KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, September 15, 2011

FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI DI BAWAH KERAJAAN UMNO/BN


Politik di negara ini sudah semakin hilang moralnya. Ini adalah kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermoral, maka kesemuanya terpalit dengan isu moral yang amat memalukan. Demokrasi di negara-negara Barat pun kadangkala tidak sehebat di negara kita.

Parti pemerintah tidak pernah berani berdepan dengan Pembangkang secara anak jantan. Mereka tidak mampu berhujah untuk menegakkan kebenaran yang mereka dakwa itu, sebaliknya mereka menggunakan fitnah dan konspirasi jahat untuk menghancurkan tokoh pembangkang malahan parti pembangkang itu sendiri.

Bermula dengan fitnah jahat terhadap Ketua Pembangkang, DS Anwar dengan isu moral liwat dan seks, bahkan digandakan dengan fitnah kononnya beliau ejen negara asing, berfahaman liberal dan sebagainya. Tidak pernah dicatatkan mana-mana pemimpin Umno yang berani berdepan berhujah dengan Ketua Pembangkang ini atas apa jua isu yang ditawarkan. Keberanian seorang `budak' hingusan Umno, Shabery Chik berdebat dengan DS Anwar di dalam isu minyak dahulu mungkin menjadi pengajaran buat pemimpin Umno jika mahu berdebat dengan bekas TPM ini.

Selepas Tun Mahathir bersemuka dengan Almarhum Us Fadzil Noor di dalam isu Palestine suatu ketika dahulu, yang bukannya di dalam satu perdebatan sebenarnya, tiada lagi pemimpin Umno yang bersifat `jantan' untuk bersemuka dengan pemimpin Pembangkang. Akhirnya, mereka menggunakan jalan paling mudah iaitu dengan melakukan fitnah terhadap pemimpin pembangkang. Media haprak di bawah kawalan mereka sedia membantu untuk menggantikan tugas Iblis Laknatullah.

Kini, Timbalan Presiden PAS pula menjadi bahan fitnah mereka. Daripada mengedarkan video seks sehinggalah terbaru rakaman suara (phone seks) kononnya melibatkan Mat Sabu dengan seorang wanita bernama Normah. Rakaman suara seperti ini tidak lagi pelik kerana kita masih ingat sewaktu konspirasi untuk menjatuhkan DS Anwar dahulu pun sudah terdapat kaedah sedemikian. Mereka mengedarkan rakaman perbualan telefon kononnya di antara DS Anwar dengan Shamsidar Tahrin, isteri YB Azmin Ali sekarang. Ternyata, bila kes Anwar dibawa ke mahkamah, tiada siapa berani membawa bahan bukti yang mereka ada itu untuk mensabitkan DS Anwar. Ertinya, mereka hanya ingin melaksanakan fitnah dan berharap rakyat akan termakan dengan kerja jijik mereka.

Sehubungan itu, marilah kita tekad untuk menumbangkan kerajaan yang tidak bermoral ini agar semua jabatan dan kementerian di bawahnya terpelihara daripada kesan `kefasikan' mereka. Lihat sahaja apa terjadi kepada SPR, JPN, PDRM, ATM dan beberapa ajensi dan jabatan kerajaan sekarang. Sedih kita mengenangkan betapa sukarnya pegawai-pegawai yang berada di situ untuk amanah dan jujur, selagi mereka dipimpin oleh Ketua Kerajaan yang tidak bermoral.

Tiada jalan lain untuk selamatkan negara ini melainkan dengan mengeluarkan mereka dari bersarang di Putrajaya. Negara akan selamat jika dipimpin oleh mereka yang telah teruji dengan kesusahan dan fitnah. Ayuh, tumbangkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment