Monday, 05 September 2011
Tiba-tiba suara yang mengatakan PM Najib akan meletakkan jawatan muncul. Adakah ini sebagai satu gimik atau satu bentuk desakan yang bakal muncul dalam keadaan semakin panas ura-ura mendesak PM Najib meletak jawatan.
Politik UMNO tidak akan membentuk kestabilan dengan kehadiran suara-suara yang mahu mendesak perubahan atas tujuan yang tidak ditentukan. Tujuan masih kabur sungguhpun di kalangan ahli – suara mahu mendesak PM Najib telah mula timbul. Siapa yang memulakannya. Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya.
Kenapa PM Najib hari ini didesak untuk meletak jawatan – agenda siapa dan kenapa. Adakah agenda ini MEMBENARKAN tuduhan pembangkang mengenai Najib Tun Abdul Razak. Adakah analisa yang mengatakan populariti Najib merudum turut memberi impak kuat dan kesan untuk program BERSIHKAN NAJIB?
Setakat ini – realiti program untuk menjatuhkan – mendesak PM Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud – mungkin penafian akan timbul tetapi PM Najib harus tahu realiti yang ada ini./Umno-reform2
No comments:
Post a Comment