KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, September 26, 2011

JAMUAN HARI RAYA PKR NEGERI PAHANG DI BENTONG - ANWAR TERUJA DENGAN SAMBUTAN LUAR BIASA

Oleh: WFAUZDIN NS


Pejabat PKR Cabang Bentong Yang Baru

Bukan mudah untuk sesiapa untuk hadir ke Bentong, Pahang semata-mata bagi menghadiri Jamuan Hari Raya kerana Bentong bukanlah suatu kawasan elit seperti bandar Kuantan, Ibu Negeri Pahang. Apatah lagi, Bentong dikira agak jauh dari Kuantan dengan keadaan jalan raya yang kurang memuaskan.


Di antara Ketua Cabang dan pimpinan PKR Pahang yang hadir

Namun demikian, PKR Negeri Pahang mengambil keputusan untuk mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini di Bentong semalam ( 25 Sept 2011) walaupun menyedari hakikat bukan mudah untuk orang ramai hadir ke sana. Namun demikian, PKR Negeri mendapat kerjasama yang amat baik dari PKR Cabang Bentong yang diketuai oleh Sdr Mohd Nor serta mendapat kerjasama baik dari rakan-rakan di dalam PR iaitu PAS dan DAP. Di dalam masa yang sama, PKR Cabang Bentong juga secara rasminya memiliki sebuah pejabat yang baru yang dirasmikan oleh Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim sebagai tetamu istimewa yang hadir pada majlis Jamuan Hari Raya tersebut.



Turut Kelihatan MP Kuantan, YB Fuziah Salleh dan Adun Triang, YB Leong Ngah Ngah. Turut kelihatan seorang veteren reformasi Bentong yang berkerusi roda disambut Ketua Cabang PKR Bentong.

Jamuan Hari Raya bermula pada jam 4.30 petang, tetapi awal jam 4.00 petang orang ramai mula hadir ke kawasan Pejabat PKR Cabang Bentong bertempat di Jalan Kolej, Taman Kolej, Bentong kira-kira 15 minit berkereta dari Pekan Bentong. Kerusi yang disediakan di dalam dua khemah dipenuhi dengan orang ramai dari berbagai kaum sehinggakan ramai yang terpaksa menjamu selera dengan berdiri atau bertukar-tukar kerusi. Sambutan orang ramai sungguh tidak diduga terutamanya oleh tuan rumah iaitu PKR Cabang Bentung sendiri.



Di samping kehadiran Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang mengiringi DS Anwar tiba dari Kuala Lumpur, tetamu lain yang hadir adalah MP Kuantan, YB Fuziah Salleh dan juga Adun Triang, YB Leong Ngah Ngah. Hampir kesemua Ketua Cabang PKR Negeri Pahang juga turut hadir di samping pimpinan-pimpinan PKR yang lain termasuk dari PAS dan DAP Bentong.



Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Zaidi Ahmad, YB Fuziah Salleh dan
Ketua Cabang PKR Bentong, Sdr Mohd Nor berucap.


Sementara menanti ketibaan DS Anwar tiba, orang ramai dapat mendengar ceramah rengkas dari Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Zaidi Ahmad dan juga YB Fuziah Salleh selaku MP Kuantan yang sempat memberi penjelasan tentang isu Lynas di Gebeng. YB Fuziah berjaya meyakinkan orang ramai dengan menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh media terutamanya dari TV 3 dan tindakan beliau menyaman stesyen TV swasta tersebut beserta pengacara Karam Singh Walia yang telah menfitnah beliau di dalam isu Lynas ini.



Orang ramai mula menikmati hidangan jamuan Hari Raya sebelum kehadiran DS Anwar yang agak lewat tiba kerana beliau juga menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya PKR Pusat di Tropicana, Petaling Jaya pada hari yang sama. Namun, orang ramai tidak tidak merasa jemu menanti apatah lagi majlis tersebut dimeriahkan dengan `pengacara' yang bertindak seperti DJ pada petang itu, iaitu Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad.



DS Anwar Ibrahim sedang berucap dengan penuh semangat


Ketibaan DS Anwar petang itu disambut meriah dengan diiringi oleh pemuda-pemudi dari PKR Bentong yang berbaju hitam garang dengan laungan `Reformasi'. Terpancar dari raut wajah Ketua Umum PKR itu yang teruja dengan sambutan yang amat meriah umpamakan seperti kehadiran di dalam satu ceramah umum. Kehadiran beliau dialu-alukan oleh Ketua Cabang PKR Bentong, Sdr Mohd Nor dan juga Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman yang menunjukkan keistimewaannya bertutur bahasa Mandarin yang mendapat tepukan gemuruh dari yang berbangsa Cina yang hadir.



Menyanyikan lagu Rasmi PKR


DS Anwar Ibrahim dijemput untuk memberikan sedikit ucapan pada majlis tersebut. Ucapan beliau banyak berkisar kepada motivasi menaikkan semangat yang hadir untuk melakukan perubahan. Beliau yakin, Bentong akan menjadi pemula kepada misi menawan Pahang di dalam PRU akan datang. Beliau turut menyentuh isu-isu politik semasa seperti isu permit teksi, pembelian kilang arak oleh keluarga Tun Mahathir di Filipina, Isu Mat Indera, dan juga isu terkini iaitu Hukum Hudud. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa yang menentang Hukum Hudud di Kelantan selama ini adalah Umno. Selaku umat Islam, Hukum Hudud mesti disokong dan perbezaan pendapat dengan DAP terutamanya dari Karpal Singh yang Non Muslim boleh diterangkan melalui pertemuan di antara pimpinan PR nanti.





DS Anwar memotong reben, menandatangani papan tanda dan buku lawatan sebagai Perasmian Pejabat baru PKR Cabang Bentong

Kemuncak majlis tersebut, DS Anwar diberi penghormatan untuk memotong reben dan menandatangani papan tanda serta buku lawatan sebagai merasmikan Pejabat PKR Cabang Bentong yang baru.

Sejurus selesai majlis di Bentong, DS Anwar bergegas pula ke Raub untuk menghadiri Ceramah Umum di sana kemudiannya ke Kuala Lipis pula pada malam yang sama.

PKR Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada PKR Cabang Bentong serta semua ahli dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan majlis Jamuan Hari Raya PKR Negeri Pahang dan juga perasmian Pejabat PKR Cabang Bentong. Mudah-mudahan dengan adanya pejabat yang baru ini, PKR Cabang Bentong lebih bersemangat di dalam meneruskan perjuangan, menambahkan keahlian serta bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan di dalam PR untuk kita merampas Negeri Pahang di dalam PRU nanti, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment