KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, September 28, 2011

PKR NEGERI TIDAK TUNDUK KEPADA ANCAMAN DAN UGUTAN MEREKA YANG KECEWA

PKR Negeri Pahang sedang memantau serta memandang serius terhadap tindakan beberapa ahli parti di negeri ini yang cuba meniru gerak laku beberapa pimpinan dan ahli parti yang telah dipecat dari parti akibat terlalu ghairah menyerang parti secara terbuka serta menimbulkan berbagai dakwaan yang tidak berasas kepada parti dan pimpinan.

Mereka mendakwa seorang pejuang parti sedangkan tindakan mereka jelas cuba memprovokasi parti untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Secara tegasnya, PKR Negeri tidak merasa tercabar jauh sekali untuk tunduk dengan seorang dua ahli yang mengugut parti demi kepentingan peribadi mereka. Mereka boleh berbuat apa sahaja tindakan yang mereka rasa boleh lakukan dan parti tetap tidak memilih kasih di dalam menentukan tindakan sekiranya jelas dan terbukti sesiapa yang melanggar disiplin parti.

Buat masa sekarang, PKR Negeri Pahang berada di tahap yang terbaik di mana kesemua Cabang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing tanpa mendapat pemantauan dan arahan dari pimpinan negeri. Ini dapat dibuktikan dengan penambahan keahlian di dalam parti yang semakin meningkat dari semasa ke semasa serta aktiviti Cabang-Cabang yang semakin rancak.

Pujian harus diberikan kepada Cabang yang masih kekosongan jawatan Ketua Cabang dan beberapa AJK namun berupaya bergerak dengan efisyen dengan bantuan AJK-AJK yang ada di samping gerak kerja dari AMK Cabang berkenaan.

PKR Negeri menganggap beberapa isu yang ditimbulkan oleh beberapa ahli yang mungkin kecewa atas sebab-sebab tertentu tidak akan menjejaskan parti kerana komitmen mereka terhadap parti selama ini telah diketahui ramai ahli. Mereka mungkin ingin melihat parti akan bertindak ke atas mereka bagi membolehkan mereka `menyeberang' ke pihak yang telah lama mereka idamkan.

Justeru itu, parti bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya mereka mencabar parti dengan melakukan tindakan yang melanggar disiplin yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment