Maklumat awal yang diterima oleh Ibu Pejabat Parti memaklumkan bahawa semua Cabang yang sepatutnya mula mengadakan pemilihan bermula Okt ini akibat kekosongan beberapa jawatan penting akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Arahan penangguhan ini dikeluarkan oleh Biro Politik Pusat, walaupun Ibu Pejabat Negeri telah pun membuat persiapan awal.
Difahamkan penangguhan ini adalah bagi menyediakan persiapan dan tumpuan menghadapi Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan penghujung tahun ini. Hanya Cabang yang digantung sahaja akan meneruskan pemilihan tersebut. PKR Negeri juga berharap agar kelonggaran dapat diberikan kepada Cabang yang masih kekosongan jawatan Ketua Cabang agar Cabang berupaya bergerak dengan lebih efisyen menjelang Pilihanraya nanti.
Walau bagaimanapun, PKR Negeri bersedia bila-bila masa untuk mengadakan pemilihan sekiranya mendapat arahan dari Pusat. PKR Negeri menyeru agar Cabang-Cabang yang terlibat sentiasa bersedia untuk mengadakan pemilihan apabila diarahkan kelak. Sebarang pertanyaan, sila hubungi SUK di Ibu Pejabat Parti.

No comments:
Post a Comment