlibat yang telah menjayakan siri terakhir Program Jelajah DS Anwar ke Pahang Barat ini dengan jayanya.
Berlanjutan daripada peristiwa provokasi dari pihak berkenaan yang mengadakan ceramah tanpa permit di samping tindakan Ketua Polis K.Lipis yang tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan, PKR Negeri Pahang yang diwakili oleh Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad telah membuat laporan Polis di IPD Kuantan pada petang 27 Sept 2011. Butir-butir laporan polis tersebut akan disiarkan kemudian.
Ihsan foto: AMK Indera Mahkota.
No comments:
Post a Comment