KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, September 22, 2011

KENYATAAN MEDIA - LAWATAN DS ANWAR KE PAHANG BARAT PADA 25 SEPT 2011

KENYATAAN AKHBAR LAWATAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE PAHANG BARAT DAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PKR PAHANG.

Ketua umum PKR akan mengadakan siri lawatan semperna hari raya ke Bentong, Raub dan Lipis pada 25hb september 2011, ahad ini.

Lawatan tersebut bermula di Bentong. Semperna lawatan ini, PKR negeri Pahang akan mengadakan jamuan hari raya di Bentong bertempat perkarangan pejabat PKR Bentong di no. P 1-A1, Jalan Kolej, Taman Kolej, Bentong Pahang. Jamuan akan bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 7.00 petang. Kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim di Cabang Bentong dijangka tiba pada pukul 5.00 petang dan akan merasmikan pejabat baru PKR.

Manakala selepas Bentong, Ketua Umum PKR, akan bergerak ke Raub. Di sana DSAI akan bersama dalam satu majlis makan malam dan memberi ceramah pada pukul 8.30 malam di Markas PAS, Tanah Bercangkul ,Gali Tengah, Raub.

Bagi Cabang Lipis, satu ceramah umum Dato Seri Anwar Ibrahim, bertempat di Markas Pakatan Rakyat Lipis (bersebelahan sekolah menengah penglima Garang Abdul Samad Budu), Benta. Sementara itu PKR Cabang Lipis turut mengadakan jamuan hari raya pada pukul 5.00 hingga 7.00 petang di tapak ceramah tersebut.

Kepada semua warga Pahang di jemput hadir ke tiga-tiga majlis tersebut.


MOHD NOR BIN HASSAN
NAIB PENGERUSI III
PKR PAHANG
(MERANGKAP PENGARAH PKR ZON PAHANG BARAT/ KETUA PKR CABANG BENTONG)

No comments:

Post a Comment