KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, September 29, 2011

MESYUARAT/PEMILIHAN (MATC) CABANG-CABANG PKR PAHANG - KENYATAAN PEMANGKU PENGERUSI PKR NEGERI

Bermula Sabtu ini (01 Okt 2011) sehingga 16 Okt 2011, beberapa Cabang PKR di Pahang akan mengadakan mesyuarat masing-masing dan terdapat Cabang yang sebelum ini di`gantung' turut mengadakan pemilihan bagi menentukan kepimpinan baru.

Bagi Cabang yang wujud kekosongan jawatan sahaja tetapi tidak digantung, pemilihan bagi Cabang berkenaan telah ditangguhkan sementara mengikut arahan dari PKR Pusat. Ini adalah bertujuan untuk Cabang berkenaan fokus terhadap persiapan dan jentera Pilihanraya bagi menghadapi kemungkinan Pilihanraya Umum di dalam masa yang terdekat.

Berikut adalah Kenyataan Rasmi dari Pemangku Pengerusi MPN PKR Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid menjelang Mesyuarat dan Pemilihan (MATC) Cabang-Cabang PKR Negeri yang bakal berlangsung:-

KENYATAAN RASMI PEMANGKU PENGERUSI MPN PKR NEGERI PAHANG

Salam Sejahtera, Salam Perjuangan,



Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi MPN PKR Pahang, Ybhg Dato' Fauzi Abdul Rahman yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memangku jawatan Pengerusi MPN Pahang berkuatkuasa 28 Sept sehingga 04 Dis 2011. Pengerusi MPN Pahang akan bercuti mulai tarikh tersebut bagi menunaikan Fardhu Haji. Tugas Timbalan Pengerusi pula akan dipangku oleh Tuan Hj Suhaimi Said mulai tarikh yang sama.

Sempena dengan Mesyuarat/Pemilihan beberapa Cabang PKR di Pahang bermula Sabtu (01 Okt 2011 hingga 16 Okt 2011) ini, saya mengharapkan semua ahli parti keluar beramai-ramai bagi merayakan demokrasi di dalam parti dan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Saya percaya semua ahli parti dan mereka yang menjadi calon mempunyai disiplin, matang dan berketerampilan bagi menjayakan MATC kali ini.

Saya juga percaya, calon-calon yang bertanding di dalam apa jua jawatan akan meletakkan kepentingan parti lebih tinggi daripada kepentingan peribadi. Sehubungan itu, mesyuarat dan pemilihan yang bakal dijalankan perlulah diadakan di dalam suasana yang tenteram, harmonis dan penuh dengan semangat setiakawan.

Sebagai contoh, Parlimen Pekan suatu ketika dulu iaitu di Dun Cini pernah kita rampas dari Umno/Bn. Ini merupakan satu cabaran dan suatu suntikan semangat kepada kepimpinan baru yang bakal dipilih nanti untuk melonjakkan kembali kecemerlangan kita di Parlimen Pekan khususnya.

Setiap pertandingan pasti ada kalah dan menang. Bagi yang menang, mereka dibebani dengan amanah dan tanggungjawab yang besar di samping merapatkan saf dan membina kekuatan. Manakala yang tewas pula mereka tetap berperanan untuk membantu menggerakkan parti dengan memberikan idea, tenaga dan buah fikiran yang positif. Saya yakin dengan semangat dan jiwa besar rakan-rakan di semua Cabang terlibat.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi MPN yang meletakkan kepercayaan kepada saya. Saya berjanji akan melaksanakan amanah yang besar ini demi untuk parti yang tercinta. Saya berharap kepada semua Ahli MPN, Ketua-Ketua Cabang, AMK/Wanita dan semua ahli parti termasuk rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini dapat memberikan kerjasama dan membantu saya agar misi kita bersama dapat direalisasikan.

Selamat Bersidang. Salam Perjuangan.


AHMAD NIZAM HAMID
Pemangku Pengerusi MPN
PKR Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment